BAJU PUTIH SEKOLAH - PKPIM - ADA BENDA TERSIRAT SEBENARNYA

Sabtu, 31 Mei 2008

Baju putih jarang, memang cukup mengancam jika ternampak baju dalam sipemakainya. Mata lelaki-lelaki gatal pasti akan bulat beliak memerhati tahap lama yang termampu kepada 'keindahan' yang 'sengaja' dipaparkan oleh sistem wajib pemakaian baju sekolah perempuan. Pasti nafsu-nafsu lelaki akan terganggu seketika akan kerana pakaian baju kurung putih yang jarang menampakkan samar-samaran kulit tubuh sipemakai. Kesian lelaki, banyak sangat mendapat dosa kering kerana suasana keadaan. Kesian.


Inilah sebenarnya yang mungkin meresahkan PKPIM, Persatuan yang bermoto 'Hidup Biar Berjasa' terhadap maksiat 'kecil' yang berlaku di sekolah-sekolah terhadap cara pemakaian pelajar perempuan yang memakai baju kurung putih. Sebenarnya tiada masalah untuk seseorang pelajar memakai baju putih ke sekolah, ianya longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan, tetapi permasalahannya ialah baju kurung putih yang jarang, yang si pemakainya tidak bertudung atau yang bertudung tetapi bukan tudung labuh. Itulah masalahnya.


Setelah keluar kenyataan rasmi oleh PKPIM melalui pengerusi HEWI tentang diselidik semula baju seragam sekolah perempuan, maka malatahlah syaitan-syaitan haram melalui sikafir The Star dan siajaran sesat SIS (Sister in 'Syaitan?') tidak bersetuju dengan 'statement' PKPIM. Adalah juga puak-puak ultra liberal barat cap ayam berbuih-buih mulut memperlekehkan PKPIM diatas isu yang dianggap oleh mereka isu yang tiada isu. Jika tiada isu, buat apa susah-susah buat bising-bising? Duduk senyap sudahlah.

Alhamdulillah, adalah juga jemaah-jemaah Islam yang mempertahankan PKPIM, Pemuda PAS, Muslimat PAS, JIM dan NGO-NGO Islam yang lain mempertahankan isu ini. Hanya United Malay National Organisation sahaja yang membisu tentang perkara ini kerana mungkin mereka hanya mementingkan isu Melayu, bukannya isu Islam.

Sepatutnya isu ini perlu dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan agar dapat menolong lelaki-lelaki daripada terus mendapat dosa kering apabila ke sekolah. Umat Islam wajib menolong umat Islam yang lain daripada mendapat dosa tidak kira dari segi kuasanya, mulutnya atau hatinya. Perkara ini perlu.

Namun, adakah kita terperasan, sebenarnya, apa yang nampak tersirat disini ialah PKPIM telah membawa satu platform perbahasan tentang cara pemakaian pakaian yang dipakai oleh perempuan-perempuan sekarang. Bukan sebenarnya hanya isu baju kurung putih jarang sahaja yang ingin diutarakan, tetapi isu yang lebih besar, iaitu cara pemakaian yang tidak menutup aurat oleh umat Islam dan cara pemakaian yang melampau lucahnya oleh mereka-mereka yang bukan beragama Islam.

Pada tahun awal 90-an dahulu, wanita-wanita masih malu memakai pakaian yang menjolok mata seperti wanita memakai singlet dengan seluar pendek keluar berjalan-jalan, tetapi sekarang tidak, bukan setakat singlet, baju yang tiada tali di atas dengan terbuka seluas-luasnya dada dan lengan (macam berkemban) dengan selamba dipakai diluar rumah sambil berjalan-jalan di shopping complex. Ada yang hanya dipakai regu baju lucah itu dengan seluar pendek yang ketat hanya setakat panjang menutup punggungnya. Inilah dia isu cara pemakaian yang hendak dihujahkan oleh PKPIM. Aurat perlu dijaga, bukan setakat aurat, tetapi kehidupan masyarakat bebas zina perlu dilaksanakan.

Setakat adanya peraturan untuk pemakain yang bersopan di sekolah-sekolah sebenarnya bukanlah isu utama yang hendak diutarakan, tetapi perlu juga ada peraturan cara pemakaian bagi penduduk Malaysia kesuluruhannya tidak kira umat Islam atau bukan Islam perlu dilaksanakan. Umat Islam perlulah wajib menutup aurat, dan yang bukan Islam perlulah pakaian yang bersopan mengikut lunas-lunas ketimuran. Jangan berpakaian tetapi sebenarnya telanjang.

Jangan peduli akan bangkangan-bangkangan dari pihak anti Islam, jangan biarkan kita dipijak-pijak oleh mereka yang tidak suka akan moral policing, lantakkan mereka dengan idea-idea haram mereka tentang kebebasan tiada had tanpa aturan agama mereka. Biarkan sahaja mereka. Yang pentingnya, pokok utama ialah segala arahan dan perintah Allah perlu dilaksanakan oleh kita tidak kira dari segi kuasa, suara dan hati. Kita wajib melaksanakannya.

Janganlah kerana kononnya hendak menghormati orang bukan Islam, kita umat Muslim sehingga terlupa hendak menghormati Allah SWT. Kerana terlebih-lebih kononnnya menjaga hati orang bukan Islam, kita tidak menjaga 'hati' Allah SWT dengan membiarkan perkara yang terang-terang maksiat berleluasa bermaharajalela di dalam sistem hidup masyarakat. Oleh kerana inilah, jenayah seksual sehingga kanak-kanak pun dirogol dan kemudian dibunuh berlaku pada masyarakat Malaysia. Kerana terlupa larangan Allah. Malah bukan lupa, malah memperlekehkan larangan Allah dengan bangganya. Hancurlah masyarakat jika kita umat Islam tidak membuat sesuatu. Hancur!

MELUAT BEBENOR......

Khamis, 29 Mei 2008

Asyik-asyik Ezam, asyik-asyik Ezam. Bosan betul. Dulu asyik-asyik Mahathir, asyik-asyik Mahathir, meluat betul. Takde cerita lain ke selain cerita gossip politik cap ayam yang ke udara di awangan media perdana dari pagi ke pagi esoknya? Takde cerita lain ke?

Cerita kuli KL hendak halau orang Melayu dari Kampung Baru takde langsung keluar di media perdana Malaysia. Cerita samseng Grand Saga belasah penduduk Bandar Mahkota Cheras tiada langsung kedengaran di udara awang-awangan Malaysia negaraku tercinta. Cerita tipu daya Islam Hadhari tiada langsung diputarkan pada mulut-mulut pemberita cap ayam buletin perdana TV 3suku. Yang keluar Ezam, Ezam dan Ezam.

Inilah dia media putar belit ikat mati yang selalu diulang-ulang wayangkan dari petang hingga ke petang lusanya tidak putus-putus lagi jemu-jemu dipaksa papar kepada mata rakyat ditipu Malaysia. Kesian, kesiannya rakyat Malaysia, berita cerita dongeng dipaksa sumbat ke akal fikiran mereka yang telah diolah oleh sistem SPM.

Rakyat-rakyat semua, baru sahaja minggu lepas kita sudah hilang Pulau Batu Putih kepada Yahudi Singapura. Baru sahaja bulan lepas yahudi antarabangsa memasuki negeri Johor melalui Iskandar Malaysia. Sekarang ini, 1/3 negeri Johor akan dimilik ‘ICJ’kan kepada yahudi-yahudi Singapura yang sememangnya berkehendakkan tanah untuk dijajah dan sumber untuk dirakus. Takkan masih terkontang kanting kecoh dengan cerita cap ayam Ezam masuk ‘Melayu’. Apalah punya akal kita semua ini.

Malaslah ana hendak pusing-pusing tentang cerita-cerita sensasi buatan manusia. Malaslah ana. Lebih baik kita buat kerja dakwah Islam kepada mereka-mereka yang sudah pun Islam tetapi lupa sebentar hendak hidup didalam kehidupan berlandaskan addin Islamnya. Marilah kita sama-sama buat kerja, walau sedikit mana pun, misal kata edar ‘flyers’ tentang ceramah-ceramah ilmu kepada penduduk setempat, dapat juga insayAllah pahala dan ganjaran akhirat dan dunia. Lebih baik begitu, kan?

Isa tidak sepatutnya menyokong ISA.

Selasa, 27 Mei 2008

YB Mohd Isa Abu Kasim, Yang Berhormat ADUN Batang Kali, yang menggantikan Dato Zainal Abidin Sakom, tidak hadir ketika Dewan Undangan Negeri membahaskan usul tergempar DUN Selangor.




Isu tergempar ini dibangkitkan oleh ahli DUN dari Kampung Tunku (DAP), Lau Wen Sang iaitu usul tergempar mengkritik Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Usul ini diluluskan sebulat suara buat pertama kali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam pada jam 9.00 mlm bagi membantah penahanan berlanjutan seorang wakil rakyat negeri itu.


Malangnya, semua ADUN BN tidak menyertai perbahasan itu yang bermula jam 6.00 petang. Sungguh amat mengecewakan, kerana ini menunjukkan 18 ADUN UMNO dan 2 ADUN MCA masih menyokong penggunaan akta kejam lagi zalim ISA di negara kita ini. Ini termasuklah ADUN Batang Kali yang kami tidak mengundinya, YB Mohd Isa.


Ini menunjukkan YB Mohd Isa bersetuju dengan penangkapan secara zalim lagi tidak Islamik terhadap ustaz-ustaz dan rakyat Melayu yang ditangkap tanpa diadili di Mahkamah. Sudahlah tidak diadili, isteri-isteri dan keluarga yang titangkap pun kadang-kadang diganggu oleh SB-SB yang tidak bertanggungjawab. Penangkapan bukannya 2-3 hari, tetapi ada tangkapan ISA yang terdiri dari orang Melayu yang dari golongan yang baik-baik ditangkap sehingga 5 ke 8 tahun. Ini zalim namanya, sungguh zalim.


Adakah YB Mohd Isa pernah menjenguk anak-anak tahanan ISA ini yang dipaksa hidup tanpa bapa selama 5 ke 8 tahun. Jika bapanya ditangkap ketika umur anaknya setahun, sekarang anaknya sudah memasuki darjah 1 dan selama hidupnya, anak itu tidak dapat mengenali ayahnya kerana ayahnya ditanggap ISA tanpa ada bicara pengadilan. Jika betul ayahnya bersalah, mengapa tidak dibicarakan di mahkamah? Mengapa YB Mohd Isa? Mengapa?


Wahai YB, dibawah adalah cerita dari isteri-isteri tahanan ISA melalui Gerakan Mansuh ISA (GMI) ;


1. Seorang anak tahanan menghidapi gangguan mental yang berat dan telah dimasukkan ke Wad Psikiatri HUKM untuk rawatan lanjutan pada tahun 2004. Telah disahkan oleh doktor bertanggungjawab bahawa salah satu sebab utama penyakit tersebut ialah kerana perpisahan dalam tempoh yang lama dengan ayahnya (rujuk kenyataan GMI bertarikh 30 September 2004). Tidak ada sebarang bantuan kebajikan mahu pun kaunseling diberikan oleh kerajaan.

2. Tahanan jatuh bankrap apabila mereka hilang pekerjaan dan perniagaan lalu tidak dapat meneruskan perniagaan dan pembayaran hutang bank. Rumah terpaksa dilelong di mana ahli keluarga lain tidak dapat membantu. Isteri dan keluarga terpaksa menanggung beban menyara hidup dengan menjual barangan kitaran semula, menjual nasi campur dan air soya di pasar malam dan menjual kueh-mueh ketika Hari Raya.

Ada antara isteri yang menderita masalah kesihatan seperti sakit belakang kerana tambahan beban dan tanggungjawab. Terdapat satu kes yang dilaporkan GMI di mana isteri tahanan bertindak nekad untuk sara hidupnya dan anak berumur satu tahun dengan bekerja di kelab malam. Dia dilaporkan mula minum arak dan mengambil dadah sedangkan beliau seorang Islam. (rujuk memorandum dan kenyataan GMI kepada Suhakam bertarikh 21 Mei 2007).

3. Beberapa orang anak tahanan telah berhenti sekolah buat sementara waktu kerana trauma dan tidak mampu menanggung yuran sekolah dan pembelian buku-buku. Tidak ada sebarang bantuan kebajikan mahu pun sokongan moral diberikan oleh pihak kerajaan. Hanya GMI dan anggota gabungannya serta masyarakat prihatin telah membantu.Ini merupakan beberapa contoh kesusahan yang terpaksa dihadapi keluarga tetapi memadai untuk membuktikan bahawa PM dan kerajaan sebenarnya tidak membantu urusan kebajikan, tidak memberikan sokongan moral atau kaunseling sebagaimana yang didakwa.

GMI ingin menegaskan bahawa kenyataan PM terbaru ini sebenarnya bercanggah apabila GMI telah acap kali melaporkan bagaimana kakitangan Cawangan Khas (SB) kerap menganggu dan menekan jiwa isteri dan keluarga. Dalam satu kenyataan GMI pada 12 Ogos 2005, sebanyak 32 perkara telah disenaraikan sebagai tindakan gangguan dan deraan jiwa oleh SB ke atas isteri dan keluarga. Ini termasuk menerima SMS lucah dan panggilan di tengah malam daripada SB, diekori oleh SB, kereta dipecah masuk dan ugutan berkala jika isteri terus memperjuangkan pembebasan suami mereka. Adakah ini tidak anti-kebajikan dan anti-moral?


Dengarlah wahai YB rintihan-rintihan mereka. Janganlah hendak pentingkan kontrak-kontrak sahaja. Janganlah pentingkan habuan dunia sahaja. Janganlah berlakon baik dengan orang kampung Rasa sahaja. Janganlah ada hati lagi hendak menyeleweng wang rakyat. Sedarlah kamu itu YB pembangkang. Kamu itu pembangkang dan bukan YB kerajaan. Sedarlah YB Mohd Isa.


Mengapa susah sangat ke hendak hadir mendengar usul mengutuk ISA itu? Cubalah bawa insaf kerusi DUN yang kamu duduki itu adalah kerusi amanah daripada Allah SWT. Bukan kerusi jambatan menuju kesenangan. Insaflah wahai umat UMNO. Insaflah sebelum kamu diinsafkan.

CERAMAH PERDANA RAKYAT




CERAMAH PERDANA RAKYAT

TARIKH: 31HB MEI 2008, SABTU, JAM 9.00 MLM
TEMPAT : STADIUM MINI KUALA KUBU BHARU HULU SELANGOR.


PENCERAMAH:

YB DATO’ DR HASSAN
MOHD ALI
(EXCO K’JAAN NEGERI SELANGOR)

YB DR TAN SENG GIAW
(AHLI PARLIMEN KEPONG)

YB TUAN YAAKOB BIN SAPARI
(EXCO K’JAAN NEGERI SELANGOR)

ANJURAN : PEJABAT AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR
Kepada sesiapa yang melayari blog ini, silalah memanjangkan iklan ceramah ini kepada rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat negeri Selangor.

AYAH CHIK SEBAGAI PM, KAMI SOKONG 100%

Ahad, 25 Mei 2008

Tajuk di atas ada menyebut nama ayah chik, siapalah pula ayah chik ni. Tiba-tiba sahaja diberi nama untuk menjadi PM Malaysia.


Kepada sesiapa yang tidak tahu, ayah chik adalah nama timangan mesra rakyat Terengganu yang berahlikan Parti Islam kepada tuan guru mereka yang tercinta, iaitu mantan Menteri Besar Terengganu, Presiden Parti Islam Semalaysia, ahli Parlimen Marang dan ahli DUN Rhu Rendang, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.


Tuan Guru Haji Abdul Hadi menjadi PM, apa pula cerita dengan DS Anwar Ibrahim. Apa cerita ni? Tunggu dulu, apa yang hendak diperkatakan ialah sementara menunggu DS Anwar menjadi PM, kita berilah kepada Tuan Guru menjadi PM dahulu jika PR dapat membentuk kerajaan Malaysia sementara Anwar masih belum menjadi ahli Parlimen.


Mengapa Tuan Guru? Kerana apa yang boleh dinampakkan sekarang, mereka-mereka di dalam PR yang Islam dan Melayu yang benar-benar menampakkan keikhlasan memegang amanah dan tanggungjawab memerintah hanya kerana Allah dari dalam dan dari luarannya adalah Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Yang mempunyai kredibiliti untuk memimpin dan mentadbir dengan baik rakyat Malaysia adalah Tuan Guru. Yang boleh diterima oleh rakyat biasa Islam dan bukan Islam adalah kepada Tuan Guru. Mungkin hanya kepada golongan ultra liberal Barat yang tidak suka kepada Tuan Guru ini.


Oleh itu, untuk kebaikan negara Malaysia, adalah perkara yang matang dan bijak jika jawatan PM diberikan kepada Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang. Rakyat Malaysia akan dapat perhatikan dengan mata kepala sendiri bagaimana zuhudnya PM baru mereka yang akan memimpin Malaysia nanti. Beliau mungkin akan duduk di rumah kebanyakan rakyat Malaysia dari tinggal menetap di Seri Perdana.


Beliau akan menaiki kereta kerajaan jika ada urusan pentadbiran dan beliau akan menaiki kereta sendiri jika ada urusan bukan dari kerajaan. Beliau tidak akan diescort dengan polis ketika berada dijalanraya, sanggup bersama-sama menempuh trafik di ibu kota, dan beliau tidak akan mempunyai bodyguard yang berduyun-duyun mengelilinginya sehingga rakyat hendak bersama PM pun susah.


Alangkah indahnya jika kita mempunyai PM yang berhati mulia, takut kepada Allah, sayangkan Islam dan bencikan habuan dunia memimpin negara Malaysia agar Malaysia mendapat keredhoan dari Allah SWT. Alangkah indahnya. Biarlah walau 5 atau 6 bulan sahaja Tuan Guru menjadi PM, tetapi akan diingati oleh rakyat Malaysia sehingga di Padang Masyar nanti kebaikan yang telah diberikan oleh Tuan Guru kepada rakyat Malaysia. Ana berdoa akan perkara ini menjadi kenyataan dan ana sendiri sebenarnya malu dengan Ibrahim Ali, kerana beliaulah orang yang pertama menyebut di dalam Parlimen agar orang yang baik-baik seperti Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri Malaysia, insyaAllah. Takbir!

BUKAN BATU PUTIH JE, SELATAN JOHOR PUN AKAN DISAPU SINGAPORE

Hari ini hari Ahad. Selepas solat subuh, terus membuka internet, melihat perkembangan semasa dunia dan tanah air. Berbagai-bagai cerita menarik disajikan, ada cerita Terengganu, ada cerita baju kurung, ada cerita Tun, ada cerita Ezam dan ada cerita Johor.

Cerita yang agak menarik dari segala cerita yang memang menarik ialah cerita Johor. 1/2 padang bola milik negeri Johor telah diserah secara percuma sekali lagi kepada Singapura. Kesian. Itulah dia ayat yang terkeluar secara automatik keluar dari mulut ana, tetapi di dalam hati, marah panas membara!

Apalah punya cerita, kerajaan UMNO BN ni masih kurang cerdik lagi tidak pandai. Yang mengada-ngada pergi ke ICJ siapa suruh, kan ke dah kalah. Masuk ke lubang undang-undang buatan manusia, yang dipelopori oleh zionis antarabangsa, hah, padan la muka, hilang lagi satu pulau yang amat strategik pada negara.

Tahniah kepada umat Johor Pengerang, satu-satunya Parlimen menang tanpa bertanding di semenanjung, beri free satu kerusi kepada menteri pandai menipu, Azalina Othman, kerana dengan rasminya, 2000 nelayan Pengerang tidak boleh berlabuh di Pulau Batu Putih untuk memancing. Tahniah sekali lagi kepada mereka kerana ketotokan UMNOnya. Pemimpin yang memerintah yang tidak sudah-sudah beri tanah umat Melayu pada Singapura. Tahniah sekali lagi.

Inilah akibatnya pemerintahan yang dipimpin oleh mereka yang tidak layak memimpin. Di dalam fekah siasah, hukum melantik khalifah adalah haram jika diberikan kepada mereka yang cerdik, tetapi wajib diberikan kepada mereka yang lebih cerdik daripada cerdik. Bermaksud 'genius'. Jika pemimpin itu setakat akal seperti Pak Lah, maka inilah akibatnya. Mana dia PM kita ketika keputusan penting ini keluar. Sehingga satu ayat pun tidak terkeluar dari mulut PM berkenaan hal Batu Putih pada hari itu. Mungkin sibuk di Jepun entah buat apa tah.

Sebenarnya, bukan setakat Batu Putih sahaja UMNO BN hendak beri kepada Singapura, tetapi Selatan Johor pun akan diberikan kepada Singapura sedikit demi sedikit. Zon Iskandar Singapura, eh silap, zon Iskandar Malaysia, sebenarnya adalah satu kaedah meng'ICJ'kan negeri selatan Johor untuk diberi mutlak kepada Singapura. Tahniah sekali lagi kepada rakyat Johor kerana mempunyai semangat Acting SUK Johor tahun 1953. Tahniah sekali lagi diucapkan. Kerana membuta tuli menyokong satu parti keramat dan beranggapan khurafat satu parti sahaja boleh memerintah Malaysia sehingga kiamat, kecuali umat Johor di Muar.

Akhir kata, diharap kerajaan PR di bawah pimpinan mereka yang layak memimpin akan memimpin Malaysia dengan secepat yang mungkin agar segala perancangan untuk memberi 1/3 Johor kepada Singapura tidak dapat dilaksanakan oleh mereka yang pernah sekali menyebut sayalah perdana menteri berulang-ulang kali. Diharap, perancangan jahat untuk mengecilkan lagi wilayah Malaysia ini dikuburkan selama-lamanya, kalau tidak, janganlah Malaysia menjadi Palestin kedua. Nauzubillah.

JOHOR DIMASUKI ZIONIS, KESIAN,.....

Jumaat, 23 Mei 2008

Petang semalam, blog tidak boleh diakses, berulang kali dicuba memasuki http://www.blogger.com/, tetapi tidak kecapaian. Pagi ini, barulah dapat masuk. Barulah boleh meluahkan perasaan yang terpendam selama 2 hari, pendaman cerita zionis sudah masuk Johor.



(Ini dia syarikat pro-zionis yang akan memasuki zon Iskandar Malaysia, Johor)



Hantu raya, itulah ungkapan paling sopan yang boleh diluahkan kepada kerajaan BN Malaysia apabila mendapat tahu bahawa, sebuah syarikat yang bernama Halliburton dengan anak syarikatnya Halliburton Manufacturing and Technology (M) Sdn. Bhd. akan memasuki zon WPI atau nama barunya yang telah 'dinaik taraf' oleh Pak Lah dengan nama Iskandar Malaysia (IM).

Ahli Parlimen Jerlun, iaitu anak kepada Tun Mahathir, Mukhriz telah membawa perkara ini di parlimen dan juga ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, telah menanya soalan yang sama di parlimen. Mengapa kerajaan BN Malaysia dengan rela hati atau dipaksa rela oleh Amerika untuk membenarkan syarikat Halliburton ini memasuki zon IM.

Kepada mereka yang tidak tahu, syarikat halliburton ini adalah sebuah syarikat pro-zionis yang mendapat keuntungan berbilion US dollar akibat peperangan yang berlaku di Iraq, samada perang Iraq tahun 1990 dan juga perang Iraq tahun 2003. Syarikat ini mendapat tender terus daripada US Military untuk beroperasi menggali minyak, membaiki perigi minyak dan menghantar minyak di negara umat Islam Iraq.

Syarikat ini adalah syarikat awam yang pertama di dalam sejarah Amerika mendapat tender terus daripada US Military. Pelik bukan. Setelah umat Islam dibunuh dengan kejam lagi zalim, kemudian negaranya dijajah, kemudian tentera Amerika menghantar satu syarikat yang bernama Halliburton melalui anak syarikatnya KBR (Kellogs, Brown & Root) untuk mencuri minyak yang berada di negara umat Islam itu.



(Ini dia sebahagian 'board of director' yang menjadi jutawan kerana pembunuhan umat Islam di Iraq. Laknatlah mereka-mereka ini)


Syarikat ini juga diberi kebenaran untuk mengupah askar-askar upahan untuk mengawal aset-aset syarikat ini di Iraq, dan askar upahan inilah yang dengan kejam membunuh sesuka hati umat Islam di Iraq, samada lelaki, perempuan, orang tua dan kanak-kanak. Inilah dia perkara celaka yang sedang dan masih dibuat oleh syarikat ini di Iraq.

Sebenarnya, syarikat pro-zionis ini telah lama memasuki pasaran di Malaysia. Ia juga pernah menjalin kerjasama membuat projek fasaliti LNG di Sarawak pada tahun 2000 dahulu. Melalui konsortium Kellogs & Root, mereka telah mendapat projek US1.5bilion dengan syarikat tempatan Malaysia LNG TIGA Sdn. Bhd. untuk melaksanakan projek LNG ini. Konsortium ini juga terdiri daripada syarikat Kellogg Brown & Root and JGC Corporation, bersama dengan Sime Engineering Sdn. Bhd. (Malaysia), Kellogg (Malaysia) Sdn. Bhd. dan JGC (Malaysia) Sdn. Bhd.

Malah pada 1995, lima tahun selepas perang pertama Iraq, syarikat M.W. Kellogg (sekarang Kellogg Brown & Root) bersama JGC consortium telah membina MLNG Dua plant, di Bintulu, Sarawak.

Oleh itu, dimanakah sensitiviti parti UMNO yang memerintah Malaysia ketika itu dan juga ketika ini yang tanpa ada rasa bersalah dan berdosa bersekongkol dengan sebuah syarikat yang mendapat keuntungan dari pembunuhan umat Islam Iraq. Dimanakah dia hati nurani UMNO ini? Tiada hati perutkah pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang memegang kuasa ini.

Inilah dia hati nurani UMNO yang sebenarnya yang memang sudah busuk dan kotor dengan RM, RM dan RM. Sanggup bekerja sama dengan Halliburton untuk meraih keuntungan sementara dunia. Maka, dengan ini, adalah menjadi kewajiban untuk semua umat Melayu untuk keluar dari dosa dan noda parti UMNO ini dengan semua umat Melayu untuk keluar daripada UMNO seperti Tun Mahathir sedang lakukan sekarang. Bertindaklah dengan iman dan taqwa.

ADA MASJID SEKONGKOL DENGAN RIBA?

Rabu, 21 Mei 2008

Riba adalah satu perkara yang haram lagi berdosa besar jika kita berkecimpung dengannya. Lebih-lebih lagi di Malaysia, kerana pilihan untuk bersekongkol dengan riba atau tidak mahu bersekongkol dengannya disediakan.

Jika seseorang itu dengan sengaja menyimpan duitnya di dalam bank akaun bersistemkan riba, padahal terdapat berbagai-bagai akaun bank yang menyediakan sistem perbankan Islam, maka berdosa besarlah dia. Bukan setakat berdosa, malah beliau telah dengan sukarela, mengisytihar berperang dengan Allah. Berat dosa tu, berat.

Jika seseorang itu jahil agama, bolehlah diberi alasan tidak tahu, tetapi jika institusi masjid sendiri yang bersekongkol dengan riba, maka perkara ini satu perkara yang amat sangat melampau. Perkara yang bukan remeh, perkara yang bukan boleh dipandang sebelah mata, tetapi perlu diperangi dengan sekuat-kuatnya.

Susah sangatkah pihak masjid hendak menukar akaun bank dari sistem riba kepada sistem Islam? Susah sangatkah hendak melaksanakan perintah Allah berbanding dengan hendak melakukan perkara maksiat? Susah sangatkah hendak mensucikan duit yang kotor selama ini dipegang oleh masjid kepada duit yang bersih lagi halal? Susah sangatkah?

Perlu diingat, masjid adalah rumah Allah, tempat umat Islam melaksanakan ibadah, tempat majlis ilmu-ilmu Islam disampaikan. Jika tempat beribadah pun dinodai dengan wang riba, maka bagaimana ibadah yang dilakukan di masjid riba ini akan diberkati oleh Allah? Susah ni, ramai yang menanggung dosa ni, ramai ni,.......

MAHATHIR KELUAR UMNO, BERITA SISIP JE.

Isnin, 19 Mei 2008

Seronoknya cuti 3 hari. Langsung tidak sentuh internet. Langsung tidak sentuh akhbar. Ana mengambil pendirian untuk cuti secuti-cutinya untuk 3 hari ini. Sehinggakan berita di TV ana tidak pandang langsung. Kesimpulan, satu habuk pun ana tidak tahu perkembangan politik di Malaysia semenjak Sabtu. Sehinggalah jam 2 petang tadi.

Ana ada di rumah ibu di KL. Sedang termenung di dalam bilik bawah, bilik dekat dapur. Tiba-tiba terdengar TV di dapur berkata-kata, 'Mahathir keluar UMNO.'. Terkejut sekejap ana dibuatnya. Ana meluru keluar dari bilik ke arah TV. Ayah sedang menonton Bernama di Astro. Terdengar Mat Taib sedang berceloteh tentang isu Mahathir keluar UMNO. Ibu ana berkata, 'biarlah dia. dah nyanyuk,'. Ana diam je.

Berita ngarut ni. Sebenarnya ini berita mengarut je. Tidak ada yang menarik di dalam cerita ini. Cuma tahap sensasinya menyebabkan manusia di bumi Malaysia kecoh-kecoh dengan perkara ngarut ini.

Ya, memang, ana menganggap ini hanyalah cerita karut tapi benar yang sepatut lagi wajib ahli PAS mesti menganggap perkara ini hanya cerita kedai kopi sahaja. Kerana apa? Kerana ianya tiada kaitan dengan kerja-kerja dakwah dan pemerintahan. Janganlah cuba nak sibuk-sibuk dengan cerita Mahathir yang mengarut ini, sebaliknya setiap ahli PAS mesti teruskan bekerja untuk dakwah Islam dan pemerintahan di negeri-negeri yang dimenangi, terutama di negeri ana duduk ini, Selangor. Banyak perkara seperti PBT, JKKK, AJK Surau, AJK Masjid, dakwah Islam, ilmu kepada para remaja dan banyak lagi tugas yang perlu dilaksanakan oleh kita ahli PAS dan juga ahli PKR agar Selangor dan 4 lagi negeri yang diperintah oleh PR menjadi negeri di redhoi Allah.

InsyaAllah.

KAMI MERINDUI MEDIA ALTERNATIF.

Khamis, 15 Mei 2008

Hari ini sudah 8 hari PRU 12 memasuki usia 3 bulan. Suasana pagi masih terasa seperti dahulu juga, iaitu tiada niat membeli akhbar-akhbar di kedai runcit. Buat apa beli surat khabar, berita fitnah sahaja memanjang dikeluarkan oleh editor-editor yang tidak ambil endah dosa pahala.

Harakah masih 2 kali sebulan. Begitu juga Suara Keadilan. Cuma Siasah sahaja terbit setiap Ahad. Itupun banyak berita yang diulang di alam internet. Seminggu sekali, buku komik pedang setiawan pun keluar seminggu sekali. Bosannya. Ana berasa sungguh bosan. Sudahlah tiap-tiap hari di dalam berita perdana TV1, TV2, TV3, 8TV, NTV7 dan TV9, semuanya membantai Kerajaan Pakatan Rakyat. Yang boleh dijawab hanya di internet.

Orang Hulu Selangor majoritinya tidak pernah jenguk internet. Hendak 'on' komputer pun ramai yang tidak pernah. Inikan pula 'surf the net'. Hanya media TV dan surat khabar sahajalah bahan rujukan mereka-mereka yang berada di Hulu ini.

(Wakil calon orang hulu, kirinya DUN PAS (kalah), sebelahnya Parlimen PKR (menang)


Walau Selangor diperintah oleh PR, namun mentaliti majoriti di sini masih pekat BN. Kerana apa, kerana media-media yang berat sebelah inilah. Ceramah-ceramah yang dibuat, sudah pasti 100% orang kampung tidak akan datang kerana fobia kepada ayat 'PAS' masih melekat di akal mereka-mereka ini.
'
Pak cik, malam ni ada ceramah, jom pergi bersama'. 'Pakcik tak suka pegi ceramah2 politik ni. Banyak sangat fitnah dan maki hamun. Setakat dengar ceramah agama di Masjid, pak cik tidak akan menolak.' ' Ish, pakcik, saya ni pergi ceramah tidak pernah pun ada dengar fitnah dan maki hamun. Mana ada pak cik'. 'Sudahlah, setiap ceramah PAS mesti ada maki hamun pemimpin punya, cakap berkobar2, hentam sana, hentam sini. Pak cik selama hidup pak cik tak pernah dengar ceramah PAS. Tak pernah! Takut dapat dosa.'

'Eh, jika pak cik tak pernah pergi seumur hidup, macam mana pakcik tahu ceramah PAS banyak ada banyak maki hamun. Ni fitnah namanya ni. Tak baik gitu pakcik.'

'Er,... tak pelah, pakcik masuk masjid dulu,....'.

Ini bukan dialog buat-buat, ini dialog sebenar yang berlaku apabila ana mengajak seorang insan kuat ke masjid (surau) untuk pergi ke ceramah PAS. Yang sedihnya, sehingga sekarang masih belum kecapaian pak cik itu untuk ke majlis ceramah.

Oleh itu, apakah sumber-sumber media yang paling efisien untuk dimasukkan ke dalam akal orang golongan seperti pakcik tadi? Ana rasa akhbar. Bukan akhbar keluaran 2 kali sebulan, tetapi akhbar keluaran tiap-tiap hari.

Ana masih ingat lagi pimpinan tertinggi PR ada menyebut tentang keluaran akhbar alternatif untuk 5 negeri pimpinan PR ini. Tetapi, dimanakah akhbar ini? Adakah masih di dalam peringkat perbincangan? Lambatnya. Tolong cepat sikit, kami amat merindui media alternatif.

HARI INI, 13 MEI, 2008

Selasa, 13 Mei 2008

Ana bangun tidur untuk solat subuh. Semasa solat, anak ana yang sulong duduk di katil sebelah tempat solat. Ana teruskan solat subuh. Sesudah solat, ana melihat wajah comel Jannah. Beliau senyum menampakkan gigi susunya. Ana senyum. Selepas berwirid dan berdoa, ana bermain-main dengan anak sulongku. Seronok melihat telatahnya.

Setelah puas bermain, anak ana yang sulong pergi kepada umminya di bilik sebelah. Ana baring termenung sehingga terlelap sebentar di atas katil bilik solat.


Pukul 7pg ana terbangun. Mendengar suara tangisan anak kedua, ana terus ke dapur untuk memasak air. Sementara menunggu air masak, ana mendukung Iman, anak ana kedua. Ana bawanya keluar rumah untuk menghirup udara pagi. Anak ana yang sulong ikut dari belakang.

Amannya hari ini. Udara pagi yang nyaman, tidak sejuk, tidak panas, sesuai untuk suhu tubuh manusia. Anak ana yang kedua senyum-senyum dan tergelak-gelak melihat dunia luar. Anak yang sulong ana biarkan dia bermain tanah tanpa kasut. Biar kulit kakinya merasai embun di rumput-rumput di perkarangan rumah ana. Seronok melihat telatahnya.

10 minit kemudian, kami kembali masuk ke rumah, ana memandikan anak ana yang sulong. Setelah selesai, ana pun mandi untuk membersihkan diri sendiri. Setelah siap memakai baju untuk ke pejabat, ana melihat jam, pukul 8 pagi, 13 Mei 2008. 13 Mei? Eh? 13 Mei.

Ya, 13 Mei 39 tahun dahulu, mungkin ketenangan ini tidak dapat dirasai. Mungkin si ayah tidak dapat mendukung dan membiarkan anak-anaknya bermain tanah di luar rumah. Mungkin si ayah sedang berkecamuk akal fikiran kerana memikirkan keselamatan keluarganya. Dan mungkin juga si ayah sedang memegang parang untuk mencari mangsa untuk dibelasahnya.

Alhamdulillah, semua itu terjadi semasa ana belum dilahirkan. Ana tidak kesempatan melihat peristiwa berdarah itu dan ana berdoa agar peristiwa itu tidak dapat ana saksikan selama mana ana hidup. Alhamdulillah walaupun masih ada sebuah parti yang sengaja memainkan isu perkauman untuk melihat umat Melayu memberontak, namun Melayu sekarang adalah Melayu baru, Melayu yang cerdik pandai menilai, mengkaji dan menyimpul tindak laku sesuatu parti.

Sayonara 13 Mei, harap ianya terus menjadi sejarah di dalam kamus sejarah negara Malaysia untuk selama-lamanya .....

TAKZIAH DARI PEMUDA PAS CAWAGAN RASA KEPADA DATO' MUSTAPA MOHAMED

Isnin, 12 Mei 2008

Kami dari Pemuda PAS Cawangan Rasa merakam ucapan takziah kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato' Mustapa Mohamed kerana kembalinya ayahanda beliau Mohamed bin Abdul Rahman ke Rahmatullah.

Dari Allah kami datang dan kepada Allah kami kembali. Semoga roh beliau dicucuri Rahmat, insyaAllah.

ALHAMDULILLAH. ADA JUGA MANUSIA UMNO MELIHAT BLOG INI.

Ahad, 11 Mei 2008

Ana sekarang berada di MIHAS. Sudah letih berjalan, ana terjumpa sebuah kedai menyediakan perkhidmatan internet percuma untuk 30 minit. Ana pun apa lagi, surf the net lah.

Kemudian ana masuk melihat perkembangan blog ana ini, dan dilihat, ada seorang hamba Allah dari Langkawi tidak silap ana memberi komen yang amat menarik. Sila baca di bawah.

'comment' dari artikel 'Melayu Sudah Hanyut'.

A M Ubaidah S berkata...
Semakin sedih saya lihat, teman-teman PAS di internet begitu asyik mempertahankan Karpal dan begitu sedia mengecam Fairuz. Karpal tu kafir Harbi yang terbukti menidakkan Islam dan keutamaannya di bumi Malaysia. Fairuz pula pemimpin Islam yang menghalang Lina Joy dari menyebabkan bersubahat umat Islam dalam murtadnya.


Kenapa PAS sayangkan Karpal dan bencikan Fairuz? Adakah rakan kongsi kuasa, walaupun yang memusuhi Islam, lebih sedia diterima PAS dari hakim yang berjasa kepada umat Islam?

Situasi begini menyebabkan begitu ramai orang seperti saya terus menolak PAS. Kerana PAS menjadi-jadi terlihat mengalatkan Islam semata-mata untuk mencapai kuasa, dan apabila kuasa sudah tercapai, Islam tinggal buah mulut sahaja. Salah...

Pada masa yang sama, tindakan PAS juga yang tak putus-putus mendefinisikan sokongan terhadap parti sebagai bukti Islamnya seseorang juga terpesong dari akidah, sama lah dengan Islam Hadhari buatan Pak Lah. Padahal Islam bukan milik Pak Lah mahupun PAS untuk diolah sesuka hati. Islam kurniaan Allah untuk semua umat manusia.

Kemudian apabila PAS mengatakan ia memperjuangkan Islam, ini juga sama hasilnya dengan konsep 'Hadhari', ia mengelirukan ummah. Islam agama Allah dan tidak perlu diperjuangkan. Islam malah memperjuangkan kita. Mengatakan Islam perlu diperjuangkan terlalu riak sekali.

Sedarlah dahulu teman-teman PAS sebelum berbicara. Setidak-tidaknya, UMNO kalau pemimpinnya terpesong ke arah Hadhari seperti Pak Lah pun, ada ahlinya yang berperang saudara untuk mengembalikan UMNO kearah yang betul. Yang PAS bilakah mahu membetulkan dirinya sendiri? Apatah lagi memerintah...
2008 Mei 11 10:07


Ini adalah komen seorang insan kepada ana yang menampakkan keikhlasannya menegur kami jemaah di dalam PAS. Ana mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi menegur ana dan rakan-rakan ana di dalam jemaah PAS.

Apabila ditegur sedemikian, maka adalah menjadi kewajiban ana untuk membalasnya. Bukan kerana apa, tetapi ada sedikit kekeliruan di dalam teguran A. M Ubaidah. Dan kekeliruan itu ana perlu untuk memperjelaskan kepada beliau agar beliau faham apakah dia jemaah PAS ini.

Tetapi, bukan sekarang, sekarang ana ada bersama keluarga ana di Mihas, ana perlu melayan kerenah anak sebentar yang sedang menikmati juadah makanan percuma di sini. InsyaAllah, jika ana kelapangan masa, ana akan perjelaskan kepada beliau. Ana yakin, beliau adalah seorang yang berjuang di dalam UMNO kerana ikhlas hendak menolong Melayu, janganlah pula beliau terikut-ikut dengan pimpinan tertinggi UMNO yang hanya mahukan RM, RM dan RM. Tunggu......

ULASAN ANA UNTUK ISU KARPAL SINGH

Sabtu, 10 Mei 2008

Ana terlupa sebenarnya, rakan sekolah VI ana 'shahalam journalist' ada meminta ana mengulas cerita berkenaan dengan Karpal pada e-mailnya semalam. Ana teringat kerana melihat berita yang tidak sudah-sudah dengan isu cap ayam ini. Siapalah ana hendak mengulas tentang Karpal. Lainlah jika ana ni DSAI, layaklah hendak mengulas. Tapi takpe, disebabkan rakan sekolah lama punya pasal, ana akan ulas walau ulasan ini nampak cair nasi bubur..



Pertamanya kita mesti mengenali Karpal ini. Beliau adalah seorang yang hobinya adalah membangkang. Tidak kisahlah apa yang hendak dibangkangnya, dia akan bangkang. Mungkin kerana sikapnya yang suka membangkang, maka perkara yang remeh pun akan dibangkangnya.



Kes yang terbaru lagi sensasi apa yang dibangkangnya ialah kes Raja Muda Perak Nazri bersama menteri besar Perak Ir. Nizar berkenaan dengan pemindahan Ketua Pengarah JAIP. Apa yang tidak dipuas hatikan oleh Karpal adalah pada beliau Sultan tidak berhak mencampuri urusan pemindahan kakitangan kerajaan kerana pada pandangannya, skop ketua kepada urusan agama Islam oleh Sultan tidak termasuk berkenaan dengan perihal urusan pentadbiran kakitangan awam kerajaan negeri. Itu sahaja. Beliau tidak mengutuk atau menghina Sultan. Itu adalah pandangan beliau terhadap undang-undang dan perlembagaan negeri berkenaan kuasa-kuasa Sultan. Perkara undang-undang lah katakan, diakan peguam.



Apa yang diperkatakan adalah pandangannya. Takkanlah beliau hendak tarik balik pandangannya. Kan ke pelik namanya. Nama pun pandangan, bukan arahan. Cumanya, UMNO sekarang ini di dalam situasi kelam lagi kabut dengan kekalahan yang menimpa parti itu pada PRU yang lalu. Mereka cuma hanya mahu bermain isu perkauman untuk mendapat kembali sokongan. Nama pun UMNO, parti assabiyah. Tak bolehlah kita hendak salahkan mereka, sudah menjadi darah daging UMNO buat kerja mengarut begini. Mungkin UMNO masih menganggap orang Melayu masih bodoh politik.



Kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah, Karpal ini sebenarnya adalah seorang manusia yang kurang cerdik berpolitik. Memang sungguh cerdiknya tidak wujud langsung bila beliau berpolitik. Mulutnya tidak boleh dikawal oleh dirinya sendiri sehingga menyebabkan isu-isu besar yang lain yang lebih penting dan utama berjaya di kona baring oleh puak-puak UMNO. Boleh dikatakan, Karpal adalah seorang yang memberi masalah kepada PR.



Berkenaan dengan isu Negara Islam oleh beliau, ana dah buat artikel untuk isu itu di blog ini. Antum semua carilah sendiri. Ana sebenarnya tidak berapa gemar komen dan mengulas tentang manusia secara individu, ana lebih suka mengulas berkenaan dengan parti dan persatuan. Mengulas mengenai dasar dan misi sesebuah parti dan persatuan adakah ianya mengikut kehendak Allah atau tidak.



(Laptop adik ana, dah letih dah mata melihat cahaya neon pada laptop ini)

Itulah dia ulasan ana yang ringkas ini. Sebenarnya ana hendak buat panjang lebar, tapi ana hendak tengok TV sekejap. Sudah sakit mata melihat laptop adik ana. Letih la,......

SEDIHNYA, MELAYU DAH HANYUT.

Ana berada di KL ketika menulis artikel ini. Sedang berada di rumah ibu, balik kampunglah boleh dikatakan, walau kampungnya di tengah-tengah bandar KL. Semasa ana duduk termenung didepan akhbar Berita Keadilan yang berada di atas meja makan, ana menggatalkan tangan untuk membelek-belek surat khabar itu. Di belakangnya tertulis tajuk besar 'Pindah RM9.9 juta: Isteri Khir Toyo salah guna kuasa'. Ana membacanya. Memang teruk.

(Suara Keadilan didepan mata ana)

Kemudian ana menggatalkan lagi tangan, ana memanjangkan tangan ana kepada akhbar MCA The Star, tajuk depan 'Correct, it's Fairuz'. Ana bacanya. Ish, tak habis-habis cerita Lingam. Memang teruk.

Sekali lagi, ana gatalkan tangan membelek-belek akhbar puak UMNO, Berita Harian, ana terjumpa satu sisip tajuk kecil, 'Pelajar buang bayi disyaki terlanjur'. Ana baca. Astaghfirullah, memang teruk.

Setelah membaca cerita terlanjur itu, ana membuat keputusan tidak mahu lagi menggatalkan tangan untuk membelek-belek akhbar lagi untuk ketika ini. Pening kepala dibuatnya. Mana tidaknya, berita-berita jenayah tiap-tiap hari keluar di dada akhbar. Yang membuatkan rasa kepeningan ke arah migrain minor ialah yang membuat jenayah ini adalah warga Melayu. Sedih ana dibuatnya.

Seorang isteri bekas Menteri Besar mahu songlap duit persatuan, yang seorang lagi bekas ketua hakim merasuah untuk dinaikkan pangkat, dan yang lagi seorang pelajar sekolah agama berzina dan buang anaknya dalam tong sampah. Apa hendak jadi wahai orang Melayu? Apakehenya kamu semua ini membuat perkara yang berdosa besar. Tidak takut pada Allah ke? Hendak sangat ke masuk neraka walau tidak bercita-cita untuk ke situ?

Inilah dia, bangsa Melayu yang sudah lama meninggalkan amalan Islam. Yang sudah lama tanpa sedar memerangi agamanya sendiri. Yang sering kali menghina Islam tanpa disedari dulu kini dan janganlah sehingga selamanya. Mana tidaknya, pemimpin Melayu yang memerintah sekarang yakni UMNO, semuanya golongan manusia yang tidak layak untuk memegang kuasa. Mereka berebut-rebut untuk berkuasa bukan kerana Allah, tetapi kerana RM, RM dan RM. Yang paling molek pun pemimpin UMNO ini kerana assabiyah Melayunya yang memang jelas diharamkan oleh Allah.

Sebut hudud, marah, sebut kembali kepada Al-Quran, dibuatnya agama baru Islam Hadhari, sebut sokong PR, dilaungnya ketuanan Melayu. Apa adanya pada Melayu wahai orang Melayu. Jika kamu wahai orang Melayu mati dan masuk ke alam kubur, ada ke malaikat Mungkar dan Nangkir bertanya apa bangsa kamu? Ada ke? Mana ada wahai Melayu. Yang ditanya oleh malaikat ialah apa agama kamu? Mana kiblat kamu? Siapa tuhan kamu. Jika kamu wahai Melayu menjawab agamaku Islam Hadhari, kiblat ku Melayu, Tuhanku wang RM, sia-sia sahaja kamu hidup wahai Melayu.

Melayu tidak akan ke mana tanpa adanya Islam. Melayu tidak akan ke mana tanpa adanya panduan Al-Quran. Melayu tidak akan ke mana tanpa adanya ikutan dari Rasullah SAW. Beringatlah wahai Melayu, tiadanya Islam tanpa Khalifah, tiadanya Khalifah tanpa adanya jemaah, dan tiadanya jemaah tanpa adanya wala'. Oleh itu, kembalilah ke pangkal jalan wahai Melayu, kembalilah ke pangkal jalan, sekarang ini sungguh ramai Melayu telah hanyut dengan kebendaan dunia. Hanyut sehanyut-hanyutnya kerana diajar oleh sebuah parti yang bernama UMNO. Sebuah parti assabiyah yang patut diperangi kerana dasarnya, yang wajib diperangi kerana salahlakunya.

Janganlah taksubkan sangat dengan parti yang bernama UMNO ini. Ianya baru je di tubuhkan tidak sampai usia 62 tahun. Begitu mudanya UMNO ini. Pelik ana melihat pakcik dan makcik membuat khurafat moden hanya UMNO boleh memerintah. Kesian ana mendengarnya. Jahil sungguh. Jika ye pun mereka-mereka ini berkehendakkan Melayu itu memerintah Malaysia, kenapa PAS tidak boleh? Apa ingat PAS ini bangsa Sweden ke pemimpinnya? Apalah susah sangat mereka-mereka ini hendak berfikir. Kesiannya. Sunggub kesian. Hari ini ana sekali lagi malu melihat Melayu yang sudah hanyut.......

SAYA MALU SEKALI LAGI MENJADI ORANG MELAYU HARI INI.

Jumaat, 9 Mei 2008

Apa hendak jadi dengan negaraku Malaysia. Masih tidak faham-faham tentang bersikap adil kepada rakyat marhaen. Di bawah adalah berita dari Malaysiakini tentang peristiwa semalam berkenaan kes Bandar Mahkota Cheras. Ana rasa tidak perlu ana ceritakan dengan lebih mendalam kerana semua rakyat marhaen telah tahu tentang kes zalim yang menimpa penduduk di situ.


Ana cuma rasa malu lagi terhina terhadap polis-polis yang memukul rakyat biasa, mereka ini adalah polis dari keturunan Melayu, dengan zalim telah memukul kaum TiongHua yang inginkan keadilan. Ini apa cerita ni orang Melayu, mana letaknya Islam kamu, ana personali tidak akan memaafkan perbuatan terkutuk kaum ana orang Melayu terhadap rakan ana kaum Tionghua yang tidak bersalah. Malu sungguh ana!

BMC: Ahli parlimen Segambut dibelasah
Andrew Ong May 9, 08 12:58pm

(Polis bertindak zalim lagi dengan rakyat- menyembur air asid dan menembak gas pemedih mata sesuka hati. Hanya semata-mata mengikut arahan syarikat konsesi Grand Saga?)

Polis menggunakan meriam air serta menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan kira-kira 500 penduduk di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi.

Dalam kejadian itu, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dan pengerusi jawatankuasa buka jalan BMC didakwa dipukul oleh anggota polis berpakaian biasa.

Ianya berlaku sejurus selepas Lim tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 10 malam untuk memberi sokongan kepada penduduk yang berkumpul di persimpangan Bandar Tun Hussien Onn dengan Lebuhraya Kajang-Cheras.

Syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd sedang membina benteng penghadang - untuk kali ketiga - bagi menyekat jalan pintas di situ digunakan penduduk bagi mengelak bayaran tol.Ekoran itu, penduduk kini terpaksa memandu sejauh enam kilometer lagi dan membayar tol 90 sen kepada Grand Saga.

Ketika Lim tiba di situ, polis sedang memantau penduduk yang berhimpun mengelilingi pekerja Grand Saga yang sedang bekerja memasang tembok konkrit.Lim kemudian berjalan ke arah pekerja Grand Saga dan anggota polis di situ untuk bertanya siapa yang menyelia kerja-kerja membina tembok tersebut.

Selepas gagal mendapat sebarang jawapan, Lim mencabut wayar dari mesin yang digunakan oleh pekerja untuk mengimpal batang besi pada tembok konkrit itu (bawah).

'Saya disembur, dipukul'.



Tanpa mesin kimpan itu, pekerja Grand Saga beredar, menyebabkan penduduk berasak-asak melepas kawalan polis dan bertindak memusnahkan tembok yang separuh siap itu dengan tangan.




Penduduk yang gembira melihat apa yang berlaku, terus mengangkat dan melambung Lim beberapa kali tetapi suasana kembali tegang apabila polis pencegah rusuhan mengarahkan orang ramai supaya beredar.Lim cuba menghalang sebuah trak meriam air dengan berdiri di depannya. Menurut Lim (foto kiri), beberapa anggota polis mengheretnya dan berlaku kekecohan.

"Mereka mengheret saya ke tepi dan menyembur pemedih mata ke muka saya. Saya tidak dapat melihat. Mereka tumbuk dan tendang saya," katanya kepada pemberita kira-kira dua jam selepas kejadian tersebut berlaku.Ahl exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah yang berada di tempat kejadian, memberitahu pemberita bahawa polis berhenti memukul Lim selepas diberitahu bahawa Lim adalah seorang ahli parlimen.

Dipukul depan pemberita.

Lim, seorang peguam, memang dikenali penduduk di situ kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada jawatankuasa buka jalan BMC.Sementara itu, pengerusi jawatankuasa tersebut, Tan - apabila melihat Lim dipukul - terus bergegas untuk membantunya.

Ekoran itu, Tan juga didakwa turut dibelasah dan kemudiannya ditangkap. Para saksi mendakwa, beliau dipukul di perut oleh seorang anggota polis berpakaian biasa di hadapan para pemberita dan jurugambar.Tan kemudiannya dibawa dari situ dengan kereta polis manakala seorang penduduk membawa Lim dan Ean ke sebuah klinik berhampiran.

Tan dibebaskan dengan ikatjamin pada jam 3 pagi.Ketika itu, polis telah menembak meriam air, tetapi apabila tindakan itu masih gagal menyuraikan orang ramai, mereka melepaskan tiga kali tembakan gas pemedih mata. Orang ramai akhirnya bersurai.

Ketika ditemui pemberita malam tadi, timbalan ketua polis Kjang, Supt Toha Abdullah mendakwa beliau tidak tahu mengenai tindakan polis memukul Lim.


Katanya, pihak polis terpaksa bertindak menyuraikan orang ramai kerana mereka "menggangu tugas keselamatan pihak polis”.Sebelum ini, dua penduduk BMC telah ditahan. Ketika dihubungi tengah malam tadi, ketua polis Kajang, Shakaruddin Che Mood berkata pihak polis belum memutuskan tuduhan terhadap mereka yang ditahan itu.


(Apa cerita memaksa penduduk jalan sejauh 9km hanya semata-mata memaksa mereka membayar tol. Kan ke zalim namanya kerajaan pusat ini.)


Sedih betul ana dengan tindakan polis. Selepas diberitahu yang dipukulnya itu adalah ahli Parlimen, baru berhenti, mengapa? takutke? Jika rakyat biasa, ana rasa polis itu akan terus memukul Lim. Inilah dia sebenarnya perangai UMNO BN yang tidak sudah-sudah menyusahkan dan menzalimi rakyat. Diharap Allah akan membalas perbuatan-perbuatan zalim mereka ini.

UMNO, TIDAK HABIS DENGAN LAWAK SENARIONYA

(Sinar mentari pagi atau cahaya senja bagi UMNO? Diharap cahaya ini cahaya ke arah maghrib)


Kepala ana jadi pusing setiap kali menonton buletin palsu TV3. Pening-pening lalat dan juga sakit kepala kearah migrain minor apabila asyik-asyik dihidangkan berita yang suka sangat kearah memeningkan kepala rakyat seperti ana. Sudahlah pembaca berita berlakon membaca berita macam bagus je walhal meluat melihatnya, ditambah dengan isi-isian berita-berita yang merapu ditahap gaban yang melampau.

Asyik-asyik cerita repot polis, asyik-asyik cerita repot polis, banyak pula puak UMNO sekarang ini yang tiada kerja mempunyai hobi baru iaitu pergi ke balai polis untuk buat laporan polis. Laporan polis apa? Laporan polis terhadap Karpal Singh lah, semestinya.

Konon-kononya, hendak diceritakan kepada rakyat Malaysia berbangsa Melayu, sesungguhnya, UMNO ini adalah satu parti yang amat menyayangi kuasa Sultan. UMNOlah kononnya adalah satu parti yang sanggup mempertahankan Sultan dari dihina dan dicerca oleh mereka-mereka yang suka mencerca dan menghina kuasa Sultan. Kononnyalah. Tetapi, bukankah sejarah telah membuktikan sesungguhnya UMNOlah parti yang bertanggungjawab mengecilkan lagi kuasa Sultan-sultan Melayu yang sememangnya telah kecil. Bukankah UMNOlah yang bertanggungjawab menghina dan mencerca, malah bukan setakat menghina dan mencerca, tetapi sanggup menggubal perlembagaan Malaysia untuk mengecilkan lagi kuasa Sultan-sultan Melayu.

UMNOlah yang sanggup menggunakan TV3 memperlekehkan Sultan-sultan Melayu. Menuduh Sultan-sultan Melayu semuanya makan gaji buta, suka tampar, tengking dan pukul rakyat marhaen dengan selambanya. Menuduh Sultan-sultan Melayu adalah manusia golongan moral rendah. Tidak ingatkah kita wahai umat Melayu, UMNOlah yang bertanggungjawab mem'brain wash' diri ana ini semasa ana di sekolah agar tidak menghormati Sultan kerana dituduh bermacam-macam semasa krisis UMNO dan Sultan dahulu. Puak UMNOlah yang bertanggungjawab terhadap diri ana yang telah menipu bulat-bulat ana dan rakan-rakan agar kuasa Sultan-sultan Melayu ini sepatutnya dikecilkan sekecil-kecilnya.

Alhamdulillah, setelah ana memasuki jemaah PAS, sikit sebanyak penipuan UMNO terdahulu telah dihakiskan sedikit demi sedikit. Cuma hendak diberitahu, ana baru sahaja menghormati sepenuhnya kuasa Sultan pada tahun 2007. Ya, baru setahun jagung, tidaklah ana katakan benci akan Sultan sebelum 2007, tetapi sebelum 2007, ana sayangkan Sultan, tetapi kecewa kerana Sultan seperti tidak mahu membantu rakyat dari kezaliman puak UMNO BN. Apabila Sultan Terengganu menjadi DYMM SPBY Dipertuan Agong, barulah nampak.

Janganlah hendak bersandiwara dengan rakyat Malaysia yang telah celik ilmu politik wahai UMNO. Setakat hendak menipu pakcik dan makcik di kampung Hulu Selangor ini bolehlah, tetapi kena ingat, pakcik dan makcik ini pun di rumah masing-masing sudah ada komputer dan internet, cuma tidak tahu menggunakannya sahaja. Hentikanlah sandiwara ini, tolonglah hentikan.

UMNO ingat rakyat Malaysia tidak tahu menahu mengapa dikecoh-kecohkan sangat cerita-cerita Karpal Singh ini. Sebenarnya ini adalah semata-mata untuk melindungi cerita yang lebih besar lagi sensasi, iaitu 2 cerita, satu cerita Mongolia dan satu cerita tukar PM. Ya, cerita sensasi Mongolia dan PM akan bertukar tangan akan ke udara tidak lama lagi. Kita rakyat biasa ni, saksikanlah sahaja drama swasta bersiri ini, pasti cerita Bella pun akan dibakul sampahkan.

MATI LAGI? - PLKN

Khamis, 8 Mei 2008

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Jam 10.30 mlm tadi, seorang perempuan bernama Too Hui Min, meninggal dunia semasa berlatih di PLKN Kuala Kubu Bharu. Beliau disyaki sakit perut selepas latihan menembak dan selepas makan nasi ayam.

Tahun ini sahaja sudah 2 insan meninggal dunia akibat berlatih di PLKN. Bagaimana boleh terjadi begini? Mengapa tiap-tiap tahun, ada sahaja kematian di latihan PLKN ini? Mengapa tiada kaji selidik yang lebih mendalam ke atas kematian setiap individu yang berada di dalam latihan PLKN ini.

Kadar kematiannya adalah seperti kadar kematian nyamuk. Kerajaan seperti buat endah tak endah dengan kematian para remaja yang baru mengenal erti kehidupan. Bagaimanakah perasaan ibubapa simati, sudahlah dipaksa anaknya untuk menjalani latihan PLKN, jika tidak pergi boleh dihukum, apabila pergi, mati pula. Sudahlah mati, pihak PLKN seperti tidak mahu bertanggungjawab. Zalim betul. Sepatutnya setiap ibubapa yang kematian anak semasa latihan PLKN mesti membantah PLKN ini diteruskan kerana ada seperti perkara yang tidak betul dengan PLKN ini.

Kerajaan perlu mengkaji semula perkara ini. Ini kerana ianya melibatkan kematian rakyat Malaysia yang baru berusia remaja. PLKN sepatutnya dimansuhkan seketika atau dimansuhkan serta merta agar tiada lagi rakyat Malaysia yang mati sia-sia. Adalah lebih elok pada pandangan ana PLKN ini tidak wujud dimuka bumi, kerana ianya hanya menyusahkan rakyat marhaen.

Jangan kerana sayangkan duit keuntungan kerana program PLKN ini yang menyebabkan kerajaan menutup sebelah mata terhadap kepincangan yang berlaku terhadap program ini. Perkara ini adalah kes berat, kematian telah berlaku dan terus berlaku, jika diperkhidmatan kerja kilang, jika ada kes kematian berlaku di dalam premis kerja, maka kilang akan disita sehingga kes selesai untuk siasatan. Dan ini juga sepatutnya berlaku kepada kem-kem PLKN, ianya perlu disita sehingga siasatan kes selesai.

DAH LAH NAKAL, ZALIM PULA TU.

(RPK, berkarismatik, namun perlu mendalami Islam dengan guru, bukan buku)

'Dah lah nakal, zalim pula tu'. Inilah ayat yang sesuai diberikan kepada UMNO BN yang tidak serik-serik dengan tingkah laku yang penuh dengan noda dan dosa. Masih belum faham-faham puak neo-sekularis dan assabiyah ini daripada mahu insaf dan bertaubat akan perbuatan mereka-mereka ini yang selalu bertindak penuh dengan kejahatan.


Seorang lagi insan yang diberi nama oleh ibu dan ayahnya, Raja Petra Kamarudin (RPK) dengan tidak semena-mena, dituduh di dalam akta hasutan kerana artikel yang dibuatnya dan diterbit olehnya di blog peribadi beliau. Ana pun tidak faham apakah yang hendak dihasutnya di dalam artikel itu? Mungkin disebut nama isteri Timbalan PM dan nama Timbalan PM yang menyebabkan ianya menjadi penghasut. Kesian Malaysia, negara yang berkecamuk dengan kacau bilau sistem undang-undangnya.


Ana tabik hormat kepada RPK kerana beliau dengan berani tidak mahu diikat jamin dan sanggup masuk ke lokap kerana pendirian beliau yang tidak mengaku bersalah. Walaupun banyak perkara yang berkaitan dengan Islam tidak dipersetujui oleh ana kerana RPK memang mengarut lagi jahil tentang agama beliau sendiri, tetapi prinsip hidup tegas dan pendirian yang kukuh tidak takut kepada sesiapa menyebabkan beliau ini mempunyai karismetik personaliti yang tersendiri. Jika analah, ana dah telefon sanak saudara dan kawan-kawan untuk diberi pinjam duit sebanyak RM5000 untuk diikat jamin. Ana ini ada sifat penakut juga.


Ana masih tidak faham tindak-tanduk parti memerintah ini kerana tidak serik-serik menyusahkan rakyat. Janganlah kerana percaturan politik hendak menjatuhkan seseorang menyebabkan seorang rakyat Malaysia dituduh, diancam dan ditakutkan dengan bermacam-macam akta hanya kerana mainan politik UMNO BN. Ini zalim namanya. Namun apakan daya, UMNO BN akan selama-lamanya menjadi nakal dan zalim selagi nama mereka adalah UMNO dan BN. Kesian mereka,........

TERIMA KASIH DR HAMDI KERANA ILMU YG DIBERIKAN.

Rabu, 7 Mei 2008

(Dr. Mohd Hamdi sedang memberi ceramah)

(Ceramah disampaikan juga dengan menggunakan multi media)

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar majlis ceramah semalam. Ceramah yang disampaikan oleh Dr. Mohd Hamdi, Profesor Madya dari universiti Malaya yang bertajuk 'mengapa saya berjuang di dalam PAS' sungguh padat dengan ilmu dan memberi kesedaran yang selama ini kita tidak sedar. Tentang peri pentingnya kita sebagai umat Islam tentang kewajiban fardhu ain setiap individu muslim untuk berjuang menegakkan kembali Khalifah Islam.



(Muslimin yang hadir khusyuk mendengar ceramah begitu juga dengan Muslimat, sanggup hadir bersama anak-anak kecil, Allahuakbar!)

Ana rasa mereka yang hadir pasti akan terbuka minda setelah diberi imput sedemikian cantik oleh penceramah tentang persepsi kita sebagai ahli di dalam jemaah Islam untuk mengetahui apakah tujuan sebenarnya kita bersama di dalam jemaah ini. 'Target' ana untuk ceramah ini adalah khas kepada ahli-ahli PAS, tetapi, alhamdulillah, mereka yang berada di atas pagar pun ada yang sudi hadir mendengar ceramah ilmu ini.

(Tuan Haji Sahyar Hassan, ketua PAS Cawangan Rasa, juga hadir mendengar ceramah. Beliau seorang pejuang tulen yang tidak kenal penat lelah di dalam perjuangan Islam)

(Ustaz Alwi, imam masjid, juga tidak melepaskan peluang untuk menimba ilmu di dalam majlis ceramah ini, diharap selepas ini ustaz dapat menyambungkan ilmu ini di mimbar masjid)


Diharap selepas ini, ahli PAS mesti beriltizam bersungguh-sungguh bekerja untuk Islam melalui jemaah, bukan hanya setakat mengisi borang ahli sahaja. Diharap juga Dr. Mohd Hamdi akan kembali untuk memberi ceramah ilmu kepada kami penduduk Rasa agar ilmu yang diperolehi akan bertambah. Terima kasih semua. Takbir!!

CERAMAH ILMU POLITIK, HARI INI.

Selasa, 6 Mei 2008

Dimaklumkan bahawa, Pemuda PAS Cawangan Rasa akan menganjurkan ceramah tertutup untuk ahli PAS dan penyokong-penyokongnya pada hari ini, Selasa, 6 Mei 2008 di dewan JKKK Rasa, jam 9.00 mlm.

Penceramah jemputan adalah Dr. Mohd Hamdi, ahli Exco PAS Pusat yang akan menyampaikan ceramah bertajuk 'Mengapa saya berjuang di dalam PAS'.

Ahli AJK Pemuda diharap akan datang awal untuk menyusun dewan untuk majlis ceramah ini nanti. Harap dapat makluman.

TAN ATAU DIN 4 TOK4.

Ahad, 4 Mei 2008

Ada berita baru lagi sensasi untuk mereka yang makan, minum, tidur dan jaga di Rasa. Sekarang ada 2 calon untuk tok 4. Tan dan Din. Kenal tidak Tan dan Din ini? Antum semua mesti kenal. Orang kuat masjid le katakan. Penduduk asal seasal-asalnya kampung Rasa, dan semestinya bukan makhluk asing.

Kedua-duanya jejaka tampan. Ada kereta, ada rumah, ada isteri dan ada anak. Kesimpulannya, mereka-mereka adalah insan berwibawa untuk menjadi tok 4. Oleh itu, tok 4 yang lama betul ke hendak ditukarkan? Mengapa perlu ditukarkan? Ada masalah ke jika tidak ditukarkan?

Ana berharap sesiapa pun yang menjadi tok 4, janganlah jawatan ini menjadi batu loncatan untuk menjadi glamour, menjadi kaya, mendapat projek, melaga-laga orang kampung dan gila kuasa. Jawatan tok 4 adalah satu amanah dari penduduk kampung dan juga amanah dan tanggung jawab dari Allah SWT untuk menjadi pemimpin memimpin masyarakat mengikut lunas-lunas Islam.

Jangan jadikan jawatan Tok 4 ini sepertimana semasa zaman UMNO memerintah dahulu. Sungguh menjahanamkan manusia kesuluruhannya. Segala amanah dan arahan yang diturunkan oleh kerajaan negeri, mestilah dipatuhi dan dilaksanakan seadil-adilnya.

Kami dari pemuda PAS menyokong sepenuhnya sesiapapun yang menjadi tok4, asalkan tok4 itu beriman, bertaqwa dan berjihad di jalan Allah. Takbir!!

SITAM NAK GAMBAR KELUAR DI SINI KE?

Jumaat, 2 Mei 2008

(Ini bukan gambar sitam. Tetapi jika beliau berada di Batu Burok, kemungkinan besar beliaulah terpampang di gambar ini.)

Nampaknya ada insan yang tidak berpuas hati dengan blog ana nampaknya. Gambar beliau tidak ada di mana-mana di dalam blog ini.


Beliau adalah hero perkasa di Rasa. Orang kuat PAS keluarga anak beranak Sahak. Malah boleh dikatakan seluruh adik beradik mereka adalah ahli PAS. Cuma bukan ahli seumur hidup. Dimulakan dengan si sulong Dahlan terus kepada adiknya Faizal dan ada muslimat dipanggil Ani. Malah kakak-kakak mereka pun menyokong PAS. Cuma sudah menjadi ahli sahaja ana tidak perasan, kena cek dengan Haji Sahyer, ketua Cawangan yang berwibawa tapi kekadang ada ana tidak berpuas hati, he, he...:)


Sitam ini adalah boleh di katakan di dalam bahasa Kelantannya 'gedebe'. Tetapi mempunyai hati nurani yang baik jika diperhati dengan mendalam. Bekas askar, sekarang berkecimpung di dalam arena profesional kimpalan, mempunyai gaya karismatik jejaka kampung yang tampan. Harap jika ketua pemuda berkeinginkan dikimpal pintu gate besi, bolehlah diberikan diskaun. Bukan atas dasar parti, tetapi atas dasar kawan-kawan...he, he,....:)


Gambar sitam ana telah cari merata-rata dalam komputer ana, tetapi tiada. Mungkin ana akan meminjam gambar dari setiausaha cawangan a.k.a setiausaha kawasan iaitu namanya serupa nama AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Tetapi beliau bukan ustaz, tetapi seorang jurutera jentera yang sungguh berwibawa. Jika ana diberi kuasa untuk memilih ahli majlis daerah, ana akan undi dia sebagai ahli. Tetapi takpe, masa masih panjang dan cerita pun ada banyak hendak disampaikan. Malam ini ada perjumpaan oleh orang-orang kampung di masjid untuk memilih tok 4. Betul ke?


Semalam ana tidak hadir ke mesyuarat bersama PKR, kerana ana suka melakukan tindakan ikut rasa hati. Ana rasa di dalam hati lebih baik ana tidak hadir, maka ana pun tidak hadir, maklumlah, ana ini bukan orang kampung, tetapi makhluk asing,.............

KAH!KAH!KAH! SHABERY DAN RAIS BUAT LAWAK.

Entah apalah yang hendak dilawakkan oleh mereka-mereka yang bernama Shabery dan Rais ini, macam budak-budak sekolah tadika KEMAS punya pemikiran. Akal kecil ke atau buat-buat akal kecil. Yang pastinya, mereka bermain politik kurang bijak lagi menghina akal rakyat.

Semenjak bila pula UMNO BN sungguh mementingkan etika dan adab sopan santun yang disalurkan oleh telivisyen. Bila pula parti yang memerintah Malaysia ini sungguh prihatin dengan penonton dari mendengar atau melihat perkara-perkara yang tidak boleh didengar oleh orang umum di dalam telivisyen. Sejak kurun ke berapa pihak RTM sungguh mementingkan agar penonton melihat perkara-perkara yang hanya terbaik daripada 'kotak wahyu' yang berada disetiap rumah penduduk Malaysia?

Pelik lagi ajaib, kerana kekecohan 'sarkas' kononnya yang berlaku di Parlimen tempoh hari akan menyebabkan mereka yang menonton siaran langsung parlimen 30 minit di RTM akan menjadi tercemar budaya, terhina fikiran dan pengotoran akal hanya kerana terkejut akan kekecohan dan pendengaran ayat-ayat yang kononnya tidak biasa didengar oleh manusia.

Wahai menteri-menteri penerangan dan luar, sebenarnya akal, fikiran dan adab manusia yang bermastautin di Malaysia ini sudah lama tercemar lagi kotor akan kerana perkara-perkara yang telah disiarkan oleh telivisyen seluruh rangkaian di Malaysia ini. Dengan kehancuran budaya kuningnya, budaya hedonismenya, budaya seks bebasnya, budaya ayat kotornya, budaya adab kurang ajarnya dan berbagai perkara-perkara negatif telah lama disalurkan oleh telivisyen kepada seluruh umat manusia di Malaysia ini. Jadi janganlah hendak buat lawak lagi wahai menteri-menteri yang tidak ana pilih. Tolong jangan bazirkan gaji kamu dengan wang cukai ana. Ana dan seluruh rakyat yang bayar gaji kamu semua!

Tolong jangan bodohkan kami lagi wahai menteri-menteri yang memang bijak hendak memperbodohkan rakyat. Tolonglah, kami dah 50 tahun diperbodohkan oleh kalian semua.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut