HENTIKAN FITNAH TERHADAP TUAN GURU PRESIDEN PAS.

Rabu, 13 Ogos 2008

Sekarang ini, terlalu ramai insan di alam maya yang suka dan beria-ia untuk menghentam semborono dan mengecil-ngecilkan apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Presiden jemaah Parti Islam SeMalaysia, PAS. Apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Presiden seperti dibakul sampahkan oleh mereka-mereka ini yang seperti beria-ia benar melihat Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijatuhkan daripada tampuk presiden jemaah Islam.

Ada juga yang beria-ia sungguh dengan anggapan-anggapan negatif terhadap Tuan Guru seperti Tuan Gurulah orang yang dimaksudkan oleh Mursyidul Am PAS yang dengki dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Pemuda PAS Cawangan Rasa berasa sungguh kecewa dan terkilan dengan mereka-mereka ini yang sebenarnya tidak mengenali tuan guru dan hanya mendengar dari mulut-mulut orang tentang kononnya Tuan Guru begitu kemaruk mahu bersama dengan UMNO. Sungguh jahat anggapan mereka. Mereka seperti kacang lupakan kulit kerana Tuan Gurulah orang yang menyokong penuh kewujudan Pakatan Rakyat ini.

Mereka-mereka selalu menyatakan bahawa pihak risikan UMNO telah berjaya memecah-belahkan PAS dan Pakatan rakyat dengan isu ini, tetapi mereka lupa, sebenarnya merekalah yang menjadi batu api untuk memecah-belahkan PAS dan Pakatan Rakyat dengan menabur fitnah kepada Presiden PAS.

Diharap, walau apa yang terjadi, akhirnya Islam juga yang menang di bumi Malaysia ini kerana jika yang menangnya bukan Islam, sia-sialah kepada semua manusia kerana sekali lagi ditipu daya oleh iblis dan syaitan yang tugasnya adalah memang untuk menipu daya manusia.

SEMOGA PENARIK BECA DIBEBASKAN.

Khamis, 7 Ogos 2008

Pemuda PAS cawangan Rasa berasa sungguh dukacita kerana seorang blogger yang menggelarkan dirinya sebagai penarik beca telah ditahan di rumahnya semalam. Tuduhan untuk apakah beliau ditahan masih samar-samar (dikatakan ditahan atas akta hasutan, tetapi atas hasutan apa?) kerana informasi yang diterima kepada umum tidak sehebat informasi cerita-cerita kes dakwaan liwat ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim.

Diharap, seluruh umat Islam di bumi Malaysia ini mendoakan agar rakan blog kita ini dibebaskan dengan serta merta dari tahanan polis. Beliau adalah seorang bapa dan suami, mempunyai isteri dan anak di rumah. Ana secara peribadi rasa dukacita kerana sikap pihak berkuasa menangkap rakyat Malaysia yang bukan penjenayah secara drastik namun penjenayah yang berleluasa di bumi Malaysia ini, masih belum ada yang tertangkap terutama penjenayah2 penculik budak-budak kecil.

Sebagai jemaah Islam, segala perkara yang dilakukan kepada sesiapa di bumi ini dengan cara yang zalim akan kami bangkang sekeras-kerasnya.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut