SUNGGUH MEMALUKAN PASUKAN BOLASEPAK RASA GUNA DUIT SENDIRI UNTUK PIALA ADUN BTG KALI. KENAPA UMNO TAK SPONSOR?

Selasa, 29 Disember 2009

ADUN Batang Kali adalah anak jati Rasa. Bukan setakat anak jati malah setiap orang kampung akan mengenali ADUN ini. Maksudnya beliau amat dikenali oleh orang kampung sekitar Rasa. ADUN pembangkang BN di Selangor juga adalah mereka-mereka yang kaya raya. Kerana apa mereka kaya, ini kerana setiap tahun ADUN pembangkang BN di Selangor akan menerima jutaan ringgit oleh Kerajaan Pusat BN bagi setiap ADUN.

Oleh itu, adalah menjadi perkara yang pelik lagi ajaib apabila pasukan bolasepak yang berwibawa dari pasukan orang kampung Rasa sendiri tidak diberi 'sponsorship' oleh Umno cawangan-cawangan Rasa. Sudahlah tidak volunteer untuk sponsor, malah apabila dipohon oleh pasukan bolasepak itu, mereka buat endah tak endah sahaja.

Maka terpaksalah pemain-pemain sendiri yang terpaksa mengeluarkan duit bagi memasuki kejohanan Piala ADUN Batang Kali.

Kemusykilan mula bermain difikiran PAS cawangan ialah, piala ini adalah Piala ADUN Batang Kali. Piala ADUN yang datangnya dari Rasa. Piala yang bolehlah dipanggil Piala ADUN anak jati Rasa. Piala dimana ditaja dari duit peruntukan ADUN yang berjuta itu yang datang dari kerajaan pusat yang sebenarnya juga adalah duit rakyat yang digunakan oleh ADUN untuk membuat pertandingan bolasepak yang ada iras mewar-warkan itu sebenarnya datang dari duit Umno. Tidak, duit itu sebenarnya datang dari rakyat yang membayar cukai, bukan duit Umno, tolong jangan tipu.

Menaja pertandingan sebesar itu boleh dikeluarkan duit, mengapa pula ADUN Batang Kali tidak boleh menaja pasukan orang kampung sendiri untuk masuk bertanding pertandingan Piala ADUN anak jati Rasa itu?

Adakah kerana cawangan-cawangan Umno Rasa tidak dapat menerima tempias duit jutaan ringgit itu dari ADUN mereka. Itu mustahil. Amat mustahil.

Adakah kerana cawangan-cawangan Umno berdendam dengan orang muda Rasa kerana mereka tidak mengundi Umno. Jika ya, mengapa agaknya orang muda tidak mengundi Umno ya? Cuba fikir-fikirkan. Tetapi untuk makluman, PRU 13 dahulu untuk ADUN, saluran 1 dan 2 dimenangi oleh Umno. Cuma parlimen sahaja dimenangi PKR pada saluran 2. Yang kalahpun MIC.

Adakah juga kerana pasukan bolasepak dari Rasa ini menarik diri dari bertanding diseparuh akhir pada pertandingan lepas yang menyebabkan mereka tidak ditaja untuk pertandingan 2010 ini? Jika ya, korang fikirlah sendiri mengapa mereka menarik diri. Ingat sahaja-sahajakah atau mereka merajuk yang amat. Jika merajuk, kerana apa? Jangan buat-buat tidak tahu.

Amat memalukan melihat pasukan bolasepak dari kampung ADUN sendiri, Rasa, terpaksa menggunakan duit sendiri, kudrat sendiri dan inisiatif sendiri untuk bertanding pada pertandingan ADUN yang datangnya dari kampung mereka sendiri, Rasa. Lebih memalukan kerana sebenarnya, Umno cawangan-cawangan Rasa amat mampu menaja pasukan kampung kelahiran ADUN yang menganjurkan pertandingan ini. Bukan setakat yuran pertandingan RM200 (yang sepatutnya boleh buat percuma, korang kena tipu lagi), malah jersi pemain, pengangkutan, makan minum dan pertandingan2 persahabatan korang semua boleh tanggung.

Sungguh memalukan. Malu sungguh.

PAS TETAP UTUH BERSAMA PAKATAN RAKYAT.

Isnin, 28 Disember 2009

Terkejut besar dan tidak tahu menahu apa yang berlaku. Itulah yang boleh digambarkan oleh kami dari PAS Cawangan Rasa apabila menerima berita tentang demonstrasi oleh sekumpulan manusia yang penuh dengan kemusykilan dari mana mereka datang.

Sehingga ketahap hari ini, PAS Cawangan Rasa merasa pelik lagi kepeningan melihat gelagat 21 orang yang berdemo di depan pejabat PAS Perhubungan Selangor Ahad semalam.

PAS Cawangan Rasa tetap mendokong Pakatan Rakyat dan kami juga tidak akan sama sekali merestui permainan kotor yang dibuat oleh pihak UBN untuk memecah belahkan kerjasama PAS bersama-sama dengan parti komponen Pakatan Rakyat.

USRAH PERLU DITERUSKAN.

Ahad, 27 Disember 2009

Usrah bulanan PAS cawangan akan dibuat setiap hari Selasa malam Rabu, minggu kedua. Ketua cawangan telah mewajibkan setiap ahli AJK PAS cawangan yang lelaki untuk hadir ke usrah berkenaan. Ahli PAS juga dialu-alukan untuk hadir ke usrah ini.

Usrah adalah satu program yang amat penting kepada setiap jemaah yang berahlikan kepada Parti Islam SeMalaysia ini. Ianya adalah satu program untuk membentuk iktikad atau pendirian yang betul kenapa setiap insan adalah perlu untuk berjemaah didalam melaksanakan tugas dakwah Islam. Dari segi konteks mikro PAS, konsep dakwah melalui politik, iaitu menjurus kepada mendapatkan kuasa untuk berdakwah kepada rakyat.

PAS adalah satu jemaah Islam dan adalah salah jika ada mereka yang mengatakan bahawa PAS adalah satu parti politik. Mungkin disebabkan selama 50 tahun propaganda pihak musuh telah mendoktrinkan kepada minda rakyat yang menunjukkan bahawa PAS ini mempergunakan Islam untuk memerintah, padahal PAS ingin mendaulatkan Islam melalui pemerintahan.

Dengan adanya kuasa, maka akan dapatlah mewujudkan Syarie Islam yang syumul didalam sistem perundangan Islam.

Maka oleh itu, wahai ahli-ahli PAS sekelian, marilah kita semua berusrah pada tarikh tersebut diatas. Jangan takut jangan malu, usrah yang dibuat oleh cawangan Rasa adalah usrah yang tidak perlu anda sekelian membaca Al-Quran, membaca Maksirat, menghafal satu ayat Al-Quran setiap kali usrah, memberi tafsir ayat Al-Quran yang diberikan oleh naqib, tidak, tidak perlu, anda hanya perlu datang dan mendengar naqib memberi kuliyyah, dan jika ada daripada anda hendak memberi pendapat, silalah berikan pandangan. Setakat itu sahaja.

Kami pihak AJK tahu usrah adalah satu program yang paling liat oleh ahli mengikutinya, maka oleh itu, jika boleh, usrah kita, hanya berborak-borak berisi sambil makan roti canai di markas juga boleh dilaksanakan. Hal ini memang terjadi untuk usrah minggu keempat lepas. Asalkan kita dapat bersama-sama, bertegur sapa dan mengeratkan siratulrahim antara satu sama lain. Usrah perlu diteruskan.

KEBAKARAN DI KAMPUNG CHUANG, PEKAN RASA.

Selasa, 22 Disember 2009







Pada 20 Disember 2009 lepas, hari Ahad malam Isnin, lebih kurang jam 11.45 malam, telah berlaku satu kebakaran di Jalan Kuala Kali, Kampung Chuang, Rasa. Sebuah rumah kedai dan sebuah rumah telah rentong dibakar api.

Namun tiada kecederaan dan kehilangan nyawa yang berlaku. Rumah kedai yang terlibat adalah kedai Basikal dan kedai gunting rambut.

Pihak PAS Cawangan telah mendapatkan butir-butiran mangsa yang terlibat untuk diberikan kepada PAS Kawasan dan Pusat Khidmat Masyarakat bagi memudahkan saluran bantuan dapat diberikan kepada mangsa kebakaran.

InsyaAllah, pihak PAS melalui PAS cawangan Rasa dan kerajaan Pakatan Rakyat akan membantu mangsa-mangsa kebakaran semampu yang boleh.

MASJID PERLU DIBEBASKAN DARIPADA PEMIKIRAN SEKULARISME.

Ahad, 20 Disember 2009

Hamba selalu mendengar dari ahli-ahli kariah masjid yang mengatakan jangan masukkan hal-hal politik didalam masjid. Sehinggakan AJK-AJK masjid yang sejemaah dengan jemaah Islam pun ada yang mengatakan 'hal masjid, masjid, hal politik, markas.' Betulkah pendirian itu?

Sultan seluruh Malaysia, jika bertitah berkenaan cerita masjid, mesti baginda akan bertitah, jangan jadikan masjid sebagai medan politik. Lebih-lebih lagi di Selangor. Pelik, tetapi itulah realiti kehidupan sekarang ini, masjid dan politik tidak boleh dicampur adukkan.

Jika seseorang itu masuk ke dalam masjid sahaja, maka akan seperti perbuatan yang berdosa dan boleh membatalkan iktikaf di masjid jadinya jika kita berkata-kata perihal politik tanah air. Mulut seseorang yang menyebut hal-hal politik seperti dilabelkan sebagai manusia kurang ajar lagi biadap.

Mengapa begitu anggapan orang ramai? Sehinggakan ustaz-ustaz yang berceramah di masjid pun ada berkata, 'Ana kuliyyah Maghrib tidak pernah pun menyebut berkenaan dengan politik, mengapa pihak sana masih hendak 'ban' ana?'. Ya, sehingga begitu sekali kotornya politik jika ianya disebut didalam masjid, rumah Allah.

Mengapa manusia Muslim sekarang ini telah melabelkan politik itu kotor dan kotor itu adalah politik? Mengapa jika disebut politik sahaja, maka akal insan yang mendengar itu akan beristighfar banyak-banyak kerana sangkaan politik itu adalah seperti laluan ke neraka? Mengapa? Mengapa majoriti umat Islam diseluruh dunia beranggapan politik itu adalah satu budaya kotor, budaya tikam belakang, kutuk-mengutuk, tipu menipu. Mengapa?

Jawapannya mudah. Golongan sekular memang sengaja membenihkan kepada akal fikiran umat Islam bahawa berpolitik itu kotor lagi menjijikkan. Sesiapa sahaja yang ingin berkecimpung ke dalam arena politik, maka insan itu perlulah terlebih dahulu menjadi munafik terlebih dahulu. Hipokrit. Jika tidak hipokrit, maka jangan anda dekat dengan politik.

Begitu licik puak kafir hendak menjauhkan umat Islam dengan politik. Begitu mudah, puak fasik memitoskan satu kaedah untuk menjauhkan orang masjid daripada berkecimpung ke arena politik.Orang masjid, biarlah di masjid. Orang politik, biarlah puak fasik menceburinya. Maka disitu, sahlah, puak sekularis telah berjaya menyesatkan umat Islam agar memisahkan politik dengan Islam.

Jika ini berterusan, maka akan mudahlah para pemerintah yang akan memerintah nanti adalah dari golongan yang tidak beragama, tidak beriman dan tidak kesah halal-haram. Kemahuan menghalalkan cara. Maka akan timbullah para pemimpin yang beriktikadkan kapitalis.

Sepatutnya, Masjidlah yang menjuarai masyarakat didalam bercerita bab politik. Sepatutnya, masjidlah menjadi tempat berdiskusi diantara masyarakat untuk memilih pemimpin. Bukan setakat memilih AJK masjid, bukan setakat memilih Nazir masjid, tetapi wajib menjadi tempat mencetuskan idea untuk memilih pemimpin negara, memilih wakil Parlimen, memilih wakil DUN dan memilih pemimpin umat Islam seluruh dunia.

Masjid bukan hanya tempat bersolat 5 waktu, tetapi masjid adalah sebuah markas politik umat Islam untuk memilih kepimpinan. Masjid perlu dibebaskan daripada belenggu pemikiran sekularisme. Masjid perlu menjadi medan mewujudkan kembali negara daulah Islam. Masjid perlu wajib menjadi tempat dakwah untuk menyedarkan umat Islam agar mewujudkan kembali Khalifah Islam yang musnah pada 1924 yang lalu. Masjid wajib kembali menjadi masjid!

Sesiapa mengamalkan Agama suku, politik suku, ianya adalah haram, sesat, kufur lagi menjatuhkan akidah. (suku = asing, bahasa Terengganu)

-S.U Cawangan.

TUGAS SETIAUSAHA UNTUK KEMASKINI DATA AHLI

Jumaat, 18 Disember 2009

Ahli adalah salah satu entiti yang amat penting didalam jemaah PAS. Jika tiadanya ahli, maka tiadalah jemaah.

Proses mencari ahli di dalam jemaah PAS ini adalah dipertanggungjawabkan kepada Cawangan. Setiap cawangan mestilah mempunyai data yang lengkap tentang ahli seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan juga nombor telefon. Tugas Setiausaha adalah untuk mengemaskinikan data-data tersebut.

Maka, adalah satu perkara yang penting bagi setiap Setiausaha cawangan untuk mengemaskinikan data ahli jemaah cawangan masing-masing.

PROGRAM MENJANA DANA DI CERAMAH IR NIZAR.

Jumaat, 11 Disember 2009

PAS Cawangan Rasa telah membuka gerai jualan air bergas Radix dan barang-barangan dari produk Al-Wafi sempena program ceramah perdana Ir. Nizar di Serendah, Hulu Selangor. Keuntungan yang didapati semuanya diinfa'kan ke PAS Cawangan Rasa.


Gerai PAS Cawangan RASA. Halal lagi toyyibah. Semua keuntungan diinfa' kepada PAS

Cawangan.Ketua Cawangan dan Setiausaha PAS Cawangan Rasa telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga gerai itu dari mula hingga akhir.

Walaupun kerja membuat gerai ini adalah secara ad-hoc kerana kesuntukan masa, ketua, setiausaha dan bendahari cawangan telah berbincang pada hari Jumaat di masjid Darul Quran untuk membuat persediaan gerai ini. Ketua Pemuda juga telah meminjamkan khemahnya untuk digunakan untuk gerai ini. PAS Cawangan mengucapkan terima kasih.

Diharap, gerai ini akan beroperasi sekali lagi untuk bukan hanya menjalankan aktiviti menambah pendapatan cawangan, tetapi menjadi pelopor kepada cawangan-cawangan lain agar berkecimpung didalam arena berniaga di program2 ceramah PAS yang mendatang untuk menambahkan dana dan juga mempromosikan cawangan masing2 kepada masyarakat.

KULIYYAH MAGHRIB MASJID AL-KHOLIDIAH, RASA.

Selasa, 8 Disember 2009

Kuliyyah Maghrib di Masjid Al-Kholidiah, Kampung Melayu Rasa pada hari ini:

8 Disember 2009, selepas maghrib
Penceramah : Ustaz Nurul Khalil
Kitab : 'Mengapa saya menganut Islam' - SS Fathi Yakan.

InsyaAllah, kuliyyah dari ustaz Nurul Khalil akan disampaikan di masjid ini tiap-tiap 2 kali sebulan, pada hari Selasa minggu 2 dan 4.

Marilah ramai-ramai kita menuntut ilmu.

PROGRAM CERAMAH IR NIZAR DI SERENDAH, HULU SELANGOR, 7 DISEMBER INI

Khamis, 3 Disember 2009

Kepada semua warga Rasa, diharap semua dapat hadir memeriahkan ceramah perdana ini yang akan diadakan di Serendah.

PROGRAM KEFAHAMAN ISLAM DAN DAURAH AL-QURAN REMAJA, MASJID AL-KHOLIDIAH, RASA.

Rabu, 2 Disember 2009


Masjid Al-Kholidiah Rasa akan menganjurkan program Daurah Al-Quran Remaja pada minggu depan, iaitu 7 Disember ini. Program akan berlangsung selama 5 hari, berakhir pada Jumaat 11 Disember.

Diharap ibubapa di sekitar kawasan Rasa dapat menghantar anak-anak mereka untuk bersama didalam program ini agar cuti sekolah anak-anak akan dimanfaatkan dengan pencurahan ilmu Islam.

Tentatif program adalah sepeti di bawah ;


Masa Aktiviti
8.45 pg - 9.00 pg - Bacaan Al Fatihah, Doa Pembukaan, Bacaan Ikrar, Bacaan Asma'ul Husna, Hafazan
- Surah Yassin 5 ayat sehari.
- Aktiviti dalam kumpulan besar. Asingkan lelaki dan perempuan - berulang setiap hari.

9.00 pg - 10.00 pg - Amali Toharah dan doa ikut kumpulan kecil asingkan lelaki dan perempuan setiap hari.
10.00 pg - 10.30 pg Rehat/Minum Pagi

10.30 pg - 11.30 pg - Taharah, Air dan Bahagiannya
- Najis dan Bahagiannya
- Amali Wuduk
- Tauhid
11.30 tgh - 12.30 tgh - Tasmi bacaan Al Quran dan Iqra

12.30 tgh - 1.00 tgh - Tasmi hafazan surah lazim
1.00 tgh - 2.00 ptg - Solat Zohor Berjemaah, Makan Tengahari dan Doa penutup dalam kumpulan besar dan bersurai.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut