BANGKANG NEGARA ISLAM TU BANGKANG ISLAM LA, BODOH!

Rabu, 30 April 2008

'Saya bukan lawan Islam, saya hanya lawan penubuhan negara Islam.' Inilah ayat paling bodoh lagi jahil dari seorang ahli parlimen yang kononnya berlagak pandai, tapi bodoh. Kebodohannya lebih terserlah kerana suka sangat menjaga tepi kain orang sehingga menyuruh parti yang mendokong Islam supaya diam dan jangan bising-bising dengan cita-cita hendakkan daulah Islamiyah.

Mungkin disengajakan atau memang sengaja, isu negara Islam telah dibuka untuk dibuat hujah oleh orang ramai. Sama ada hujah dari orang yang tidak tahu menahu tentang Islam dan dari hujah ilmiah dari mereka yang berlatar belakangkan ilmu Islam. Masalahnya sekarang, hujah-hujah mereka yang jahil sengaja disensasikan agar masyarakat bukan Islam dan malah masyarakat Islam sendiri akan keliru apakah yang dimaksudkan dengan negara Islam itu.

Persoalan yang timbul, apakah dia negara Islam sebenarnya. Ada yang mengatakan dengan selamba penuh kejahilan, semasa zaman nabi dahulu, mana ada negara Islam. Siapa kata tiada negara Islam semasa zaman nabi? Siapa kata semasa zaman nabi cita-cita ke arah melaksanakan negara Islam itu tidak wujud. Siapa kata?

Mengapakah nabi diperintahkan oleh Allah SWT untuk berhijrah ke negeri Yathrib yang kemudiannya ditukar nama oleh Rasulullah SAW kepada Madinah? Mengapa seluruh umat Islam di bumi Mekah diperintah dengan hukum wajib untuk berpindah ke Madinah? Ingat saja-saja atau suka-suka ke perintah ini diturunkan oleh Allah SWT tuhan seluruh alam kepada umat Islam Mekah.

Semasa di Mekah, umat Islam tiada kuasa, tetapi ketika berada di Madinah, umat Islam berkuasa. Apa pula yang dimaksudkan dengan kuasa? Maksud kuasa ialah Rasulullah berkuasa untuk menjadi ketua. Ketua apa? Ketua negara Madinah lah. Untuk apa jadi ketua? Untuk senang dan mudah Islam ditadbir dan diurus kepada rakyat yang berada di Madinah melaksanakan hukum-hakam kehidupan yang digariskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dan daripada perintah dan perlakuan dari Rasulullah sendiri yakni dari Hadith Rasulullah SAW.

Hukum-hakam Allah tu apa dia? Hukum-hakam Allah itu hududlah. Ini tidak, asyik-asyik sebut hudud je, potong tangan, rejam batu, potong tangan, rejam batu. Kalau ye pun potong tangan dan rejam batu, apa masalahnya? Kita rakyat biasa ada masalah ke jika hukuman potong tangan dilaksanakan? Ada masalah ke? Kalau rakyat itu ada bercita-cita hendak menjadi pencuri walau dah kaya, memang anda ada masalah. Tetapi, kita rakyat biasa yang berfikir hendak mencuri pun tidak ada, buat apa nak kecoh-kecoh, buat apa hendak takut-takut? Apa pasal kecoh-kecoh ni? Ahli parlimen yang seorang itu nak jadi pencuri dan berzina dengan perempuan lain ke?

Pelik sungguh manusia yang bergelar manusia ini. Manusia menganggap akal fikiran mereka yang sebesar 2/3 bola ragbi, lebih pandai daripada tuhan mereka. Apalah sangat ism manusia yang banyak mengarut lagi penuh kekurangan. Apalah sangat undang-undang ciptaan manusia untuk menghukum manusia jika hendak dibandingkan dengan undang-undang Allah yang menciptakan kamu. Sombongnya kamu wahai manusia, sombongnya.

Kamu semua yang memperlekeh dan menentang negara Islam memang cukup sombong dengan Allah. Allah yang menciptakan kamu dari setitis air yang hina, kemudian bercantum dengan telur dari ibu kamu, kemudian dilahirkan dengan tidak boleh berbuat apa-apa, yang tidak boleh berjalan, tidak boleh bercakap, tidak boleh berfikir, hendak mendongakkan kepala pun mesti dibantu oleh si ibu, kemudian apabila sudah besar, sudah berpelajaran, sudah ada akal, semasa itulah kamu hendak menentang Allah. Semasa itulah kamu memperlekahkan hukum-hakam Allah. Sombong dan bongkaknya kamu semua wahai manusia yang lemah!

Ingatlah wahai ahli politik semua, kuasa itu adalah tanggungjawab, bukannya hobi. Tanggungjawab adalah amanah daripada Allah, bukan daripada manusia. Manusia hanya alat untuk diturunkan amanah itu kepada. Jangan sesekali kita lalai, jangan sesekali kita sibuk hendak memerintah, tetapi lupa pula kita memerintah itu adalah untuk apa? Kerana hendakkan kuasa atau hendakkan redho Allah?

Ana paling sedih jika ada sebahagian sahabat di dalam jemaah yang berkata, 'kita lupakan negara Islam buat masa ini, sekarang ini kita tumpukan kepada kebajikan rakyat dahulu.'. Apalah jahilnya ayat itu, kebajikan kepada rakyat itu adalah sebahagian daripada isi-isi negara Islam lah syeikh! Manifesto yang dikeluarkan PAS itu adalah semuanya isi-isi daripada sebuah negara Islam. Takkan lah jahil juga jemaah kita ahli PAS ini? Itulah, semasa usrah, tamrin, tidak mahu datang, kan ke dah kurang ilmu,......

(Tajuk di atas dengan ungkapan keras 'bodoh' itu adalah ikhlas daripada ana. Sesiapa yang terasa kekerasannya, alhamdulillah, padan muka ana ucapkan kepada mereka)

PARLIMEN PUN BERSIDANG....

Selasa, 29 April 2008


Akhirnya, saat yang dinanti-nanti berkunjung tiba. Persidangan Parlimen telah pun bermula. Maka akan riuh rendahlah dewan rakyat nanti dengan hujah-hujah dan cakap-cakap pembuat undang-undang negara Malaysia ini bersidang.

(Jangan jadi begini. Buat kerja sorang-sorang tengah jalan)



Kepada 82 ahli parlimen Pakatan Rakyat, buatlah kerja dengan bersungguh-sungguh. Berilah pandangan dan hujah yang bernas dan bertanggung jawab. Bagi 23 ahli parlimen PAS, jangan lupa perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Gunakanlah kuderat dan kuasa yang ada sebagai ahli parlimen untuk menegakkan Islam dengan cara yang penuh berhemah dan berkhitmah.



Biarlah negara Malaysia ini menjadi negara yang diredhoi oleh Allah SWT, bukannya di redhoi oleh manusia semata-mata. Allah menjadikan kita untuk beribadah kepadaNya, maka itulah tanggungjawab kita sebagai hamba Allah agar kita, manusia, hidup hanya kerana redhoNya.

Persoalan negara Islam jika ditimbulkan oleh BN atau dari dalam PR sendiri, adalah menjadi tanggungjawab 23 ahli PAS itu mempertahankan Ad-Din Islam daripada mereka-mereka yang jahil atau buat-buat jahil. Jadilah pewaris nabi agar jihad dan dakwah sentiasa berada di dalam tingkah laku kita.

MASALAH AKHLAK REMAJA.

Sabtu, 26 April 2008


Ilmu adalah satu pemberian Allah SWT kepada manusia untuk digunakan di jalan yang diredhoiNya. Ilmu juga adalah barang yang berbentuk seperti teh uncang, apabila dibiarkan direndam di dalam air, maka teh yang terkandung di dalam uncang itu akan beransur-ansur hilang lalu habis. Untuk mengekalkan rasa teh itu, maka uncang yang baharu perlu di rendamkan di dalam air.

(Anak ana yang sulong, ana selalu doakan menjadi muslimah yang solehah,

juga kepada anak ana no.2)

Oleh kerana ilmu itu seperti uncang teh dan uncang teh itu sendirinya bukanlah ilmu, maka setiap manusia wajib selalu untuk mengisikan akal fikirannya dengan ilmu sentiasa di mana-mana dan pada waktu bila-bila agar ilmu yang terkandung di dalam akal fikiran tidak akan hilang seperti kandungan teh di dalam uncang teh. Ilmu tidak akan kekal di dalam akal manusia jika ianya hanya berendam di dalam otak, tetapi ianya perlu di tambah dan dipraktikkan agar ilmu itu berguna kepada kita.



Pada waktu sekarang ini, anak-anak kita yang bersekolah rendah, apabila habis sahaja mereka bersekolah di sekolah kebangsaan di waktu pagi, maka pada sebelah petangnya mereka seperti diwajibkan pula untuk ke sekolah agama. Boleh dikatakan semua penduduk Islam melakukan perkara demikian sehingga jika ada ibubapa tidak menghantar anak mereka ke sekolah agama petang, maka orang ramai akan menganggap ibubapa itu adalah zalim dan anti agama.



Tetapi, sedarkah kita, apabila anak kita menjangkau ke sekolah menengah sahaja, bilakah pula mereka akan belajar agama secara sistematik seperti sekolah agama rendah dahulu. Dari umur 7 hingga 12 tahun mereka belajar agama secara insentif, tetapi pada umur 13 hingga 18 tahun, pembelajaran itu hilang dan ghaib serta merta.



Sedarkah juga kita, anak-anak berumur belum baligh, mereka begitu rajin ke masjid untuk berjemaah, tetapi, apabila menjangkau ke alam remaja, masjid tiada di dalam kamus mereka. Para remaja akan sibuk untuk melepak, bermain gitar, merempit, mengurat, membuat aktiviti maksiat dan menghisap rokok. Agama ditinggalkan, kerana ilmu agama hanya di ajar di sekolah menengah 3 jam seminggu, ilmu kebaikan ditinggalkan, kerana sibuk mencari masalah maksiat, solat diabaikan, kerana mungkin mak bapak mereka pun tidak solat.



Jadi, apakah perkara yang perlu dilakukan oleh kita jemaah Islam PAS untuk mengatasi masalah ini. Dato Hassan Ali telah menjadi EXCO Hal-ehwal Islam, jadi apakah yang perlu dilakukan oleh kita, ahli jawatankuasa PAS Cawangan Rasa untuk mengatasi gejala ini? Ana sekarang ini sedang membuat satu kertas kerja khusus untuk mengatasi masalah ini, insyaAllah ianya akan dibentang tidak lama lagi. Wallahua'lam.

JANGAN JADI PM DS WAN AZIZAH, RAMAI LAGI YG LEBIH LAYAK.

Jumaat, 25 April 2008

Terkedu ana membaca berita malaysiakini dan laman marhaen. DS Wan Azizah seperti bersetuju beliau ingin menjadi PM Malaysia jika tiada aral mendatang. Biar betul, Datin Seri ni bermain kata-kata politik atau apa?


(Pakatan Rakyat. Mesti ikhlas kerana Allah SWT)
Ana dan ramai penduduk di Malaysia tidak mahu menjadikan Malaysia ini sebagai Anwar Ibrahim Inc.. Kami telah lama membenci selama ini kami telah hidup di dalam negara Malaysia Mahathir Inc.. Maka jika Datin Seri ada cita-cita tinggi menginginkan jawatan nombor wahid negara, maka ana akan lawan dan bangkang bersungguh-sungguh. Ana akan guna kapasiti di dalam jemaah PAS agar perkara ini tidak berlaku.



Jika ya pun Anwar Ibrahim berkehendakkan orangnya menjadi PM terlebih dahulu sebelum beliau menjadi PM, maksud orangnya ialah mereka dari PKRlah, ramai lagi pemimpin-pemimpin yang lebih berwibawa daripada Datin Seri yang berada di dalam PKR. Mahu tidak mahu, Datin Seri pada anggapan umum, tiada kapasiti untuk menjadi sebagai seorang pemimpin. Datin Seri hanya dipilih oleh rakyat Malaysia kerana Datin Seri adalah isteri kepada pemimpin yang berkaliber Dato Seri Anwar Ibrahim.



Seperti ada satu perkara yang fobia telah melanda saudara Anwar ini. Beliau seperti telah begitu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup memberi idea yang pelik lagi kurang matang pada 14 hb April yang lalu, jika PR memerintah Malaysia sebelum beliau bertanding sebagai ahli Parlimen, maka isteri beliau yang akan memegang tampuk pemerintahan Malaysia. Ini apa ni syeikh?



Jika itulah sikap dan mentaliti Anwar yang berkehendakkan sangat tanggungjawab memerintah, maka ana akan menyesal seumur hidup kerana di dalam PRU yang ke-12 lalu, ana berkempen bersungguh-sungguh untuk menjadikan saudara Anwar sebagai perdana menteri Malaysia. Tolong jangan gila kuasa wahai DS Anwar. Tolonglah. Jangan jadikan isteri anda sebagai boneka sementara PM Malaysia semata-mata untuk menunggu anda menjadi perdana menteri. Salah tu syeikh! salah tu!!




Tidak ada pemikirankah pada mereka-mereka sahabat ana di dalam PKR untuk berfikir sejenak agar kerusi PM itu diberi kepada jemaah PAS? Tidak terfikirkah kalian bahawa selama ini kemenangan PKR adalah disebabkan bertungkus lumusnya ahli PAS 'grassroot" untuk berkempen calon-calon PKR untuk memenangi PRU yang lalu. Adakah saudara Anwar beranggapan isteri beliau adalah lebih layak memimpin Malaysia berbanding Tuan Guru Abdul Hadi Awang? lebih bijak daripada Salahuddin Ayub dan lebih matang berfikir daripada Dr. Lo'lo'? Kepimpinan Dato' Kamaruddin Jaffar ana yakin lebih tinggi daripada kepimpinan isteri Anwar Ibrahim.




Ana ini sejenis manusia lepas cakap. Yang salah tetap salah, dan yang betul tetap betul. Jika rakan ana ada melakukan kesalahan, maka menjadi tanggungjawab ana untuk membetulkan keadaan yang salah oleh kawan itu tadi kerana sayang dan kasih kepada kawan adalah lebih baik daripada hanya tahu hendak membodek, membodek dan membodek kerana mahukan kuasa. Sepatutnya, jika betullah kita hidup untuk dunia DAN akhirat, maka kita tidak akan berebut-rebut menjadi PM.

Solat la wei....

Khamis, 24 April 2008


(Ini lambang makhluk asing.)

Ish, nape ana rajin sangat hari ni. Gatal sungguh tangan ini, asyik-asyik ingin menekan butang keyboard. Hari ini sahaja, sudah kali ketiga artikel yang hendak ana siarkan. Mungkin sindrom gila blogging telah menjangkiti ana ketika ini. Solat asar sudah dibuat. Kerja sudah selesai 5.30 ptg tadi. Apa mahu buat, kita berblog lagi,.... : )


(Ini lambang makhluk asing yang lagi asing.)


Tajuk ini ana hendak bercerita sedikit tentang masalah ahli makhluk asing di bumi Rasa ini. Perkara ini adalah satu perkara yang perlu wajib ditegur dan diperbaiki oleh ahli-ahli makhluk asing. Jika tidak mengerti juga akan dengan istilah ertian makhluk asing, maka ana terpaksa tukarkan unggapan yang pelik lagi asing itu daripada ahli makhluk asing kepada ahli PAS. Mudah untuk difahami.





Cita-cita tertinggi PAS adalah untuk melaksanakan dasar-dasar Islam dari segi bentuk ekonomi, sosial dan perundangan berasaskan kepada Islam yaitu Al-Quran dan As-Sunnah di negara Malaysia. Maka oleh kerana itu yang kita perjuangkan, diharap, kepada sesiapa ahli yang masih belum ada niat untuk bersolat penuh 5 waktu sehari semalam, diharap laksanakanlah tugas itu secepat yang mungkin, kerana yang membedakan diantara Islam dan kafir adalah solat.


(Masyarakat Hindu juga telah menyokong PR, oleh itu ahli PAS mesti menjaga akhlak agar Islam tidak disalah anggap kerana perangai buruk orang Melayu)






Ana cukup tidak selesa dan berasa amat bersalah, sebagai ketua pemuda PAS, walau ana orang asing di bumi Rasa ini, tetapi ada segelintir rakannya yang masih lalai dengan tanggungjawab utama rukun Islam kedua ini. Ana berharap dan sentiasa berdoa agar rakan-rakan ana mendapat hidayah daripada Allah SWT agar solat itu menjadi rutin kehidupan biasa mereka seperti juga rutin makan minum harian. Bukannya susah pun nak solat. Jika malas sangat, buat yang wajib je le dulu.




Bau busuk badan dan baju ketika bekerja tidak membatalkan solat selagi ianya bukan najis. Kena ingat rakan-rakanku, peluh itu bukan najis. Sedangkan taik hidung itu juga bukan najis. Oleh itu wahai rakan-rakan, marilah menunaikan solat dan berikan zakat agar kita semua menjadi para mujahidin yang betul-betul berjihad di jalan Allah.





Berbincang mengenai solat, ana rasa terpanggil juga untuk melayan akal ini bercerita tentang solat Jumaat. Waktu dahulu kala, ketika ana hanya mempunyai 1 kereta, maka ana terpaksa selepas imam memberi salam, terus ana terjun keluar dari masjid. Bukannya apa, kerana hendak mengejar waktu menghantar isteri untuk mengajar di sekolah di Batang Kali. Bukannya menyampah mendengar khutbah Jumaat yang cukup membosankan lagi menyebabkan ahli kariah seperti saya selalu tidur dari mendengar bacaan teks khutbah, tetapi kesuntukan masa untuk membantu isteri untuk ke sekolah menyebabkannya.





Jadi, analah orang yang pertama keluar dari masjid, tetapi yang pelik lagi ajaib dan asing, semasa ana dalam perjalanan dari masjid ke rumah, terdapat ada segelintir yang rupa mereka ras orang Melayu yang berjalan-jalan tak tentu arah di dalam pekan Rasa. Pelik ye? Mungkin mereka solat zohor sahaja gamaknya. Ye la, nak jadi haram 3 kali berturut-turut,.. gitu ke?

Bumi Rasa Baru.

Baru balik makan di rumah, kembali ke pejabat, ana ambil beberapa snap gambar persekitaran kampung dan pekan tempat tinggalku. Ada terasa teruja sedikit untuk mengambil shot gambar. Selama ni malas je. Yelah, maklum ajelah kita ni dah ada blog sendiri.
(Gambar: Pekan Tionghua yang menyokong PR?)






Untuk makluman, tempat tinggalku dahulunya adalah kubu kuat golongan biru tua. Walau kambing yang dicalonkan, maka si biru tua itu jugalah yang akan dipangkahnya. Kerana apa dipangkahnya juga, kerana ilmu, ilmu dan ilmu. Sungguh tiadanya ilmu bencikan rasuah, hinakan kezaliman dan takutkan akhirat mengakibatkan penduduk di sini sungguh pekat dengan biru tuanya. Maka pabila ana berpindah ke sini, maka jadilah ana seorang makhluk asing.




Tetapi, sebenarnya, bukan ana sahaja yang bermakhlukkan asing di tempat asing ini, malah ada juga sahabat-sahabat tempatan dan senior-senior asing telah diasingkan oleh golongan yang suka kepada pengasingan. Bukanlah ana bermaksud mereka-mereka mengasingkan makhluk asing atau memulau makhluk asing, bukan, bukan, tetapi mereka-mereka menganggap apa yang makhluk asing ingin bawakan kepada masyarakat dan negara Malaysia ini adalah satu perkara yang luar biasa lagi asing bagi mereka-mereka.




Maka, oleh itu, menjadi tanggungjawabku sebagai makhluk asing untuk merapatkan jurang-jurang keasingan itu agar asing itu menjadi kebiasaan. Malah bukan hanya setakat kebiasaan, tetapi menjadikan ianya kewajiban, fardhu ain dan perkara pokok utama setiap perkara.

(Akhirnya, penduduk kampung yang berahlikan PAS dapat bermesyuarat Agong di sini)




Walaupun ianya asing, tetapi dengan tiba-tiba, gelombang hitam telah menyebabkan perkara yang lebih asing telah memenangi kerusi parlimen di kawasan ana. Alhamdulillah, dengan pertolongan makhluk asing, makhluk asing yang lebih asing telah memenangi kerusi ini dengan lebihan 198 golongan manusia. Terima kasih diucapkan kepada golongan gelombang hitam ini, kerana golongan ini sanggup menendang golongan mereka yang sama ras, sama kulit dan sama bahasa dengan golongan mereka sendiri daripada terus bermaharajalela untuk sepenggal lagi.
Takbir!!

Salam perkenalan kepada diri sendiri.

Eh, betul ke saya dah memasuki daerah bloggers? Adakah saya sekarang ini salah seorang daripada berjuta-juta orang yang telah menjadi bloggers seantorio dunia? Mungkin ya, dan mungkin ya, kerana saya sudah ada blog sendiri.

Tahniah diucapkan kepada saya. Alhamdulillah, kini saya bolehlah menikmati keindahan berblog di alam maya ini. Diharap, sesiapa yang terjumpa atau berjumpa atau saje-saje nak jumpa blog saya ini, diucapkan selamat datang ke rumah alam siber saya yang serba kekurangan ini.

Salam, salam, salam, salam diucapkan... : )

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut