MASALAH AKHLAK REMAJA.

Sabtu, 26 April 2008


Ilmu adalah satu pemberian Allah SWT kepada manusia untuk digunakan di jalan yang diredhoiNya. Ilmu juga adalah barang yang berbentuk seperti teh uncang, apabila dibiarkan direndam di dalam air, maka teh yang terkandung di dalam uncang itu akan beransur-ansur hilang lalu habis. Untuk mengekalkan rasa teh itu, maka uncang yang baharu perlu di rendamkan di dalam air.

(Anak ana yang sulong, ana selalu doakan menjadi muslimah yang solehah,

juga kepada anak ana no.2)

Oleh kerana ilmu itu seperti uncang teh dan uncang teh itu sendirinya bukanlah ilmu, maka setiap manusia wajib selalu untuk mengisikan akal fikirannya dengan ilmu sentiasa di mana-mana dan pada waktu bila-bila agar ilmu yang terkandung di dalam akal fikiran tidak akan hilang seperti kandungan teh di dalam uncang teh. Ilmu tidak akan kekal di dalam akal manusia jika ianya hanya berendam di dalam otak, tetapi ianya perlu di tambah dan dipraktikkan agar ilmu itu berguna kepada kita.



Pada waktu sekarang ini, anak-anak kita yang bersekolah rendah, apabila habis sahaja mereka bersekolah di sekolah kebangsaan di waktu pagi, maka pada sebelah petangnya mereka seperti diwajibkan pula untuk ke sekolah agama. Boleh dikatakan semua penduduk Islam melakukan perkara demikian sehingga jika ada ibubapa tidak menghantar anak mereka ke sekolah agama petang, maka orang ramai akan menganggap ibubapa itu adalah zalim dan anti agama.



Tetapi, sedarkah kita, apabila anak kita menjangkau ke sekolah menengah sahaja, bilakah pula mereka akan belajar agama secara sistematik seperti sekolah agama rendah dahulu. Dari umur 7 hingga 12 tahun mereka belajar agama secara insentif, tetapi pada umur 13 hingga 18 tahun, pembelajaran itu hilang dan ghaib serta merta.



Sedarkah juga kita, anak-anak berumur belum baligh, mereka begitu rajin ke masjid untuk berjemaah, tetapi, apabila menjangkau ke alam remaja, masjid tiada di dalam kamus mereka. Para remaja akan sibuk untuk melepak, bermain gitar, merempit, mengurat, membuat aktiviti maksiat dan menghisap rokok. Agama ditinggalkan, kerana ilmu agama hanya di ajar di sekolah menengah 3 jam seminggu, ilmu kebaikan ditinggalkan, kerana sibuk mencari masalah maksiat, solat diabaikan, kerana mungkin mak bapak mereka pun tidak solat.



Jadi, apakah perkara yang perlu dilakukan oleh kita jemaah Islam PAS untuk mengatasi masalah ini. Dato Hassan Ali telah menjadi EXCO Hal-ehwal Islam, jadi apakah yang perlu dilakukan oleh kita, ahli jawatankuasa PAS Cawangan Rasa untuk mengatasi gejala ini? Ana sekarang ini sedang membuat satu kertas kerja khusus untuk mengatasi masalah ini, insyaAllah ianya akan dibentang tidak lama lagi. Wallahua'lam.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam...
ana memg sokong 100% pe yg anta tuliskn ni.pandangan ana,gejala sosial yg makin teruk dan bertamabah teruk pd remaja skani berpunca drp xd kefahaman dlm dri s'sorg tu..kita yg faham ni x boleh salahkan mana2 pihak sb kita x mengalami situasi mereka sendiri..ada sb knape sesuatu perkara tu berlaku..sis pndidikn ngara yg sememangnya mengikut barat seluruhnya mgkn slh stu dr puncanya..Ana terfikir,setiap kli mslh ni dikaji punca yg sama akan timbul..bnda yg berulang2 smula tp tiada tindakan susulan.ana harap apa yg anta usulkan nanti akan bawa manfaat pd semua terutamanya berkaitan waqe' d IPT..insyAllah jika nawaitu ikhlas kerana agama Allah,Allah sentiasa bersama org2 yg bnar..

salam...ana tim. ketua dewan pemuda pas kawasan kubang pasu...ana nak minta tolong enta email kat ana kertas kerja yang enta buat tu...semoga ia manfaat untuk kami di kubang pasu kedah.
dan dibalas oleh allah..

alamat email ana di dpp kubang pasu kedah..masmawi08@yahoo.com /masmawi@streamyx.com /huffaz03@gmail.com

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut