DEMO BANTAH JUDI DI HULU SELANGOR.

Khamis, 27 Mei 2010


Makluman!

Esok, Jumaat 28 Mei 2010, di Hulu Selangor, terdapat 2 demonstrasi ANTI JUDI akan diadakan di 2 buah masjid selepas solat Jumaat nanti.

Masjid-masjid itu adalah:

1) Masjid As-Salam, Bukit Sentosa (masjid kuning)

2) Masjid Ar-Rahman, Hulu Bernam.

Semua umat Islam dan warga Malaysia yang bencikan judi dijemput hadir beramai-ramai.

ZAID FAIL PETISYEN MOHON KEPUTUSAN HULU S'GOR TAK SAH

Isnin, 24 Mei 2010

Zaid fail petisyen mohon keputusan Hulu S'gor tak sah
May 24, 10 4:04pm (Sumber MalaysiaKini)


Calon PKR yang ditewaskan bagi kerusi pilihan raya kecil parlimen, Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan petisyen bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya itu tidak sah.

Beliau mendakwa berlakunya amalan rasuah yang berleluasa oleh pencabarnya.Petisyen itu difailkan dengan hujah calon BN, P Kamalanathan telah “secara langsung ataupun tidak” mengetahui tawaran yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa berkempen.

"Petisyen tertumpu kepada janji RM3 juta oleh Najib (kepada SRKJ (C) Rasa) dan tawaran-tawaran kepada peneroka Felda," kata peguam Zaid – Malik Imtiaz Sarwar semasa sidang akhbar di rumah Zaid di Petaling Jaya.Petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

----------------------------------------
Komen PAS Rasa;

Rasanya, apa ya tindakan mahkamah nanti. Ikutkan pengalaman, PASTINYA memihak kepada keuntungan UBN. Tetapi, jika Zaid menang, TAKBIR!!!!

HARI INI, 13 MEI.

Khamis, 13 Mei 2010

Dibawah ini, adalah artikel hamba buat 2 bulan selepas menang PRU12. Sempena memperingati 13 Mei. Oleh kerana hari ini adalah 13 Mei, hamba rasa adalah perlu hamba keluarkan kembali artikel ini untuk ditatapi umum agar ianya boleh diambil iktibar sempena hari yang penuh sejarah ini. Silalah baca dan selami maksudnya sedalam-dalamnya.....

HARI INI, 13 MEI
Selasa, 2008 Mei 13

Ana bangun tidur untuk solat subuh. Semasa solat, anak ana yang sulong duduk di katil sebelah tempat solat. Ana teruskan solat subuh. Sesudah solat, ana melihat wajah comel Jannah. Beliau senyum menampakkan gigi susunya. Ana senyum. Selepas berwirid dan berdoa, ana bermain-main dengan anak sulongku. Seronok melihat telatahnya.

Setelah puas bermain, anak ana yang sulong pergi kepada umminya di bilik sebelah. Ana baring termenung sehingga terlelap sebentar di atas katil bilik solat.

Pukul 7pg ana terbangun. Mendengar suara tangisan anak kedua, ana terus ke dapur untuk memasak air. Sementara menunggu air masak, ana mendukung Iman, anak ana kedua. Ana bawanya keluar rumah untuk menghirup udara pagi. Anak ana yang sulong ikut dari belakang.

Amannya hari ini. Udara pagi yang nyaman, tidak sejuk, tidak panas, sesuai untuk suhu tubuh manusia. Anak ana yang kedua senyum-senyum dan tergelak-gelak melihat dunia luar. Anak yang sulong ana biarkan dia bermain tanah tanpa kasut. Biar kulit kakinya merasai embun di rumput-rumput di perkarangan rumah ana. Seronok melihat telatahnya.

10 minit kemudian, kami kembali masuk ke rumah, ana memandikan anak ana yang sulong. Setelah selesai, ana pun mandi untuk membersihkan diri sendiri. Setelah siap memakai baju untuk ke pejabat, ana melihat jam, pukul 8 pagi, 13 Mei 2008. 13 Mei? Eh? 13 Mei.

Ya, 13 Mei 39 tahun dahulu, mungkin ketenangan ini tidak dapat dirasai. Mungkin si ayah tidak dapat mendukung dan membiarkan anak-anaknya bermain tanah di luar rumah. Mungkin si ayah sedang berkecamuk akal fikiran kerana memikirkan keselamatan keluarganya. Dan mungkin juga si ayah sedang memegang parang untuk mencari mangsa untuk dibelasahnya.

Alhamdulillah, semua itu terjadi semasa ana belum dilahirkan. Ana tidak kesempatan melihat peristiwa berdarah itu dan ana berdoa agar peristiwa itu tidak dapat ana saksikan selama mana ana hidup. Alhamdulillah walaupun masih ada sebuah parti yang sengaja memainkan isu perkauman untuk melihat umat Melayu memberontak, namun Melayu sekarang adalah Melayu baru, Melayu yang cerdik pandai menilai, mengkaji dan menyimpul tindak laku sesuatu parti.

Sayonara 13 Mei, harap ianya terus menjadi sejarah di dalam kamus sejarah negara Malaysia untuk selama-lamanya .....

POLITIK DALAM MASJID

Jumaat, 7 Mei 2010

Oleh Al Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Salam Kamunting,

Pilihan raya kecil Hulu Selangor meninggalkan satu polemik yang terus dipanjangkan sehingga hari ini iaitu perihal berpolitik di dalam masjid, boleh atau tidak? Halal atau haram?

Apabila pihak istana yang menjadi payung kepada ugama di negara kita turut campur tangan, ianya mestilah dipandang serius supaya satu ketetapan bersama dipersetujui oleh parti – parti politik yang terlibat dengan masjid dan ugama Islam. Jika tidak, ia akan mencipta suasana muram dan keluh kesah di kalangan masyarakat Islam yang masjid adalah tumpuan kehidupan beragama mereka.

Mungkin untuk mencapai itu adalah susah dan sukar kerana perbezaan politik yang ketara di antara dua parti utama umat Islam iaitu PAS dan UMNO. Tetapi demi keharmonian masjid sebagai tempat ibadah dan penyatuan, usaha perlu digandakan oleh pihak di atas dan hasilnya pasti ada pada tahap dan masanya.

Jauhnya beza golongan Sunni dan Syiah tidak menghalang usaha taqrib yang cuba mendekatkan di antara mereka. Ia sukar tetapi wacana itu mesti wujud dan diteruskan demi hujjah dan keterangan sesama umat Islam.

Saya yakin berdasarkan titah Sultan Selangor bahawa larangan itu bermaksud suasana cerca - mencerca, tuduh – menuduh dan tuding – menuding terhadap individu ahli politik di dalam masjid yang boleh mencetuskan rasa kurang senang dan perpecahan di kalangan anggota jamaah masjid. Oleh kerana ia melibatkan isu – isu politik dan kepartian, maka wujudlah larangan berpolitik di dalam masjid.

Saya kira ia larangan kepada keadaan yang khas dan semacam itulah arahan yang datang dari hampir seluruh istana di Malaysia termasuk Istana Kelantan. Keadaan yang khas adalah apabila ianya membabitkan serangan terhadap individu dan parti – parti politik.

Politik adalah daripada Islam. Pertama, kerana Islam adalah menyeluruh pengajarannya. Maka adalah terlalu dangkal memisahkan politik daripada agama sedang ia adalah meliputi sebahagian besar kehidupan mnusia. Kedua, politik bermaksud, pada faham yang paling awal, pengurusan kuasa. Kuasa di rumah sampailah negara dan masyarakat antarabangsa. Maka adalah terlalu pelik jika Islam dipisahkan daripada kuasa kerana ugama tiada mungkin dapat ditegakkan tanpa kuasa. Ketiga, politiklah yang menggerakkan kewajiban agung umat iaitu berjihad di jalan Allah. Ia dimulakan oleh pemerintah atau imam. Bagaimana dibayangkan imam dan pemerintah tanpa kuasa dan politik?

Banyak lagi sebab dan kerana..

Jika begitulah pentingnya politik di dalam Islam dan jika begitu mudah sekali kita mengenali kepentingan masjid di dalam Islam, maka bagaimana kita boleh membayangkan satu suasana kehidupan Islami yang memisahkan di antara masjid dan politik?

Anda berhak bertanya mufti kerajaa negeri Perak, mengapa ketika kita telah sama – sama bersetuju memecat selipar di tangga sebelum mamasuki masjid, dia pula turut memecat politik ditangga masjid kerana baginya politik sekotor selipar?

Anda berhak bertanya beliau yang merupakan mufti pengharam politik yang paling banyak bercakap politik itu, mengapa beliau mengamalkan Islam yang begitu sukar itu untuk difahami, malah memalukan sekali memahami Islam seperti itu?

Anda berhak bertanya kerana kesukaran itulah yang memecah – belahkan umat itu memahami Islam yang benar dan asli. Tidakkah beliau sedar bahawa senjata utama barat semenjak ratusan tahun dulu untuk memecah – belahkan kesatuan umat adalah dengan menyebarkan faham politik suku ugama suku?

Begitu contoh dan gambaran bagaimana jika larangan berpolitik di dalam masjid difahami secara yang salah, maka ia akan menambahkan parah dan kesakitan yang menimpa umat hari ini.
Kita membiarkan media cetak dan elektronik dikuasai tentera iblis menyebarkan faham sekular mereka dalam saat kita turut mengharamkan masjid milik kita daripada bercakap, bahkan mesti diam dan membisu!

Tidak mungkin inilah fahaman istana yang menjadi payung agama dan negara.

Tetapi inilah fahaman UMNO yang cuba menggunakan dan berselindung di sebalik istana.
PAS dan UMNO, di sinilah garis pemisahan yang menyusahkan di antara mereka. PAS menegakkan asas beragama manakala UMNO bermatian meruntuhkan asas dan membina di atasnya tiang kepalsuan dan kekhurafatan.

Politik tak sama dengan parti. Ibrahim Ali berpolitik dan masuk parlimen tanpa perlukan parti. Tetapi sebuah kekuatan politik takkan berlaku tanpa sebuah kesatuan parti yang menggerak dan menjayakan matlamat perjuangannya. Sekadar melompat meniru katak, tiadalah nilainya dalam membela umat dan agama.

Saya menyeru kepada dua;

1) Memahamkan UMNO bahawa memisahkan politik daripada ugama adalah haram. Begitulah memisahkan masjid daripada politik.

2) Memahamkan segelintir para ustaz dan pejuang PAS bahawa mencerca, menuduh dan menyerang individu di dalam masjid adalah tidak beradab, tidak berhikmah dan tiada untungnya untuk perjuangan. Dakwah tanpa hikmah ibarat hidangan nasi tanpa lauk. Hasilnya, tutuplah kedai makan anda. Takkan datang pengunjung.

Istana boleh memainkan peranan yang maha mulia ini.

Masjid adalah syiar kesatuan umat menuju Allah. Takkan sampai kepada Allah ahli masjid yang salah memahami pengajaran ugamanya. Ajaran UMNO takkan menyampaikan rakyat Malaysia kepada ridha Allah.

UMNO-APCO, JUDI, MAKSIAT DAN RASUAH.

Khamis, 6 Mei 2010

Judi dan umno-apco, sudah menjadi sinonim. Ianya bagaikan aur dengan tebing. Sebuah parti assobiyah yang memperjuang memisahkan Islam dengan politik memang gemar dengan perkara yang haram dan memang tidak minat dengan perkara yang halal. Namun, apakan daya, orang kampung memang buta dengan perkara yang terang-terangan itu.

Siang tadi, menteri melayu umno-apco telah memberi lampu hijau untuk memberi lesen judi kepada syarikat yang memohon untuk membuat judi 'bating' untuk perlawanan bolasepak piala dunia 2010 nanti. Katanya, ianya adalah untuk memantau aktiviti perjudian haram yang akan tumbuh semasa piala dunia nanti.

Jika begitulah pemikiran melayu umno-apco yang benci hudud itu, maka samalah juga jika memberikan lesen 'halal' kepada aktiviti pelacuran agar aktiviti berzina ini boleh dipantau dan dapat menguntungkan kerajaan kerana mendapat durian runtuh dari duit lesen 'halal' pelacuran itu? Kan ke bangang melayu umno-apco ini. Namun, apakan daya, orang kampung memang buta dan pekak dengan perkara-perkara yang maksiat ini. Mereka hanya sibuk dirumah mereka mengira duit haram rasuah yang diterima oleh parti pemusnah umat melayu, umno-apco.

Sudahlah tanah orang melayu makin hari makin hilang, sudahlah orang melayu makin lama makin dihalau dari duduk dibandar dipaksa halau ke pinggiran hulu negeri, namun orang melayu masih bebal akal mereka kerana tiap hari memakan benda haram iaitu duit rasuah.

Orang-orang kampung mana tahu duit rasuah itu datang dari mana? Mereka seperti dibutakan untuk melihat keluar ke rumah mereka, terpampang diatas gunung tersergam bangunan tinggi tempat perjudian yang dihalalkan umno-apco untuk dijadikan tabung pilihanraya. Duit-duit judi yang ditabur oleh tokey-tokey judi kepada umno-apco itulah yang digunakan oleh parti pemusnah melayu itu untuk ditaburkan rasuah kepada orang kampung. Maka berseronoklah orang kampung dengan memakan duit yang haram itu menjadi darah daging mereka untuk dibawa bekalan ke alam barzakh nanti.

Kasihan dan sedih melihat mereka-mereka didalam umno-apco. Berlumba-lumba untuk memegang kuasa hanya semata-mata untuk kesenangan hidup di dunia yang sementara ini. Jika esok mereka mati, apa yang mereka hendak jawab didepan mungkar dan nangkir? Aku ketua cawangan umno-apco, bersekongkol dengan judi, arak dan benci hudud...... naya kalian semua......

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut