ISU TOK 4 RASA

Khamis, 29 Oktober 2009

Suasana UPU Bukit Rasa amat damai sekali. Tiadanya bising-bising politik yang sedang bermain di atas tanah Rasa ini. Mungkin disebabkan barunya habis suasana Raya, maka perdamaian politik di bumi Rasa kekal dari Ramadhan sehingga sekarang.

Cuma isu yang tertimbul disini ialah isu Tok 4 yang dikatakan akan digantikan. Isu ini bermain bukan kerana PAS hendakkan UG dengan musuh tradisi Umno, tetapi ianya bermain kerana terdapat 'salah sangka' dalaman diantara parti rakan kami.

Salah sangka dalaman yang berlaku kepada parti rakan PAS itu diharap dapat diselesaikan dengan baik dan secepat yang mungkin. Ini kerana, disebabkan salah sangka itu, PAS juga terkena tempiasnya akibat salah sangka yang berlaku kepada rakan kami itu.

PAS Cawangan sudah mengambil keputusan, kami akan mengambil 'kerusi' Tok 4 itu jika isu ini tidak diselesaikan dengan bijaksana dan pantas. Tok 4 yang lama juga ada mengatakan, jika tidak selesai juga isu salah sangka ini antara mereka, dia akan memberi sokongan 100% kepada Tok 4 yang baru yang datangnya dari PAS.

Namun, PAS Cawangan juga berpendapat, seeloknya, Tok 4 yang lama dikekalkan kerana kami tidak mahu ianya akan menjadi buah mulut pihak lawan untuk menghentam pihak Pakatan Rakyat. Namun, sesiapa juga yang menjadi tok 4, tidak kira dari PAS atau PKR, kita semua adalah didalam Pakatan Rakyat, rakan seperjuangan. Allahuakbar!

KEPUTUSAN PRK BAGAN PINANG: PARLIMEN HULU SELANGOR PERLU BERJAGA2.

Isnin, 12 Oktober 2009

Melihat kepada keputusan pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang semalam, PAS Cawangan melihat satu perkembangan yang agak perlu diberi perhatian kepada Pakatan Rakyat terutamanya PR di kawasan Hulu Selangor. Ini kerana, keputusan dimana pengundi India adalah majoriti didapati telah tidak mengundi PAS didalam PRK tempoh hari.

Kesemua saluran mengundi yang majoriti pengundinya India kalah dengan teruk di Bagan Pinang.

Di UPU ladang Atherton, PAS kalah dengan 145 undi dimana PAS perolehi 91 undi dan BN 236 undi.

Di UPU Pekan Siliau, PAS kalah dengan 236 undi, PAS 113 dan BN 349.

Di UPU Ladang Brawall, PAS kalah 125 undi, PAS 90 dan BN 215.

Di UPU Sua Betong, PAS kalah 222 undi, PAS 149 dan BN 371.

Pada Pilihanraya umum 2008, PAS berjaya memenangi dua UPU majoriti India daripada 4 UPU itu.

(Adakah mereka ini akan kekal menyokong Pakatan Rakyat di PRU 13 khususnya di Hulu Selangor? Kerja dakwah perlu dilaksanakan dengan segera.)



Oleh kerana Parlimen Hulu Selangor adalah satu Parlimen yang mempunyai majoriti lebih 15 % pengundi India, maka pihak PAS Kawasan harus melaksanakan sesuatu perkara agar PAS Kawasan melalui cawangan-cawangan dapat mendekati dengan lebih kerap masyarakat India di kawasan parlimen ini.


Segala kepercayaan masyarakat India terhadap PAS mestilah kita buktikan dengan banyak membantu golongan ini agar kehidupan masyarakat ini lebih terjamin di masa hadapan.


Namun, kepada masyarakat Melayu dan Cina, PAS juga perlu jangan lupa untuk mendekati mereka dan dekatilah mereka ini dengan cara anggapan oleh mereka bahawa kita ini sebagai sebuah kerajaan negeri, bukannya pembangkang.


Pergelutan dalaman yang berlaku kepada rakan PAS iaitu PKR cabang Hulu Selangor perlulah diatasi dengan segera kerana kekuatan parlimen di Hulu Selangor ini bukanlah terletak dibahu satu parti sahaja, tetapi terletak dibahu parti komponen Pakatan Rakyat.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut