PACA JUGA PENTING BERSAMA DENGAN DRAF SPR SUKU KE-4.

Jumaat, 20 November 2009

Seruan dari rakan sejihad kami Cawangan Bukit Sentosa2 kami alu-alukan dan tindakan untuk perkara berkenaan iaitu menyemak draf pengundi suku ke-4 oleh SPR kelak akan dibuat dengan teliti dan teratur.

Kami juga ingin memanjangkan agar bukan setakat draf ini yang perlu diambil tindakan, namun kerja-kerja PACA juga haruslah digerakkan dari sekarang agar ilmu yang terkandung didalam jiwa oleh PACA2 yang lama tidak usang ditelan masa.

Satu kursus PACA perlu dilaksanakan agar PACA2 nanti akan menjalankan tugasnya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang (baca dalam kontinasi PR). InsyaAllah PAS cawangan akan mengusahakan sesuatu untuk merealisasikan kursus ini, terbuka kepada cawangan atau ranting.

Kelemahan yang pasti di dalam PR ialah peluru mereka yang terakhir dan yang terpenting, iaitu kelemahan PACA. Oleh itu, adalah satu kesilapan jika PACA ini hanya diberikan tumpuan ketika waktu pilihanraya, kerana ketika waktu itu, semuanya adalah terlambat kerana kerja2 PACA bukan hanya memerlukan kualiti kerja, malah ianya juga memerlukan kuantiti pekerja kerana selalunya, di kawasan Hulu Selangor, terlalu kerap berlaku di mana saluran2 mengundi tiada wakil PACA dari kita kerana kekurangan anggota.

PACA tangkap muat haruslah diharamkan penggunaannya kerana kalah dan menang perjuangan kita didalam demokrasi ini, 70% adalah ketika waktu mengundi, bukannya ketika waktu berkempen.

JIKA ORANG LAIN DALAM GAMBAR INI, APA PERSPEKTIF ANDA?

Khamis, 19 November 2009


Gambar ini sengaja PAS Cawangan paparkan kepada umum di blog kami untuk dijadikan panduan.

Kami ingin bertanya kepada pembaca blog PAS Cawangan Rasa ini, jika gambar Dato Seri Anwar Ibrahim itu digantikan dengan Dato Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, apakah pendapat anda sekelian.

Jika gambar Dato Seri Anwar itu diganti dengan Ustaz Nasharuddin Mat Isa, apa akan dikata oleh masyarakat sekeliling. Jikalaulah, diri Dato Seri Anwar itu, digantikan pula dengan Dr. Hasan Ali, duduk bersebelahan dengan PM Dato Seri Najib, apa akan dikata oleh insan di Selangor khasnya, dan Malaysia amnya?

Kami ingin bertanya kepada blogger 'PAS' seperti Tulang Besi, Al-Husseyn (Perak), Penarik Beca, Aduka Taruna, Azizi Abdulllah dan lain-lain seangkatan dengannya, cuba jawab satu per satu pertanyaan dari kami PAS Cawangan Rasa ini.

ANALISA PERIBADI S.U TENTANG UPU BUKIT RASA.

Selasa, 3 November 2009

Pendapat S.U PAS Cawangan Rasa:

PAS Cawangan Rasa adalah sebuah cawangan yang agak pelik dan ganjil namun ianya adalah benar. Mengapa hamba mengatakan ianya pelik, ganjil dan benar? Ini adalah kerana PAS Cawangan ini adalah sebuah cawangan yang mempunyai 2 tanggungjawab, iaitu satu di DUN Batang Kali dan satu lagi adalah DUN Kuala Kubu Bharu.

DUN Batang Kali mempunyai 1 UPU, iaitu UPU Bukit Rasa, pengundinya adalah 1001 orang, manakala untuk DUN Kuala Kubu Bharu ada 3 UPU, UPU Pekan Rasa (lebih kurang 1200 pengundi), UPU Kampung Baru Rasa (lebih kurang 1500 pengundi)dan satu lagi UPU hamba lupa namanya lebih kurang 500 pengundi.

Untuk UPU di dalam DUN Batang Kali, iaitu DUN Bukit Rasa lebih 95% adalah pengundi Melayu. Ada 2 saluran. Saluran 1 ada 400 pengundi dan saluran 2 ada 601 pengundi (mengikut PRU 12).

Untuk DUN, kedua-dua saluran kalah kepada Mat Isa, namun untuk Parlimen, saluran satu walaupun kalah tetapi mendapat peningkatan 20 undi dan saluran 2 PR menang lebih kurang 20 undi.

Untuk UPU di DUN Kuala Kubu Bharu pula, PAS Cawangan tidak menghantar wakil PACA kerana pihak DAP telah meletakkan orang mereka di sana. Pihak PAS Cawangan Rasa juga tidak mempunyai cukup kakitangan sebenarnya kerana Cawangan Rasa perlu juga menjaga UPU di kawasan cawangan Kalumpang.

Oleh kerana PAS Cawangan sekarang ini seperti banyak tertumpu kepada perihal penduduk di UPU Bukit Rasa, menyebabkan PAS Cawangan lebih banyak menumpu kepada kerja-kerja politik yang berteras kepada orang Melayu.

Secara peribadi, apa yang hamba nampak semasa PRU 12 dahulu, pengundi Melayu di Hulu Selangor sebenarnya masih mengundi Umno. Mereka tidak mengundi PAS dan PKR apalagi DAP. Tetapi, apa yang menyebabkan mereka mengundi ahli Parlimen daripada PKR berbanding dengan BN yang diwakili oleh MIC adalah kerana undi tidak puas hati mereka kepada G. Palanivel. Bukan Umno.

Dari konteks Rasa atau UPU Bukit Rasa, jika berlakunya lagi PRU 13 pula, jika Umno masih meletakkan Mat Isa, iaitu orang tempatan Rasa, maka kebarangkalian untuk UPU Bukit Rasa untuk PR kalah kedua-dua saluran adalah tinggi.

Persepsi orang kampung, tidak kira mereka itu muda atau tua, akan tetap memangkah orang kampung mereka, jika dilihat dari trend PRU12 dahulu (bukan trend pru11). Jika hendak berlawan dengan mereka, pihak PR perlu meletakkan orang tempatan yang telah dikenal di seluruh DUN Batang Kali, misalnya YDP kita.

Jika Parlimen, pihak BN meletakkan calon Umno berbanding MIC, maka hamba berpendapat, lawannya perlu dari PAS kerana aura PAS pada hati orang Melayu adalah lebih tinggi daripada PKR. Maaf, ini adalah pendapat hamba, kerana hamba mendapati bahawa pihak motivasi dari Umno sekarang ini telah mewar-warkan bahawa PKR sekarang ini lebih banyak bukan Melayunya berbanding Melayu. Orang Melayu seperti disisihkan oleh PKR. Itulah perspektif orang Melayu sekarang.

Jika ini berlaku, iaitu Parlimen ditandingi oleh Umno dan PAS, maka hamba masih mengatakan bahawa pertandingan ini adalah 50-50. Jika 50-50, kebarangkalian untuk PR kalah itu adalah besar. Kerana apa? Kerana SPR pun bukannya telus sangat. Maka PACA mestilah tegas dan efektif didalam tindakan.

Melihat kepada kebajikan orang kampung, alhamdulillah, masih lagi ok. Jika ada yang tidak berpuas hati, mungkin ianya akan diselesaikan dengan segera, kerana berbagai-bagai ragam manusia perlu dibantu dengan berbagai-bagai cara.

Namun perlu diingat, sekarang ini orang kampung telah diberi kebajikan dari 2 sumber, iaitu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Maka kemungkinan untuk orang kampung untuk mempertahankan PR kepada kerajaan negeri dan BN kepada Pusat mungkin juga akan berlaku. Wallahualam.

S.U - Mazwandi Bin Mustaffa

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut