MAKLUMAN PRK BUKIT GATANG.

Rabu, 25 Mac 2009

Sebelum diberikan makluman, PAS Cawangan Rasa ingin mengucapkan takziah kepada Ketua Cawangan PAS Rasa kerana kembalinya ibunda beliau ke Rahmatullah pada tanggal 21 Mac lepas, hari Sabtu 2009. Jenazah telah selamat dikebumikan di perkuburan Kampung Melayu Rasa Tambahan pada jam 12 tengah hari, hari Ahad, 22 Mac 2009. Marilah sama-sama pembaca blog menghadiahkan suratul Fatihah kepada ibunda beliau. Al-Fatihah.

Untuk pengetahuan ahli, pada hari Khamis ini, 26 Mac 2009, selepas isya' di dewan JKKK Kampung Melayu Rasa, satu mesyuarat khas PAS Kawasan Hulu Selangor akan diadakan disana. Ianya berkaita dengan PRK Bukit Gantang. Kehadiran Ketua cawangan dan s.u adalah diwajibkan.

Arahan dari JPN Selangor telah diturunkan kepada Kawasan Hulu Selangor dimana PAS Kawasan Hulu Selangor akan ditugaskan dari 4/4 sehingga 7/4 di PRK Bukit Gantang di UPU Trong Barat.

Kesemua ahli PAS yang bernaung dibawah Hulu Selangor diarahkan agar mengambil cuti pada tarikh berkenaan dari kerja masing-masing agar dapat menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan. Oleh itu, diharap, ahli-ahli PAS Cawangan Rasa dapat beramai-ramai menjalankan tugas di PRK Bukit Gantang untuk memenangkan Islam disana. Kutipan dana bagi PRK ini juga perlu digerakkan oleh setiap cawangan dan cawangan Rasa akan diketuai oleh ketua cawangan dan dibantu oleh bendahari.

Sekian, harap maklum.

s.u

MESYUARAT AGONG KE-11 TELAH SELAMAT DILAKSANAKAN.

Rabu, 18 Mac 2009

Alhamdulillah, mesyuarat agong PAS Cawangan Rasa kali ke-11 telah berjaya diadakan dengan jayanya pada Sabtu malam Ahad lepas (18 Rabiuawal/14 Mac). Segala acara yang telah disediakan telah dilaksanakan dengan baik.

Terima kasih diucap kepada Ustaz Wan Shamsudin kerana sudi hadir merasmikan mesyuarat ini di dalam keadaan ad-hoc kerana Hj Abdul Wahid, YDP PAS Kawasan Hulu Selangor tidak dapat hadir disaat-saat akhir. Terima kasih juga kepada ahli-ahli PAS yang hadir ke mesyuarat malam itu kerana ada mereka yang telah mencadangkan untuk balik kampung pada hari Sabtu telah menangguhkannya ke tarikh lain.

Kepada ahli jawatankuasa yang baru dipilih, diharap dapat melaksanakan tugas dengan baik dan lebih efisien agar PAS cawangan Rasa akan menjadi satu jemaah Islam yang istiqomah didalam medan dakwah.

Akhir sekali, PAS Cawangan Rasa diharap akan lebih 'sibuk' didalam menjalankan amanah kerja-kerja dakwah Islaminya dan dapat mematangkan lagi institusi berorganisasinya yang akan mencapai umur 10 tahun pada 31 Mei ini.

s.u

MAKLUMAN MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN RASA KE-11

Isnin, 9 Mac 2009

Makluman kepada semua ahli PAS cawangan Rasa, Mesyuarat Agong PAS Cawangan Rasa akan diadakan pada 18 RabiulAwal 1430 bersamaan dengan 14 Mac 2009 pada jam 9:00 malam, hari Sabtu malam Ahad, di Pusat Khidmat Masyarakat, PAS Cawangan Rasa, Taman Rasa Indah.

Kehadiran adalah amat digalakkan kerana terdapat pemilihan bagi jawatankuasa baru untuk sesi 2009/2011. Yuran mesyuarat adalah RM10/= seorang. Duit yuran perlulah dibayar dikaunter masuk semasa mesyuarat nanti.

Gotong royong untuk persediaan mesyuarat agong yang sepatutnya telah dicadangkan pada pagi itu jam 9pg, perlu dipercepatkan kepada hari Jumaat malam Sabtu, bermula selepas solat isya' kerana pada 14 Mac 09, bersamaan hari Sabtu, dari jam 8:00pg hingga 1:00tgh, terdapat program 'SAMBUTAN 1 TAHUN PEMERINTAHAN BARU', tajaan kerajaan negeri Selangor, di KKB.

Diharap semua ahli mendapat makluman, sekian.

s.u

SYABAS KEPADA DAHALAN DAN FAIZAL.

Dua sahabat kita, saudara Zahrin Sahak dan adiknya Faizal Sahak telah di tembak gas pemedih mata semasa demonstrasi membantah PPSMI tempoh hari. Diberitakan saudara Faizal telah menjadi 'hero' apabila telah menyelamatkan 2 orang warga tua dari terperangkap didalam asap gas yang amat pedih itu, manakala saudara Zahrin atau dipanggil Dahalan telah melecur tangannya kerana cuba membuang tin gas pemedih mata dari kelompok pendemonstrasi.

Pihak PAS cawangan ingin mengucapkan syabas kepada kedua-dua mereka kerana telah hadir ke demonstrasi dan merasai keperitan gas pemedih mata. Kami juga bersyukur kerana mereka berdua tidak mendapat kecederaan teruk. Diharap pada lain kali, lebih ramai ahli cawangan yang turun padang untuk menyertai demonstrasi aman.

S.U- welcome to the club! akhirnya dapat juga kita merasai sakitnya gas pemedih mata itu. Perlu diketahui, gas pemedih mata lebih sakit dari air asid. Hanya pengalaman yang dapat menentukan.

MAKLUMAN MESYUARAT KHAS

Rabu, 4 Mac 2009

Makluman;

Satu mesyuarat khas akan diadakan pada 4 Mac 2009 di Pusat Khidmat Masyarakat, PAS Cawangan Rasa pada jam 9.00 malam ini. Agenda mensyuarat khas ini adalah persediaan untuk mesyuarat Agong PAS Cawangan Rasa yang insyaAllah akan diadakan pada 14 Mac 2009, sabtu malam ahad jam 9.00 malam.

Diharap kesemua ahli dan AJK PAS Cawangan dapat menghadirkan diri bagi mesyuarat ini.

Sekian, yang menjalankan tugas,
S.U.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut