MOHON MAAF DARI S.U.

Sabtu, 28 Februari 2009

Untuk makluman, ana sebagai s.u dan blogger bagi blog PAS Cawangan Rasa ingin memohon maaf kerana sudah sekitar 2 minggu blog ini tidak dikemaskinikan.

Blog ini tidak dikemaskini adalah kerana sistem internet di rumah ana ada masalah akses. Kemungkinan router di rumah ana rosak atau talian internet tidak kecapaian. Pihak TM masih lagi sedang bertungkus-lumus untuk mengatasi masalah ini.

Perlu diberitahu bahawa, blog ini sedang dikemaskini di Kuala Lumpur, rumah bonda ana. InsyaAllah untuk 2 hari ini semasa ana berada disini, ana akan cuba kemaskini program2 PAS Cawangan Rasa untuk tatapan umum.

SEDANGKAN SAIDINA OMAR BERTAUBAT MASUK ISLAM.

Selasa, 10 Februari 2009

Kenalkah sekelian manusia siapa dia itu Saidina Omar Al-Khattab. Beliau adalah sahabat Rasulullah hirearki yang kedua di dalam senarai-senarai sahabat nabi yang taat kepada Rasulullah. Bukan calang-calang sahabat Saidina Omar itu. Sehingga Khalifah Islam yang kedua adalah beliau, itulah dia penghormatan umat Islam terhadap Saidina Omar Al-Khattab.

Tetapi adakah anda sekelian sedar, bahawa sebelum Saidina Omar memasuki agama Islam, beliau adalah penentang Rasulullah nombor wahid seangkatan dengan Abu Jahal. Beliau adalah seorang manusia yang begitu kejam dan rakus terhadap pengikut-pengikut Nabi. Malah beliau ada cita-cita dan memang ada perancangan untuk membunuh Rasulullah.

Jika hendak dibandingkan dengan pada zaman sekarang, beliau adalah sama taraf dengan presiden parti likud israel zionis laknatullah ketika Saidina Omar masih belum Islam. Dan cuba kita bayangkan, pada hari ini, dengan tiba-tiba, secara siaran langsung di CNN, presiden parti likud israel dengan bertaubatnya masuk agama Islam dan terus bersama-sama dengan pejuang-pejuang HAMAS menentang israel zionis. Dan memang itulah yang terjadi kepada umat Islam di zaman Nabi, terkejut dan seperti tidak percaya bahawa Saidina Omar telah masuk agama Islam.

Allah telah perkenankan doa Rasulullah yang selalu Rasulullah doakan agar salah satu dari dua Omar memasuki Islam, iaitu samada Omar sendiri atau abu jahal. Maka Saidina Omar Allah perkenankan untuk masuk Islam.

Sama jugalah di Rasa ini, mungkin ada juga sesiapa hamba Allah telah berdoa agar salah satu daripada dua Adnan yang berada di Rasa ini bertaubat, maka Allah telah perkenankan doa itu, Adnan Kampung Napi @ Taman Keruing yang bersama-sama PR dan bukannya Adnan Taman Rasa Utama bersama-sama dengan kita.

Oleh itu, diharap, kepada semua ahli PAS yang berpegang kepada perjuangan menegakkan Islam, iaitu perjuangan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah, lupakanlah segala apa yang telah dilakukan oleh Ketua Kampung atau Tok Empat Kampung Rasa ini semasa beliau bersama-sama didalam umno dahulu. Berilah kemaafan kepada beliau semasa beliau ini didalam kelompok yang jahat, terimalah taubat beliau atas segala kesalahan yang beliau telah lakukan semasa didalam umno. Berilah tunjuk ajar kepada beliau agar beliau menjadi seorang yang baik, beriman dan beramal soleh. Janganlah hanya melihatkan kepada keburukan-keburukan beliau. Lihat dan tonjolkanlah kebaikan beliau yang ada padanya.

Janganlah kita membuat penilaian terhadap keikhlasan beliau didalam perkara-perkara kebaikan yang beliau ingin lakukan kepada orang-orang kampung, kerana menilai keihklasan itu adalah kerja Allah. Ikhlas tidak ikhlas hanya Allah sahaja yang boleh menilai.

Tetapi, jika Tok Empat melakukan kesilapan, melakukan perkara-perkara yang bertentangn dengan Islam, melakukan perkara maksiat, maka adalah kewajiban kepada setiap ahli PAS cawangan Rasa untuk menentangnya. Maka oleh itu wahai rakan-rakan sekelian, janganlah termakan fitnah-fitnah puak umno kerana memang itu kerja mereka untuk mengadu domba Pakatan Rakyat agar kekuatan PR ini hancur sehancur-hancurnya.

Lapangkanlah dada anda dan insyaAllah Allah akan melapangkan kamu.

s.u

PROGRAM ZIARAH.

Sabtu, 7 Februari 2009

(Ketua dengan gaya tersendirinya)


(Sebahagian dari para Muslimat)

(Sebahagian dari jemaah lelaki. S.U tiada di dalam gambar kerana menjadi penangkap gambar)

Alhamdulillah, pada hari Ahad 1/2/09, jam 5:30 petang, PAS cawangan Rasa telah mengadakan program ziarah ke rumah bekas bendahari, saudara Kamaruzaman. Saudara Kamaruzaman telah mengalami masalah saraf sehingga ingatan dan kakinya lumpuh.

Pihak Cawangan telah memberi sedikit sumbangan kepada keluarga beliau dan memberikan nasihat agar pihak keluarga saudara Kamaruzaman berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT agar mengubati penyakit beliau dengan cara rawatan 'bomoh' Islam dan juga dengan rawatan saintifik dari hospital pakar kerajaan.

Sebelum pulang, saudara Muhammad Idris telah memimpin mendoakan agar saudara Kamaruzaman sembuh dari penyakitnya. Solat hajat juga telah dicadangkan khas untuk menghajatkan kesihatan beliau.

Cawangan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli yang sudi hadir ke rumah saudara Kamaruzaman untuk program ziarah ini. Diharap program ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

s.u
(pihak cawangan tidak sampai hati mengambil gambar saudara Kamaruzaman kerana kedhaifan kesihatannya).

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut