PROGRAM ZIARAH.

Sabtu, 7 Februari 2009

(Ketua dengan gaya tersendirinya)


(Sebahagian dari para Muslimat)

(Sebahagian dari jemaah lelaki. S.U tiada di dalam gambar kerana menjadi penangkap gambar)

Alhamdulillah, pada hari Ahad 1/2/09, jam 5:30 petang, PAS cawangan Rasa telah mengadakan program ziarah ke rumah bekas bendahari, saudara Kamaruzaman. Saudara Kamaruzaman telah mengalami masalah saraf sehingga ingatan dan kakinya lumpuh.

Pihak Cawangan telah memberi sedikit sumbangan kepada keluarga beliau dan memberikan nasihat agar pihak keluarga saudara Kamaruzaman berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT agar mengubati penyakit beliau dengan cara rawatan 'bomoh' Islam dan juga dengan rawatan saintifik dari hospital pakar kerajaan.

Sebelum pulang, saudara Muhammad Idris telah memimpin mendoakan agar saudara Kamaruzaman sembuh dari penyakitnya. Solat hajat juga telah dicadangkan khas untuk menghajatkan kesihatan beliau.

Cawangan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli yang sudi hadir ke rumah saudara Kamaruzaman untuk program ziarah ini. Diharap program ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

s.u
(pihak cawangan tidak sampai hati mengambil gambar saudara Kamaruzaman kerana kedhaifan kesihatannya).

6 comments:

JDM Btg Kali berkata...

Salam, kenapa pulak? ruangan ini sepatutnya boleh dijadikan ruang diskusi untuk golongan pemikir dan pengkritik...barulah ruangan ini menjadi lebih popular

jdm rasa berkata...

Tahniah atas usha yg dilakukan,kerje2 ziarah mcm tu mmg patut di puji,selaku insan sye amat faham bgi mane rase gembirenye seisi rumah apebile ade yg perihatin dgn membuat kunjungan.Ziarah itu sendiri akn memberi semangat n kekuatan kpd pesakitnya.

Kite doakan takdir yg sdg melanda diatas abg Kamaruzzuman akn berakhir n akn menjalani kehidupan seperti insan lain sehingge keakhir hayatnye.Amin..

Andai di izinkan tuhan sye akn mengujudkn blog atas name jkkk Kg Melayu Rasa bgi menyampaikan hasrat n hala tuju jkkk n jg menerime pandangan dr masyarakat khasnye kpd penduduk2 didlm Kg Melayu Rasa/Taman2.

S.U PAS Cawangan Rasa berkata...

Ini adalah blog PAS Cawangan Rasa, jika penjenguk hendak mengkritik PAS Rasa, silakan, kami amat alu-alukan.

Tetapi jika ruangan komen dijadikan untuk mengkritik PKR, ini bukan tempatnya.

Biarlah sesuatu perkara diletakkan ditempatnya, jangan meletakkan songkok di kaki. Harap penjenguk blog faham.

Tanpa Nama berkata...

ketua jkkk rasa harus bertaubat?

banyak cerita2 negatif mengenai anda...maka kalau betul bertaubatlah

roh_insan berkata...

ketua jkkk rasa harus bertaubat?

banyak cerita2 negatif mengenai anda...maka kalau betul bertaubatlah

Agak2 klu tak betul sape lak yg kene bertaubat...

Sye sentiase berlapang dade,sile tampilkn wajah2 suci pengadu utk kite bermuzakarah,aturkan tempat utk berbual,amalan membaling batu sembunyi tangan tu slh satu kerje hine,tak elok diamalkan,malah termasuk didlm 10 perkare syirik halus yg duduknye didlm batang tubuh manusie itu sendiri.

Ape pun sye bersetuju dgn s/u Pas caw,Rasa yg kite tumpang blog die ni,'Jgn meletakkan songkok di kaki'

roh_insan berkata...

Maaf.Roh_insan juge adelah nickname bagi jdm rasa.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut