DR. ZAINAL ABIDIN AHMAD MASIH BERNAFAS SEGAR.

Selasa, 19 Januari 2010

Terkenang semasa dahulu : Cikgu Shukor bersama Dato Dr Zainal di hari pencalonan PRU 12.

Baru sebentar tadi, s.u PAS cawangan mendapat jemputan perkahwinan anak perempuan ahli Parlimen Hulu Selangor pada Sabtu depan, 30 Januari 2010. Kami di pihak PAS Cawangan Rasa bersyukur dan terharu atas jemputan ahli parlimen berkenaan.

Terharu kerana beliau masih ingat kepada kami, Cawangan yang kecil bersendirian berjuang habis-habisan di UPU Bukit Rasa, dan gembira kerana mendapat tahu Dr Zainal masih lagi mampu menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen.

Kata-kata dan seperti juga doa-doa yang jahat oleh pihak UBN agar Dr. Zainal cepat meninggal dunia amatlah dikesali oleh kami. Sepatutnya, kita sebagai umat Islam perlulah mendoakan kesejahteraan kepada para pimpinan yang lebih-lebih lagi mewakili Hulu Selangor sebagai ahli Parlimen.

Cakap-cakap pilihanraya kecil akan berlaku di Hulu Selangor sepatutnya tidak perlulah digembar-gemburkan kerana Dr. Zainal masih lagi 'bernyawa' dan insyaAllah akan bertambah sihat selepas program kenduri-kendara perkahwinan anaknya selesai tidak lama lagi. Jika ya pun ada PRK, yakin sangatkah UBN untuk menang?......

CERITA BOLA SIKIT.

Ahad, 17 Januari 2010

Pasukan Rasa FC telah berjaya menewaskan Falakam FC 3-0. Tahniah kepada pasukan Rasa. Bukannya apa, walaupun tidak ditaja oleh mana-mana cawangan Umno untuk pertandingan bolasepak yang memang milik Umno ini, namun menang tetap menang.

Boleh dikirakan pasukan neutral, iaitu pasukan Rasa FC berjaya menewaskan pasukan gergasi Umno Batang Kali (pasukan dari ketua pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor) yang semestinya mempunyai dana yang cukup banyak.

Tahniah kepada pemuda Rasa yang bermain cukup profesional dan syabas diucapkan kepada penjaring-penjaring gol iaitu saudara Ikhwan, saudara Mat Said dan saudara Nizam. Jaringan anda mendekatkan kejuaraan piala ADUN yang menetap di kampung kita.

Mungkin Ketua Cawangan PAS Rasa dan Tok4 boleh belanja makan jika juara nanti. PASti boleh....

MOHON BERBICARA.

Sempena tahun baru, hari baru, semangat baru, blog PAS Cawangan Rasa telah berubah wajah. Semenjak Dato Seri Najib dan Dato Seri Muhyiddin telah datang 'menyerang' Hulu Selangor, maka alhamdulillah, semangat untuk berjuang kembali kepada tahap maksima. Sebelum ini kita berjalan seperti laju sebuah kereta hendak mencari parkir, namun hari ini kita berjalan selaju kereta BMW diatas lebuhraya Jerman yang tiada had limit laju.

Kepada sesiapa yang memblog blog PAS Cawangan Rasa ini samada dari pihak PAS dan Pakatan Rakyat, dari pihak UMNO Barisan Nasional, dari pihak yang neutral, penduduk Rasa samada kampung atau taman dan juga kepada SB-SB di Hulu Selangor terutama di Rasa, maka selamatlah membaca dan terimalah seadanya isi kandungan yang terkandung didalam blog ini.

Segala perancangan yang tidak baik yang sedang dan akan dibuat di sekitar UPU Bukit Rasa, Pekan Rasa, Jalan Kuala Kali dari pihak BN, maka blog ini dengan rela hati akan mendedahkan satu per satu untuk dipertontonkan kepada rakyat.

Sekian wassalam.

LOKALITI RASA INSYAALLAH MASIH BERSAMA PAKATAN RAKYAT.

Ahad, 3 Januari 2010

Semalam telah diadakan makan malam bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di bumi Rasa. Tahniah diucapkan oleh PAS Cawangan Rasa kepada PKR Hulu Selangor. Tahniah juga kepada pihak Pakatan Rakyat kerana prihatin dengan masalah penduduk Rasa yang baru terlibat dengan kecelakaan kebakaran tempoh hari sehingga EXCO telah turun ke Rasa menemui mangsa yang terlibat.

Diharap, pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN KKB akan menggunakan laporan yang dibuat oleh PAS Cawangan Rasa sebagai rujukan. Kerana terdapat rungutan daripada 'tuan kedai' bahawa pihak lain selain PAS cawangan Rasa tidak langsung menziarahi mereka, hanya menziarahi mereka yang menyewa rumah kedai itu. Alhamdulillah, pihak kami tidak terlepas pandang dengan bantuan Naib YDP PAS Kawasan, Hj. Idris Ahmad.

Selepas kebakaran itu, pihak kampung Chuang telah mewujudkan satu pusat khidmat JKKK Kampung Chuang di tengah-tengah pekan Rasa. Tahniah diucapkan. Semoga dengan segala tindakan ini, akan melancarkan perjalanan kerja untuk masyarakat dari pakatan rakyat.

Jika kerja ini berterusan, maka PAS Cawangan Rasa yakin, jika adapun terdapat PRK di parlimen Hulu Selangor, maka lokaliti Rasa insyaAllah tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut