JANGAN JADI PM DS WAN AZIZAH, RAMAI LAGI YG LEBIH LAYAK.

Jumaat, 25 April 2008

Terkedu ana membaca berita malaysiakini dan laman marhaen. DS Wan Azizah seperti bersetuju beliau ingin menjadi PM Malaysia jika tiada aral mendatang. Biar betul, Datin Seri ni bermain kata-kata politik atau apa?


(Pakatan Rakyat. Mesti ikhlas kerana Allah SWT)
Ana dan ramai penduduk di Malaysia tidak mahu menjadikan Malaysia ini sebagai Anwar Ibrahim Inc.. Kami telah lama membenci selama ini kami telah hidup di dalam negara Malaysia Mahathir Inc.. Maka jika Datin Seri ada cita-cita tinggi menginginkan jawatan nombor wahid negara, maka ana akan lawan dan bangkang bersungguh-sungguh. Ana akan guna kapasiti di dalam jemaah PAS agar perkara ini tidak berlaku.



Jika ya pun Anwar Ibrahim berkehendakkan orangnya menjadi PM terlebih dahulu sebelum beliau menjadi PM, maksud orangnya ialah mereka dari PKRlah, ramai lagi pemimpin-pemimpin yang lebih berwibawa daripada Datin Seri yang berada di dalam PKR. Mahu tidak mahu, Datin Seri pada anggapan umum, tiada kapasiti untuk menjadi sebagai seorang pemimpin. Datin Seri hanya dipilih oleh rakyat Malaysia kerana Datin Seri adalah isteri kepada pemimpin yang berkaliber Dato Seri Anwar Ibrahim.



Seperti ada satu perkara yang fobia telah melanda saudara Anwar ini. Beliau seperti telah begitu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup memberi idea yang pelik lagi kurang matang pada 14 hb April yang lalu, jika PR memerintah Malaysia sebelum beliau bertanding sebagai ahli Parlimen, maka isteri beliau yang akan memegang tampuk pemerintahan Malaysia. Ini apa ni syeikh?



Jika itulah sikap dan mentaliti Anwar yang berkehendakkan sangat tanggungjawab memerintah, maka ana akan menyesal seumur hidup kerana di dalam PRU yang ke-12 lalu, ana berkempen bersungguh-sungguh untuk menjadikan saudara Anwar sebagai perdana menteri Malaysia. Tolong jangan gila kuasa wahai DS Anwar. Tolonglah. Jangan jadikan isteri anda sebagai boneka sementara PM Malaysia semata-mata untuk menunggu anda menjadi perdana menteri. Salah tu syeikh! salah tu!!




Tidak ada pemikirankah pada mereka-mereka sahabat ana di dalam PKR untuk berfikir sejenak agar kerusi PM itu diberi kepada jemaah PAS? Tidak terfikirkah kalian bahawa selama ini kemenangan PKR adalah disebabkan bertungkus lumusnya ahli PAS 'grassroot" untuk berkempen calon-calon PKR untuk memenangi PRU yang lalu. Adakah saudara Anwar beranggapan isteri beliau adalah lebih layak memimpin Malaysia berbanding Tuan Guru Abdul Hadi Awang? lebih bijak daripada Salahuddin Ayub dan lebih matang berfikir daripada Dr. Lo'lo'? Kepimpinan Dato' Kamaruddin Jaffar ana yakin lebih tinggi daripada kepimpinan isteri Anwar Ibrahim.




Ana ini sejenis manusia lepas cakap. Yang salah tetap salah, dan yang betul tetap betul. Jika rakan ana ada melakukan kesalahan, maka menjadi tanggungjawab ana untuk membetulkan keadaan yang salah oleh kawan itu tadi kerana sayang dan kasih kepada kawan adalah lebih baik daripada hanya tahu hendak membodek, membodek dan membodek kerana mahukan kuasa. Sepatutnya, jika betullah kita hidup untuk dunia DAN akhirat, maka kita tidak akan berebut-rebut menjadi PM.

5 comments:

ziziees berkata...

Salam,
Saya setuju dgn pendapat saudara. Di sini saya bukan nak memandang rendah terhadap kemampuan DS Wan Azizah tetapi kemampuan dan kharisama DS Wan Azizah blom pernah diuji sedangkan ramai lagi pemimpin2 Islam dlm Barisan Rakyat yg sudah terbukti dan terserlah kemampuannya dan pengalaman. Pada pendapat saya, byk kejayaan PKR adalah dibayangi dan disebabkan DSAI. Malah, kerjasama parti-parti dlm Barisan Rakyat dan org tgh kepada DAP adalah DSAI. Dan di sini juga saya tidak nampak kemampuan DS Wan Azizah kerana DSAI yg lebih menonjol.
Pada saya bukan semua org bleh jadi PM dan rakyat semua tidak mahu PM yg lemah, kurang bijak & yg boleh dimanipulasi oleh org lain, walau suaminya. Kalau tidak, samalah dia dgn Perdana Menteri yg ada skrg.

Apa yg penting skrg, Barisan Rakyat menjalankan amanah dan janji kepada rakyat yg berikan dlm PRU12.

Snowflake berkata...

Assalamualaikum
SETUJU.... dengan apa yang anda tulis. Hatta, biarlah "Pemimpin" itu, baik untuk negara maupun untuk rumahtangga seorang dari kaum Adam. (Yang soleh akan didatangi semua elemen, kebijaksanaan, ketegasan, kebaikan, keadilan dan apa saje yang termaktub di dalam Al Quran).
Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Saya dah lama tak berkenan dgn PKR ni, bukan apa takut PKR ni gunakan PAS sebagai kuda tunggangannya. Lihatlah DSWA berkata dalam Sun daily, Konsep Negara Islam yg PAS bawa tak sesuai dalam negara majmuk. Apa ni ? Ini bukan mengatakan kat PAS ni, tetapi mengatakan bahawa ALLAH tu "Bodoh" (astarfirullah), bahawa ALLAH yg menciptakan hukum nya tak pandai dan tak tahu nak sesuaikan kepada masyarakat majmuk (astarfirullah). Sekarang bila PKR dah mula ada kuasa lebih dah nampak wajah mereka sebenarnya, Org2 PAS janganlah jadi bodoh, tengok semangat 46, KULI hanya nak tunggang PAS aja, sekarang PKR pulak. NIK Aziz atau Hj Hadi sejuta kali ganda lebih berkelayakan dari DSWA atau Anwar Ibrahim. 1 minggu sebelum Anwar dipecat dari TPM, di Utusan M'sia dia keluarkan kenyataan, saya sampai skg tak akan lupa buat selama2 dan dia sampai skg dia tak pernah memohon maaf. Apa dia kata ? PARTi PAS, Parti Jumud, parti Wal Maki wal Hamun. satu muka penuh dalam Utusan dia menghuraikan kenapa PAS parti jumud. Masa tu hati aku membuak2 benci kpdnya. Lihatlah nanti, ALLAH akan menjelmakan siapa dia sebenarnya dan org2 PAS pasti tertipu lagi kerana itulah sunnah perjuangan islam. ALLAh mahu membersihkan perjuangan islam dan dia mahu lihat siapa yg betul2 bertakwa. Wallah hu alam

pmerbok berkata...

Salam
Terima kasih kerana pendapat Sdr itu. Kita tak kan lupa apa yg pak sheikh ni kata pada PAS dulu sepertimana dia juga tak lupa apa yang Tun Det buat kat dia..

Tanpa Nama berkata...

Aku bukan nak nafikan kekuatan PAS, tapi aku sekadar cuba membayangkan kemampuan orang-orang PAS menakluki "minda" melayu yang bukan ahli PAS untuk menyertai Parti Pas di Malaysia hari ini. Apakah PAS secara sendirian fikir mereka boleh menakluki "kafir harbi" untuk menyokongnya PR secara "solid" tanpa penyertaan DAP dan PKR ? kalau UMNO (melayu) PAS tak boleh pengaruhi, apatah lagi "kafir harbi".

Kenapa PAS Menang? Adakah PAS kuat? Jangan terlalu takbur, faktor kebencian rakyat kepada UMNO penyebab yang harus dipertimbangkan. PAS betul-betul kuat hanya di Kelantan dan sebahagian di Terengganu sahaja sejak dari dulu lagi.

Selain daripada itu aku cabar PAS untuk bertanding sendirian tanpa pakatan (kemungkinan 3 atau 4 penjuru)dimana-mana kawasan DUN atau Parlimen selain daripada Kelantan dan Terengganu, kita lihat adakah PAS boleh menang?

Aku bukan nak perlekeh PAS, tapi PAS kenalah sedar diri bahawa kemenangan sedikit ini adalah hasil pakatan rakyat.

Jika sekiranya dalam masa terdekat ini, PR dapat membawa masuk ahli-ahli Parlimen BN kedalam PR, ianya bukan usaha PAS. Faktor Anwar jangan ketepikan begitu sahaja. Jika menjadi kenyataan, sementara Anwar bertanding pilihanraya dan memenanginya apa salahnya isteri beliau mengambil sementara jawatan Perdana menteri. PAS boleh menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri 1, DAP TPM 2.....(betul lah Islam tidak menggalakan wanita menjadi pemimpin selagi ada lelaki atas muka bumi ini)..kena ingat sistem yang PAS sertai diMalaysia hari ini adalah sistem pilihanraya dimana siapa menang bertanding ianya layak menjadi pemimpin tak kira apa jawatan. DSWA adalah Presiden Parti Keadilan, kenapa Presiden tak layak jadi PM? PAS, DAP, PKR dan memutuskan bahawa PM Malaysia adalah DSAI jika PR memerintah Malaysia...so apa lagi nak persoal kredibiliti DSWA...?

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut