MOREH PEMUDA PAS CAW RASA PADA 19 RAMADHAN

Selasa, 2 September 2008

(Masjid Al-Kholidiah, Kampung Melayu Rasa)

Assalammualaikum wbt.

Pemuda PAS Cawangan Rasa ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan menjalankan ibadah berpuasa kepada seluruh umat Islam di bumi Rasa khasnya. Diharap seluruh umat Islam tidak kira dari parti politik dan tidak berparti, agar menjadikan bulan berkat ini sebagai bulan tarbiyah dan bulan untuk membentuk jati diri Islam yang syumul.

Pemuda juga ingin memaklumkan kepada semua ahli pemuda PAS cawangan Rasa, bahawa insyaAllah, Pemuda PAS Cawangan Rasa akan mengadakan moreh di masjid Al-Kholidiah, Kampung Melayu Rasa pada 19hb Ramadhan 1429. Diharap semua pemuda hadir untuk bersama-sama jemaah masjid menjamu sedikit juadah selepas berterawikh.

Akhir kata, ana, ketua pemuda ingin memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Rasa jika ada perkara-perkara yang tersalah perbuatan dan kata.

Salam perjuangan. Takbir!

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum w.b.t,

Syabas dan terimakasih buat saudara/ustaz Mazwandi yang gigih mengendalikan blog pemudarasa ini.

Sedang 'browse' harakahdaily dan tranungkite sebentar tadi ternampak blog kendalian saudara ini. Simple tapi bermaklumat.

mosha..

Sebenarnya saya sedang jauh di negara orang bekerja sepanjang bulan Ramadhan dan terlepas menyambut Aidilfitri bersama isteri dan anak-anak yang bermastautin di Bukit Beruntung serta keluarga di Taiping, Perak.

Sambil minum petang (teh hijau) sempat juga melayari internet untuk 'update' maklumat terkini di Malaysia. Alhamdulillah ada blog ini dapat juga tahu cerita2 semasa di kawasan berhampiran rumah.

Kerap juga saya menunaikan solat Jumaat di Masjid Rasa bila bercuti di rumah. Rasa tenang sikit di situ berbanding di Masjid Bukit Sentosa yang sesak. Terasa suasana kampung walaupun tak kenal orang setempat.

Bulan Ogos lepas hampir seminggu saya dan keluarga menumpang mandi dan bersolat di Masjid Rasa sebab taman saya tinggal terputus bekalan air (sempat berbual dengan Siak Masjid tapi lupa nama abang tu).

Syabas kepada Syabas sebab bantu bekalkan air minum kepada penduduk. Namun saya terkilan dengan pemaju, Syabas, MDHS dan Kerajaan Selangor yang lepas atas apa yang terjadi pada projek Bukit Beruntung dan Sentosa ini.

Inilah masalahnya bila pegawai kerajaan dan pemaju bersikap tamak haloba, rasuah dan tidak jujur. Akhirnya pembeli rumah yang menanggung susah.

Bagaimana nak daftar jadi ahli PAS Rasa. Boleh ke sebab saya tinggal di Bukit Beruntung? Tolong bagi 'contact no." supaya bila balik nanti boleh isi borang secara rasmi.

Saya sebenarnya dah lama ikuti perkembangan PAS, dari saya masih berhingus lagi (tahun 80an)selalu mengikuti ayah ke ceramah2 PAS yang dulunya selalu diadakan di kebun kelapa sawit dan kampung berhampiran sawah padi. Yang datang pun orang2 tua baru balik masjid lepas Isya' sambil berkain pelikat dan berbaju Melayu lusuh. Payah nak jumpa anak2 muda waktu itu sebab ramai dah masuk belia 4B (untuk dapat kemudahan sukan dan sedikit upah buat kerja untuk UMNO seperti baling batu ke rumah penyokong PAS, rosakkan bendera dan sebagainya)

Sempena Syawal yang berkat ini, saya dan rakan seagama yang berada di kejauhan ini mengucapkan Selamat Aidilfitri buat saudara dan rakan2 seperjuangan saudara serta umat Islam yang melayari blog ini. Teruskan kegigihan membina blog ini supaya lebih menarik dan bermaklumat setanding dengan Tranungkite atau malah lebih baik.

mazwandi berkata...

Maaf lambat balas. Baru terperasan ada 1 komen pada artikel ini.

Seeloknya saudara menjadi ahli PAS melalui PAS Cawangan Bukit Sentosa atau Bukit Beruntung.

PAS Cawangan di sana adalah lebih kuat dan aktif berbanding dengan kami ya dari Rasa yg tidak seberapa ini. InsyaAllah ana akan usahakan. Jika saudara sudah kembali ke bkt bruntung, bolehlah e-mailkan kpd ana ke: mazwandi@sirim.my

Sekian.

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut