InsyaAllah, malam ini, malam 11 Ramadhan, Isnin malam Selasa, Ustaz Wan Shamsudin akan berterawikh dan seterusnya membuat tazkirah Ramadhan di Masjid Jamek Al-Kholidiah, Kampung Melayu Rasa. Diharap seluruh kariah Rasa dapat hadir ke masjid malam ini.
AYOH! JANGAN LEPASKAN PELUANG
AYUH! SUMBANGKAN TERUS KE AKAUN PAS CAWANGAN RASA. INSYAALAH DENGAN KEBERKATAN SUMBANGAN ANDA, PR AKAN MENANG!!
PARTI ISLAM SEMALAYSIA CAWANGAN RASA, NO. ACC: 1243-0000280-10-8 CIMB ISLAMIC
(Sila maklumkan kepada Bendahari selepas 'bank in' agar urusan kewangan dapat dibuat dengan lebih lancar, terima kasih)
Bendahari : Ahmad Kamizi : 013-997 0679
DARI MEJA SETIAUSAHA PAS CAWANGAN RASA

Lambang Perjuangan Islam.
TERAWIKH BERSAMA USTAZ WAN SHAMSUDIN
Posted by PAS Cawangan Rasa at 10:53 PG 1 comments
TIADANYA TAZKIRAH RAMADHAN WAKTU TERAWIKH : AJK MASJID TIDUR KE?
Solat terawikh adalah solat yang hanya wujud dibulan Ramadhan untuk dilaksanakan. Ianya adalah satu solat yang berhukum sunat tetapi sangat disuruh oleh hukum untuk dilaksanakan kerana fadhilat yang diberikan adalah besar.
Namun, apa yang tertinggal didalam aktiviti-aktiviti di masjid ini adalah satu perkara yang wajib dilaksanakan oleh institusi ini iaitu majlis ilmu. Program yang selalu dilaksanakan oleh masjid ini setiap bulan dan minggu tiba-tiba terbantut apabila Ramadhan menjelma.
Ini adalah satu kerugian besar kerana majlis ilmu adalah perkara yang wajib, bukannya sunat seperti solat terawikh. Sepatutnya dibulan Ramadhan inilah patut diteruskan dan diperbanyakkan lagi majis ilmu atau taman-taman syurga ini. Bukannya ditangguh kerana bulan puasa dan bukannya dibiarkan lesu kerana tiada ruang masa untuk dilaksanakan majlis ilmu, atau disebut mudah tazkirah.
Pihak AJK dan kakitangan masjid mestilah proaktif untuk menjalankan tazkirah dibulan puasa ini. PAS cawangan rasa terpanggil kerana tiadanya tindakan yang berkesan agar tazkirah Ramadhan ini dilaksanakan di masjid Al-Kholidiah oleh AJK-AJK masjid.
Sebenarnya, masa yang sesuai untuk dibuat tazkirah adalah semasa solat sunat terawikh, kerana pada masa itu adalah masa yang cukup ramai makmum bersama-sama solat berjemaah. Maka yang dapat mengikuti didalam program taman syurga itu pun ramailah dan melimpah ruahlah juga ilmu dan pahala yang akan diperolehi oleh ahli kariah Rasa.
Maka oleh itu, diharap pihak AJK masjid mesti proaktif dalam melaksanakan tugas untuk memakmurkan masjid Al-Kholidiah ini kerana PAS cawangan beranggapan jika hendak diharapkan Nazir masjid, kami tidak yakin majlis ilmu akan bercambah di masjid ini.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 6:56 PG 0 comments
PERTEMUAN PAS KAWASAN DAN CAWANGAN
Pertemuan diantara PAS Kawasan dan PAS Cawangan dari zon KKB, yang PAS Cawangan Rasa adalah bernaung dibawah zon ini, telah berjalan dengan lancar.
Segala permasalahan cawangan telah dibahaskan didalam pertemuan yang julung-julung kalinya diadakan. Diharap selepas ini, PAS kawasan Hulu Selangor akan mengadakan lagi sesi perjumpaan ini. Namun diharap, pertemuan kedua nanti dilakukan pada siang hari kerana banyak lagi isu-isu yang perlu diketengahkan diantara pentadbiran cawangan dan kawasan.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 2:47 PTG 0 comments
INSYAALLAH SELEPAS INI IR. NIZAR.
Setelah program ceramah Mat Sabu telah dapat dijalankan dengan baik, alhamdulillah, maka PAS Cawangan Rasa akan melaksanakan satu lagi program ceramahnya isyaAllah setelah bulan Syawal tahun ini, iaitu ceramah perdana Ir. Nizar, Menteri Besar Rakyat Perak.
Moga diharap, plan tindakan oleh PAS Cawangan akan terlaksana dengan jayanya, insyaAllah. Takbir!!!!
Posted by PAS Cawangan Rasa at 2:08 PTG 0 comments
ALHAMDULILLAH, PROGRAM MAT SABU DAPAT DILAKSANAKAN.
Alhamdulillah.
Semuanya berakhir dengan selamat dan berjaya. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, segala perancangan untuk melaksanakan projek ceramah perdana Hj. Mat Sabu dapat dijalankan walaupun bukan mengikut perancangan awal.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh jemaah PAS Cawangan Rasa, PAS Kawasan, YDP PAS Kawasan Hulu Selangor, Unit Amal dan penduduk sekitar Rasa yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini dari awal hingga akhir.
Tempat ceramah ditukar kerana masalah permit.
Program ceramah Mat Sabu ini banyak memberikan pengalaman baru kepada Ketua Cawangan dan Setiausaha Cawangan untuk berhadapan dengan karenah2 SB untuk mendapatkan kelulusan permit ceramah ini. Sebanyak 3 kali kami telah 'naik' ke balai polis KKB bahagian unit khas. Kali ketiga kami berjumpa pula dengan kepala SB di KKB, Inspektor Zul. Walaupun SB tidak memberi permit disaat-saat akhir, namun dengan perbincangan ketua dan S.U Cawangan dengan pihak SB, akhirnya mereka izinkan pihak PAS Cawangan Rasa untuk membuat ceramah di Dewan Orang Ramai Kampung Rasa Tambahan. Tempat asal sepatutnya di Dewan JKKK Rasa.
Walaupun pada mulanya perbincangan dengan SB ini agak panas, bukan setakat panas perang mulut, namun kami dipihak PAS juga perlu menjaga nama pegawai-pegawai SB yang dibawah. (Pihak SB yang dibawah mesti tahu apa yang dimaksudkan). Akhirnya, dengan sikap toleransi antara kedua pihak, kata sepakat telah dibuat, atau 'win-win situation' telah dilaksanakan. Biar pihak polis tidak pening kepala dan pihak PAS boleh melaksanakan program ceramah, program dipindah tempat disaat akhir ke dewan Kpg Rasa Tambahan, iaitu pada jam 2.00ptg.
(Mana hadirinnya, tidak ramai lagi waktu bermulanya ceramah?)
(Ooohh,.... patutle, hadirin menjamu selera duluuuuu.....)
Kutipan RM1,500 + $2.00 Singapura.
Anggaran hadirin yang hadir ke ceramah ini adalah di sekitar 1000 orang lebih. Paling ramai mungkin ke angka 1,100 orang. Alhamdulillah kutipan derma jihad agak menggalakkan. Kiraan kami pada waktu kutipan itu adalah RM1,500 ditambah $2.00 Singapura. Anggaran keuntungan yang diperolehi adalah sekitar RM800-900. InsyaAllah dengan dana ini, PAS cawangan akan melaksanakan kerja-kerja dakwah dengan lebih berkesan, efisien dan teratur. Takbir!!!!
(Mereka-mereka yang mengira wang derma jihad, Alhamdulillah, banyak juga)
Posted by PAS Cawangan Rasa at 3:55 PTG 1 comments
CERAMAH MAT SABU DI RASA.
DATANG, JANGAN TAK DATANG,......
CERAMAH PERDANA JULUNG-JULUNG KALINYA DIADAKAN DI BUMI RASA SELEPAS 1998, USTAZ ISMAIL KAMUS DI RASA TAMBAHAN DAHULU, AKAN DIADAKAN PULA PADA ISNIN INI, DICERAMAHKAN OLEH TN. HJ MAT SABU.
10 OGOG, 2009, DEWAN JKKK RASA. JAM 9.15MLM.
HARI INI, MALAM INI, HADIRLAH BERAMAI-RAMAI,.....
Posted by PAS Cawangan Rasa at 9:09 PG 0 comments