TIADANYA TAZKIRAH RAMADHAN WAKTU TERAWIKH : AJK MASJID TIDUR KE?

Rabu, 26 Ogos 2009

(Masjid bukan hanya tempat solat, tetapi adalah sebuah intitusi pengajian ilmu Islam juga)


Ramadhan Al-Mubarak telah berada pada hari yang kelima pada hari ini. Alhamdulillah, semalam adalah hari yang kelima juga kita berterawikh. Seperti kebiasaan, solat terawikh dilakukan berjemaah di masjid-masjid yang berdekatan. Jika kariah di Rasa, maka masjid yang melaksanakan solat terawikh ini adalah di masjid Al-Kholidiah, Kpg Melayu Rasa.

Solat terawikh adalah solat yang hanya wujud dibulan Ramadhan untuk dilaksanakan. Ianya adalah satu solat yang berhukum sunat tetapi sangat disuruh oleh hukum untuk dilaksanakan kerana fadhilat yang diberikan adalah besar.

Namun, apa yang tertinggal didalam aktiviti-aktiviti di masjid ini adalah satu perkara yang wajib dilaksanakan oleh institusi ini iaitu majlis ilmu. Program yang selalu dilaksanakan oleh masjid ini setiap bulan dan minggu tiba-tiba terbantut apabila Ramadhan menjelma.

Ini adalah satu kerugian besar kerana majlis ilmu adalah perkara yang wajib, bukannya sunat seperti solat terawikh. Sepatutnya dibulan Ramadhan inilah patut diteruskan dan diperbanyakkan lagi majis ilmu atau taman-taman syurga ini. Bukannya ditangguh kerana bulan puasa dan bukannya dibiarkan lesu kerana tiada ruang masa untuk dilaksanakan majlis ilmu, atau disebut mudah tazkirah.

Pihak AJK dan kakitangan masjid mestilah proaktif untuk menjalankan tazkirah dibulan puasa ini. PAS cawangan rasa terpanggil kerana tiadanya tindakan yang berkesan agar tazkirah Ramadhan ini dilaksanakan di masjid Al-Kholidiah oleh AJK-AJK masjid.

Sebenarnya, masa yang sesuai untuk dibuat tazkirah adalah semasa solat sunat terawikh, kerana pada masa itu adalah masa yang cukup ramai makmum bersama-sama solat berjemaah. Maka yang dapat mengikuti didalam program taman syurga itu pun ramailah dan melimpah ruahlah juga ilmu dan pahala yang akan diperolehi oleh ahli kariah Rasa.

Maka oleh itu, diharap pihak AJK masjid mesti proaktif dalam melaksanakan tugas untuk memakmurkan masjid Al-Kholidiah ini kerana PAS cawangan beranggapan jika hendak diharapkan Nazir masjid, kami tidak yakin majlis ilmu akan bercambah di masjid ini.

1 comments:

armouris berkata...

banyak info tentang puasa kat sini - Puasa @ Info-Kesihatan-Anda

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut