Alhamdulillah, segala perjalanan program Ustaz Taliban melawat ke Rasa berjalan dengan lancar. PAS Cawangan Rasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK Masjid, Tuan Nazir, Tok Empat dan AJK JKKK Kpg Melayu Rasa kerana telah bertungkus lumus menjayakan program lawatan Ustaz Taliban ke bumi Rasa ini.
Pada jam 5.30 petang tadi, satu tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Ustaz di Markas PAS Cawangan Rasa. Tazkirah yang pendek namun padat dengan ilmu peri pentingnya kewajiban umat Islam untuk menyertai kerja-kerja jemaah menegakkan agama Islam telah disampaikan.
Ustaz juga selepas tazkirah itu, telah merasmikan Mesyuarat Agong PAS Cawangan Rasa yang ke-13 yang akan diadakan pada hari Sabtu, 26/2/11 kelak. Selepas itu jamuan petang telah disediakan.
Selepas maghrib, Ustaz Taliban telah memberikan kuliyyah maghrib di Masjid Al-Kholidiah, Kampung Melayu Rasa (tiada gambar kerana kamera tertinggal didalam kereta). Kuliyyah yang disampaikan oleh ustaz adalah lain daripada yang lain. Hamba sendiri terasa begitu terkesan dengan kuliyyah yang disampaikan oleh Ustaz Taliban.
Selepas Isya', program Ceramah Perdana Maulidul Rasul anjuran JKKK Kpg Melayu Rasa pula telah dilangsungkan dengan penceramah utamanya adalah ustaz Taliban. Penceramah pertama pula telah disampaikan oleh Ustaz Wan Shamsudin.
Ustaz Taliban banyak bercerita berkenaan peristiwa di Gaza pada ceramah itu.
Akhir kata, alhamdulillah, program 3 serangkai yang dibuat oleh PAS Cawangan Rasa, AJK Masjid Al-Kholidiah dan AJK JKKK Kpg Melayu Rasa untuk meraikan Ustaz Taliban yang sudi datang ke Rasa berjalan dengan lancar. Semoga program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

0 comments:
Catat Ulasan