RPK MUNGKIN BEBAS.

Jumaat, 7 November 2008

Petang ini, saudara seIslam kita Raja Petra Kamaruddin akan mengadap ke Mahakamah Tinggi Shah Alam untuk kemungkinan dibebaskan dari ISA. Kami dari pemuda PAS Rasa memohon agar semua umat Islam yang cintakan keadilan agar berdoa dan bersolat hajat di masjid selepas solat jumaat agar jika RPK berjaya dibebaskan, RPK tidak akan ditangkap kembali sejurus beliau keluar dari kamar mahkamah. Ini kerana pihak polis sentiasa melakukan kerja sedemikian rupa untuk kes2 ISA dan OSA.

Solat hajat adalah lebih baik dilakukan tidak berjemaah, maka sesiapa ahli PAS dan juga umat Islam, sejurus bacaan doa, bolehlah bersolat hajat keseorangan. Walaupun RPK di dalam 'statementnya' tentang Islam selalunya menjurus kepada kesesatan, namun diharap tertangkapnya beliau ini akan membuka hati imannya kembali kepada Islam yang syumul.

Di sini, pemuda juga ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Jumaat, 07/11/08, di bangunan JKKK Rasa, akan diadakan mesyuarat cawangan PAS Rasa. Diharap kehadiran ahli pemuda adalah menggalakkan.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

asslmkm. ana ingin bertnya.. ada cwngan PAS muslimat x di rasa ni? ada usrah y giat berjalan x?
syukran.wslm

PAS Cawangan Rasa berkata...

Ada. Usrah mereka memang aktif. mohon bertanya siapa yg bertanya. Mungkin ana boleh forwardkan pada ketua muslimat caw. Rasa.

Tanpa Nama berkata...

apakah aktiviti untuk pemuda pas hulu selangor?

Tanpa Nama berkata...

salam....asal tak ada xtiviti untuk pamuda2 rasa??????? moga wat xtiviti la jgn la bg kami ni rasa boring je,klau nak wat psal ape2 xtiviti yg patut d wat saya sudi turun bg idea.

fikir2kan!!!!!!!!!

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut