PAS Cawangan Rasa telah berjaya menjalankan Mesyuarat Agongnya yang ke-13 semalam. Seramai 27 ahli telah menghadiri mesyuarat ini. Untuk tahun ini, mesyuarat PAS seluruh Malaysia mengadakan pemilihan. PAS Cawangan Rasa juga telah mengadakan pemilihan bagi menanggung amanah melaksanakan kerja jihad untuk sesi 2011/2013.
Sebelum bermula mesyuarat: Membaca minit sambil menunggu kedatangan ahli yang lain. Apa yang hendak difokus pada gambar ini adalah lambang PAS yang besar di dinding markas. Cantik lagi bersemangat.
Banyak isu-isu telah diketengahkan pada mesyuarat itu dan telah dibincangkan dengan mendalam. Semua isu telah berjaya diselesaikan dengan semangat ukhuwah yang mendalam.
Pada sesi pemilihan, Ketua Cawangan PAS telah dikekalkan kemenangannya oleh Tn Hj. Sahyar bin Hassan. Manakala orang no. 2 dalam PAS cawangan Rasa, iaitu Naib Ketua PAS cawangan Rasa telah dimenangi oleh Tuan Haji Shamsudin bin Husain. Manakala Ketua Pemuda pula dimenangi oleh saudara Badarul Hisyam bin Sahak dan ketua Muslimat pula adalah Puan Hjh Rozlinah. Diharap PAS Cawangan akan menjadi lebih kuat dan efektif didalam misi dakwahnya di bumi Rasa.
Makan. Sebelum mesyuarat, isi mana yang perlu dahulu.
Kaum ibu. Muslimat yang kuat bekerja. Tiadanya mereka, maka PAS akan pincang. Kelebihan PAS adalah kekuatan Muslimat mereka.
Semasa berlangsungnya mesyuarat, s.u tidak sempat mengambil gambar untuk sesi berlangsungnya mesyuarat kerana kesibukan dan 'kerancakan' majlis itu. S.U memohon maaf kepada mereka yang melayari blog ini.