5 hari blog ini tidak diupdate. Tak taulah, rasa malas je nak update blog ini. Kemalasan yang tidak terhingga. Ana hanya melihat, membaca dan mengomen blog-blog sahabat-sahabat yang lain. Tetapi, untuk meng'update' blog pemuda Islam Rasa ini, rasa terlalu malas.
Tiba-tiba, meletup cerita liwat. Keluar berita sana, keluar berita sini, keluar blog sana dan keluar blog sini. Pening-pening. Apa punya cerita la liwat-liwat ni? Takde fitnah lain ke yang hendak difitnahkan. Asyik-asyik aib orang benda kaum Luth, asyik-asyik aib orang benda ngarut-ngarut. Cukuplah tu wei,.....
Ana sudah naik menyampah dengan cara-cara politik puak-puak neo-sekularis ini. Naik menyampah! Bukan setakat menyampah, malah rasa hendak termuntah darah melihat perangai mereka-mereka yang konon hendak menjadi pemimpin manusia. Hendak jatuhkan orang sanggup buat berita yang tidak masuk diakal sehingga ke tahap monyet dan kera-kera yang berada di Jalan Setiakasih pun naik kesian kepada manusia yang kena fitnah.
Mana tidaknya, ada masuk akal ke manusia umur 23 tahun, badan tegap, bukan mak nyah, boleh kena rogol dengan lelaki lain yang dah tua, pinggang pun sudah cedera parah akibat kena tendang oleh manusia yang dahulunya digelar KPN. Apa punya ceritalah?
Setiap kali ada berita tentang kes ini di dalam TV, ana akan tutup TV, buka plug TV kemudian pergi main-main dengan anak-anak ana, tak payah pening kepala. Lihat telatah anak-anak ana yang comel-comel tu lebih berfaedah dari mendengar cakap-cakap hantu raya pemberita-pemberita TV3 yang memang jahat tidak sayangkan mulut. Jika tak jahat, pergi buat kerja lainlah, jangan kerja di TV3. Apalah punya cheroi!
Kemudian, ada kawan kita, dari blog PKR Hulu Selangor, ada bertanya siapa yang tahu kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih itu dimana letaknya. Ana tahu, sesangat-sangatlah tahunya di manakah tempat kondo itu berada. Cuma tidak boleh masuk je. Jika Encik Shaiful ada kelapangan, bolehlah kita pergi bersama-sama ke tempat itu, agar boleh diambil tilamnya sebagai bukti....
Baru je minggu lepas, ana, isteri, anak-anak ana dan adik perempuan ana jalan-jalan dengan kereta kenari, round satu Bukit Damansara, saja tengok-tengok rumah bungalow. Maklumlah, rumah ibu ana di kawasan Jalan Setiabistari, kawasan teres. Jika di Jalan Setiamurni, Setia Bakti, Setiakasih, barulah rumah bungalow besar-besar. Memang ada kami lalu depan kondo itu. Masih ingat lagi. Tidak tahulah pula kononnya si Shaiful Bukhari ini kena rogol luar tabie di situ.
Akhir kata, ana hendak nasihatkan mereka-mereka yang suka buat fitnah itu, jangan lupa kepada neraka Allah yang sedang menanti. Seksa Allah adalah sangat pedih. Setakat lihat filem barat seksa manusia dengan siang kulit hidup-hidup, itu takde apa sangat jika dibanding dengan seksa yang Allah hendak lakukan terhadap pembawa fitnah ini. Tunggu sahajalah wahai kamu semua untuk ke neraka Allah. Jika kamu semua tidak bertaubat, sia-sialah kamu hidup didunia yang sebenarnya hanya mimpi. Kita akan terjaga jika kita mati nanti.
AYOH! JANGAN LEPASKAN PELUANG
AYUH! SUMBANGKAN TERUS KE AKAUN PAS CAWANGAN RASA. INSYAALAH DENGAN KEBERKATAN SUMBANGAN ANDA, PR AKAN MENANG!!
PARTI ISLAM SEMALAYSIA CAWANGAN RASA, NO. ACC: 1243-0000280-10-8 CIMB ISLAMIC
(Sila maklumkan kepada Bendahari selepas 'bank in' agar urusan kewangan dapat dibuat dengan lebih lancar, terima kasih)
Bendahari : Ahmad Kamizi : 013-997 0679
DARI MEJA SETIAUSAHA PAS CAWANGAN RASA

Lambang Perjuangan Islam.
APA NAK JADI? PISANG TUMBUH 2 KALI.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 6:21 PTG 2 comments
PKR SELANGOR SUDAH BERGADUH?
Mengapa terjadi begitu, hanya Allah sahaja yang tahu. Jika seseorang menyebut ianya berpunca hanya kerana Yahya Sahri, mungkin zalim kita menuduhnya, jika ia berpunca dari MB Selangor, mungkin lebih zalim kita menuduh Tan Sri yang ana kenal semasa belia, semasa ana masih ahli kariah masjid Saidina Omar Al-Khattab.
Oleh itu, ana bawakan disini satu cebisan akal ana yang telah ana berikan kepada blog kak Nora (http://nnora75reform.blogspot.com/) , reformis tulen agar ahli PKR berfikir bersama;
Perjuangan adalah satu cara hidup yang akan dibawa sehingga mati. Bermaksud, perjuangan tidak akan selesai sehingga kita mati.Kemenangan bukanlah satu titik noktah penghabisan perjuangan, malah kemenangan adalah satu permulaan satu perjuangan.
Rakan utama perjuangan adalah istiqomah dan musuh utama perjuangan adalah kekecewaan.Maka oleh itu wahai rakan-rakan reformis, janganlah anda semua berhenti berjuang dan jangan anda semua dibuai perasaan kecewa, teruskanlah perjuangan anda bersama-sama kami dari jemaah Islam PAS.
Biarkanlah rakan-rakan anda yg tidak buat apa-apa dapat habuan tidak setimpal kerjaan mereka, kerana kami dari zaman Anwar menzalimi kami, sehingga Anwar bersama kami, kami tidak dapat apa-apa pun selain mengharap pahala dari Allah SWT.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 6:07 PTG 4 comments
2 HARI 3 PERISTIWA.
Tarikh 20 dan 21 Jun 2008, terdapat 3 peristiwa yang menarik untuk dihebahkan didalam blog pemuda Islam Rasa ini. Semua peristiwa adalah berkaitan dengan jemaah PAS, samada PAS Rasa atau PAS Hulu Selangor. 2 peristiwa yang sukses dan satu peristiwa yang mengecewakan.
(suasana di stadium pada lansa kamera ana)
(Haji Basir memulakan dengan bacaan doa, kemudian ceramah disampaikan oleh Haji Alwi Kamus, Timbalan Ketua Cawangan PAS Rasa. Selepas itu, penceramah jemputan Ustaz Azman dari Sekolah Syed Masyor Batang Kali menyampaikan ceramah agamanya kepada para hadirin (penerima zakat)).
(penceramah ketiga Ustaz Aidul Munir dan akhirnya Ustaz Ismail Kamus sendiri menyampaikan kuliyyah agama masing-masing sebelum majlis penyampaian wang zakat dilaksanakan)
(tetamu yang hadir mendengar ceramah agama sebelum menerima wang zakat oleh Ustaz Ismail Kamus)
(bergotong royong memasak untuk majlis makan selepas selesai penerimaan wang zakat)
Walaupun penat, namun hati tetap gembira kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 7:41 PG 0 comments
DEMO BANTAHAN HARGA MINYAK DI HULU BERNAM JUMAAT INI.
Diminta seluruh warga Hulu Selangor untuk turun berdemo bantahan harga minyak di Masjid Ar-Rahman, Hulu Bernam selepas solat Jumaat 20 Jun 2008.
Sesiapa yang ingin membawa banner, dipersilakan. Takbir!
Posted by PAS Cawangan Rasa at 5:27 PTG 0 comments
KESIAN DIUCAPKAN KEPADA ROSLAN AZIZ.
Adakah mungkin sudah terlalu banyak makan duit haram upah menjadi pengetua akademi fantasia sehingga membutakan mata hatinya untuk melihat dengan mudah soal haram dan halal sesuatu perkara? Atau masih belum bertaubat membuat maksiat dengan orang gaji sehingga melukakan hati Sheila Majid? Mengapakah perkara semudah ini pun manusia yang diberi nama oleh ibu dan ayahnya sebagai Roslan Aziz susah untuk beliau nampak halal haramnya? Mengapa? Mengapa syeikh? Sedih sungguh melihatnya.
Egonya beliau, sungguh ego beliau dengan kejahilannya. Ego beliau sehingga beliau tidak terperasan ayat-ayat yang diungkapkan itu semuanya menunjukkan kebodohan beliau yang nyata tentang agama Allah. Keegoan beliau yang menyatakan pendapat yang penuh dengan kejahilan lagi membodohkan diri sendiri menunjukkan, manusia seni di bumi Malaysia ini di dalam bahaya kerana kejahilan yang besar melanda umat seni tanah air ini adalah didalam keadaan yang parah. Sungguh parah.
Banyak ungkapan-ungkapan menghalalkan maksiat kerana tujuan seni yang dinyatakan dengan penuh semangat oleh ahli-ahli seni tanahair. Bukan setakat menyatakan ungkapan itu, malah mempertahankan dengan sepenuh daya usaha untuk membetulkan perkara yang memang tidak betul. Sungguh-sungguh macam syaitan menghasut manusia untuk membuat maksiat. Jahat sungguh mereka ini.
Oleh itu, diharap PAS dan jemaah Islam yang lain di Malaysia perlu melakukan sesuatu untuk membetulkan akidah ahli-ahli seni ini agar mereka ini kembali kepada Islam dan seterusnya memperjuangkan pula seni berlandaskan Islam di bumi Malaysia ini. InsyaAllah.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 3:05 PTG 0 comments
KETUA TAK PERGI, SEMUA TAK PERGI LE NAMPAKNYA.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 9:33 PG 4 comments
MARI KE KPG BARU ESOK.
Jangan lupa untuk hadir perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak di Kampung Baru selepas solat Jumaat. 3 pemuda Rasa insyaAllah comfirm akan turun.
Sesiapa rakan dari Rasa yang ingin turun, kami akan bertolak menaiki komuter jam 10.46 atau 11.16pg di stesyen komuter Rasa.
Sesiapa hendak bawa baner, silalah bawa. Jumpa disana wahai para pejuang. Takbir!!
Posted by PAS Cawangan Rasa at 3:20 PTG 0 comments
DR. XAVIER DAN RONNIE LIU, DUA MAMAT KRISTIAN NI NAK APA SEBENARNYA?
Posted by PAS Cawangan Rasa at 4:06 PTG 3 comments
SYABAS YANG KAPITALIS DAN ZALIM
Inilah salah satu syarikat mangkuk hayun yang pernah diwujudkan di Malaysia. Syarikat kapitalis yang menyedut air dari bumi Selangor, kemudian menjualnya kepada rakyat Selangor dengan keuntungan yang berlipat kali ganda, dan kemudian berkurang ajar kepada kerajaan yang memerintah negeri tanah Selangor yang airnya diambil dari tanah negeri itu.
Perkara yang tidak masuk akal lagi keliru dengan ego cap ayam yang ditunjukkan oleh Syarikat Syabas yang zalim ini. Sungguh zalim syarikat kapitalis ini dengan mempergunakan sumber asli negeri Selangor iaitu air untuk mendapat keuntungan yang melampau, namun sungguh sombong kepada tuan punya tanah dimana dia mengambil untung daripada sumber air itu.
Sungguh susah sebuah syarikat berasaskan UMNO putra ini untuk memberi air percuma atau rebet RM11.20 kepada rakyat marhaen yang sekarang ini hidup dalam tunggang langgang dengan bebanan harga kos hidup yang mahal. Bukan setakat susah, malah dengan sombong menolak mentah-mentah cadangan tuan punya tanah, iaitu Kerajaan Negeri Selangor agar air percuma 20meter padu pertama diberikan kepada rakyat.
Inilah dia kapitalis Melayu yang perlu dihapuskan di bumi Selangor ini. Kapitalis ini perlu dibuang sahaja daripada bertapak di bumi Selangor dan diharamkan terus dari menikmati kekayaan daripada sumber asli rakyat Selangor yang bernilai ini iaitu air. Biarlah syarikat air bersistemkan kapitalis ini hancur di bumi Selangor dan dikapankan terus untuk dikuburkan selama-lamanya dari ia bersenang-senang menikmati kekayaan dari sumber asli tanah Selangor ini sehingga akhirat.
Buangkan sahaja Syabas dari bumi Selangor ini dan gantikanlah urusan pentadbiran air di bumi Selangor ini kembali kepada kerajaan negeri agar air dapat dinikmati oleh rakyat Selangor dengan aman dan tenteram. Jika air dimilik kerajaankan semula, maka rakyat Selangor tidak akan marah-marah untuk memberi bayaran yang setimpal kepada air yang digunakan kerana duit yang diberikan kepada kerajaan negeri akan digunakan untuk rakyat Selangor juga.
Tetapi sekarang, duit bayaran air itu diberikan kepada syarikat Syabas dimana keuntungan dari duit itu akan dinikmati hanya kepada syarikat kapitalis itu, dan tidak diturunkan semula kepada rakyat negeri Selangor. Maka, adalah wajib untuk kerajaan negeri bertindak keatas syarikat kapitalis Syabas ini yang sungguh sombong dan kurang ajar kepada tuan tanah dan dihalau terus syarikat kapitalis cap ayam ini dari bumi Selangor untuk selama-lamanya.
Hapuskan ISA, hapuskan Syabas.
Posted by PAS Cawangan Rasa at 11:30 PG 3 comments
RM2.70, padanlah muka.

Pada hari rabu, 4 jun 2008, iaitu 5 hari yang lalu, ketika petang jam 5:30, ana dan biras bersama-sama anak-anak saudara dan anak sulong ana pergi ke pantai airport a.k.a pantai telaga batin untuk menikmati keindahan laut cina selatan. Setelah kereta Innova birasku membelok ke kanan dari bulatan batu enam menuju wakaf tembusu, terdapat sebuah stesyen minyak petronas di sebelah kiri. Memang selalu melihat stesen minyak itu jika hendak ke Gong Badak tetapi pada hari dan ketika itu, ada perkara pelik yang berlaku di stesen minyak itu.
Berjujut-jujut kereta beratur untuk mengisi minyak. Terlalu banyak kereta yang berpusu-pusu hendak mengisi minyak di stesen minyak itu. "macam dia sorang je ada stesen minyak." ana sebut keluar dari mulut ana. "entah?" birasku warga Kuantan membalas. Ketika itu, memang kami tidak tahu apa-apa tentang harga minyak akan naik kepada RM2.70 6jam setengah lagi. Kami pun menuju ke pantai dengan gembiranya tanpa mengendahkan peristiwa yang agak pelik itu.
Setelah balik ke rumah ayah di batu enam dari pantai ketika jam 7.00 malam, kakak ipar ana bising-bising petrol akan naik RM2.70 jam 12 tegah malam nanti, apalagi, biras ana pun terus pecut ke stesen minyak yang berdekatan, isi penuh!
Ana telefon abang ana yang baru balik dari Bahrain cuti 2 minggu, cuba meminta tolong mengisi minyak penuh kereta isteri ana di KL. Tengok-tengok, abang ana sedang beratur dalam kereta isteri ana untuk mengisi minyak. Alhamdulillah, penuh jugalah kereta isteri ana dengan petrol RM1.92.
Kesimpulan yang ana hendak ceritakan disini ialah, ana ingin mengucapkan padan muka kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong BN UMNO semasa PRU-12 yang lalu kerana dengan setiap undi anda, maka anda adalah penyebab kepada kita semua terpaksa bersusah payah untuk beratur mengisi minyak kerana ingin menikmati harga minyak yang mungkin murah ketika itu walaupun sebenarnya memang sudah mahal iaitu pada kadar RM1.92.
Syabas diucapkan kepada kesemua makcik-makcik UMNO kerana dengan jasa-jasa puan-puan, maka seluruh rakyat Malaysia terpaksa sekali lagi hidup dalam penuh kesusahan kerana angkara-angkara pemimpin UMNO BN yang tidak cerdik mentadbir kewangan negara sehingga menyebabkan beban kebodohan mereka itu terpaksa ditanggung oleh kita semua rakyat Malaysia yang sememangnya suka sangat diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin yang suka menipu. Padan muka diucapkan.
Kepada sesiapa yang sedang didalam keadaan sakit hati yang amat sangat kepada menteri yang bernama Shahrir, maka janganlah marahkan beliau, kesian dia, kerana beliau sebenarnya telah diarahkan oleh kepimpinan yang lebih tinggi untuk menipu daya rakyat dengan cara yang penuh dengan kepandaian menipu dan kelentong agar perkara yang hendak dikelentongkan itu menampakkan rasional ketahap cakap-cakap intelektual cap ayamnya.
Jangan marahkan beliau, sebaliknya marahlah kepada diri sendiri yang tidak habis-habis dengan khurafat UMNO BN sahaja yang pandai dan boleh memerintah. Ikutlah resam orang Johor kecuali orang Johor Muar, hidup dan matiku hanya untukmu UMNO. Kerana ketuanan Melayu yang sengaja diwujud-wujudkan, maka terimalah sahaja petrol RM2.70 seliter ini didalam penghidupan anda semua. O.K apa, berbanding Singapura, seliter petrol di Singapura SinDollar2.30 je, o.k apa.
Oleh itu, marilah semua rakyat Malaysia, kita sepatutnya mendesak kerajaan Malaysia agar minyak petrol ini dinaikkan sehingga RM5.00, bukannya RM2.70, kerana kita sebagai rakyat harus berkorban demi negara, biar kita rakyat marhaen hidup susah, asal pemimpin hidup kenyang. Amacam? Ada harapan?
Posted by PAS Cawangan Rasa at 10:24 PG 1 comments