APA NAK JADI? PISANG TUMBUH 2 KALI.

Isnin, 30 Jun 2008

5 hari blog ini tidak diupdate. Tak taulah, rasa malas je nak update blog ini. Kemalasan yang tidak terhingga. Ana hanya melihat, membaca dan mengomen blog-blog sahabat-sahabat yang lain. Tetapi, untuk meng'update' blog pemuda Islam Rasa ini, rasa terlalu malas.

Tiba-tiba, meletup cerita liwat. Keluar berita sana, keluar berita sini, keluar blog sana dan keluar blog sini. Pening-pening. Apa punya cerita la liwat-liwat ni? Takde fitnah lain ke yang hendak difitnahkan. Asyik-asyik aib orang benda kaum Luth, asyik-asyik aib orang benda ngarut-ngarut. Cukuplah tu wei,.....

Ana sudah naik menyampah dengan cara-cara politik puak-puak neo-sekularis ini. Naik menyampah! Bukan setakat menyampah, malah rasa hendak termuntah darah melihat perangai mereka-mereka yang konon hendak menjadi pemimpin manusia. Hendak jatuhkan orang sanggup buat berita yang tidak masuk diakal sehingga ke tahap monyet dan kera-kera yang berada di Jalan Setiakasih pun naik kesian kepada manusia yang kena fitnah.

Mana tidaknya, ada masuk akal ke manusia umur 23 tahun, badan tegap, bukan mak nyah, boleh kena rogol dengan lelaki lain yang dah tua, pinggang pun sudah cedera parah akibat kena tendang oleh manusia yang dahulunya digelar KPN. Apa punya ceritalah?

Setiap kali ada berita tentang kes ini di dalam TV, ana akan tutup TV, buka plug TV kemudian pergi main-main dengan anak-anak ana, tak payah pening kepala. Lihat telatah anak-anak ana yang comel-comel tu lebih berfaedah dari mendengar cakap-cakap hantu raya pemberita-pemberita TV3 yang memang jahat tidak sayangkan mulut. Jika tak jahat, pergi buat kerja lainlah, jangan kerja di TV3. Apalah punya cheroi!

Kemudian, ada kawan kita, dari blog PKR Hulu Selangor, ada bertanya siapa yang tahu kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih itu dimana letaknya. Ana tahu, sesangat-sangatlah tahunya di manakah tempat kondo itu berada. Cuma tidak boleh masuk je. Jika Encik Shaiful ada kelapangan, bolehlah kita pergi bersama-sama ke tempat itu, agar boleh diambil tilamnya sebagai bukti....

Baru je minggu lepas, ana, isteri, anak-anak ana dan adik perempuan ana jalan-jalan dengan kereta kenari, round satu Bukit Damansara, saja tengok-tengok rumah bungalow. Maklumlah, rumah ibu ana di kawasan Jalan Setiabistari, kawasan teres. Jika di Jalan Setiamurni, Setia Bakti, Setiakasih, barulah rumah bungalow besar-besar. Memang ada kami lalu depan kondo itu. Masih ingat lagi. Tidak tahulah pula kononnya si Shaiful Bukhari ini kena rogol luar tabie di situ.

Akhir kata, ana hendak nasihatkan mereka-mereka yang suka buat fitnah itu, jangan lupa kepada neraka Allah yang sedang menanti. Seksa Allah adalah sangat pedih. Setakat lihat filem barat seksa manusia dengan siang kulit hidup-hidup, itu takde apa sangat jika dibanding dengan seksa yang Allah hendak lakukan terhadap pembawa fitnah ini. Tunggu sahajalah wahai kamu semua untuk ke neraka Allah. Jika kamu semua tidak bertaubat, sia-sialah kamu hidup didunia yang sebenarnya hanya mimpi. Kita akan terjaga jika kita mati nanti.

2 comments:

jdm rasa berkata...

Bro,g msk kat siasah,ade mamat yang gelar diri die bn@umno nak cube jd pembele agama umno utk selame nye...

mazwandi berkata...

biarlah dia dgn dunia komen blog dia. menunjukkan kejahilannya yg melampau. kesian......

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut