AYAH CHIK SEBAGAI PM, KAMI SOKONG 100%

Ahad, 25 Mei 2008

Tajuk di atas ada menyebut nama ayah chik, siapalah pula ayah chik ni. Tiba-tiba sahaja diberi nama untuk menjadi PM Malaysia.


Kepada sesiapa yang tidak tahu, ayah chik adalah nama timangan mesra rakyat Terengganu yang berahlikan Parti Islam kepada tuan guru mereka yang tercinta, iaitu mantan Menteri Besar Terengganu, Presiden Parti Islam Semalaysia, ahli Parlimen Marang dan ahli DUN Rhu Rendang, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.


Tuan Guru Haji Abdul Hadi menjadi PM, apa pula cerita dengan DS Anwar Ibrahim. Apa cerita ni? Tunggu dulu, apa yang hendak diperkatakan ialah sementara menunggu DS Anwar menjadi PM, kita berilah kepada Tuan Guru menjadi PM dahulu jika PR dapat membentuk kerajaan Malaysia sementara Anwar masih belum menjadi ahli Parlimen.


Mengapa Tuan Guru? Kerana apa yang boleh dinampakkan sekarang, mereka-mereka di dalam PR yang Islam dan Melayu yang benar-benar menampakkan keikhlasan memegang amanah dan tanggungjawab memerintah hanya kerana Allah dari dalam dan dari luarannya adalah Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Yang mempunyai kredibiliti untuk memimpin dan mentadbir dengan baik rakyat Malaysia adalah Tuan Guru. Yang boleh diterima oleh rakyat biasa Islam dan bukan Islam adalah kepada Tuan Guru. Mungkin hanya kepada golongan ultra liberal Barat yang tidak suka kepada Tuan Guru ini.


Oleh itu, untuk kebaikan negara Malaysia, adalah perkara yang matang dan bijak jika jawatan PM diberikan kepada Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang. Rakyat Malaysia akan dapat perhatikan dengan mata kepala sendiri bagaimana zuhudnya PM baru mereka yang akan memimpin Malaysia nanti. Beliau mungkin akan duduk di rumah kebanyakan rakyat Malaysia dari tinggal menetap di Seri Perdana.


Beliau akan menaiki kereta kerajaan jika ada urusan pentadbiran dan beliau akan menaiki kereta sendiri jika ada urusan bukan dari kerajaan. Beliau tidak akan diescort dengan polis ketika berada dijalanraya, sanggup bersama-sama menempuh trafik di ibu kota, dan beliau tidak akan mempunyai bodyguard yang berduyun-duyun mengelilinginya sehingga rakyat hendak bersama PM pun susah.


Alangkah indahnya jika kita mempunyai PM yang berhati mulia, takut kepada Allah, sayangkan Islam dan bencikan habuan dunia memimpin negara Malaysia agar Malaysia mendapat keredhoan dari Allah SWT. Alangkah indahnya. Biarlah walau 5 atau 6 bulan sahaja Tuan Guru menjadi PM, tetapi akan diingati oleh rakyat Malaysia sehingga di Padang Masyar nanti kebaikan yang telah diberikan oleh Tuan Guru kepada rakyat Malaysia. Ana berdoa akan perkara ini menjadi kenyataan dan ana sendiri sebenarnya malu dengan Ibrahim Ali, kerana beliaulah orang yang pertama menyebut di dalam Parlimen agar orang yang baik-baik seperti Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri Malaysia, insyaAllah. Takbir!

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

haji sahyar dan haji luwi tak dapat jadi ahli majlis ke?

by bulantedong

ppauh berkata...

kamisokong seratus peratus, kerana ulamak waris nabi....

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut