SEDIHNYA, MELAYU DAH HANYUT.

Sabtu, 10 Mei 2008

Ana berada di KL ketika menulis artikel ini. Sedang berada di rumah ibu, balik kampunglah boleh dikatakan, walau kampungnya di tengah-tengah bandar KL. Semasa ana duduk termenung didepan akhbar Berita Keadilan yang berada di atas meja makan, ana menggatalkan tangan untuk membelek-belek surat khabar itu. Di belakangnya tertulis tajuk besar 'Pindah RM9.9 juta: Isteri Khir Toyo salah guna kuasa'. Ana membacanya. Memang teruk.

(Suara Keadilan didepan mata ana)

Kemudian ana menggatalkan lagi tangan, ana memanjangkan tangan ana kepada akhbar MCA The Star, tajuk depan 'Correct, it's Fairuz'. Ana bacanya. Ish, tak habis-habis cerita Lingam. Memang teruk.

Sekali lagi, ana gatalkan tangan membelek-belek akhbar puak UMNO, Berita Harian, ana terjumpa satu sisip tajuk kecil, 'Pelajar buang bayi disyaki terlanjur'. Ana baca. Astaghfirullah, memang teruk.

Setelah membaca cerita terlanjur itu, ana membuat keputusan tidak mahu lagi menggatalkan tangan untuk membelek-belek akhbar lagi untuk ketika ini. Pening kepala dibuatnya. Mana tidaknya, berita-berita jenayah tiap-tiap hari keluar di dada akhbar. Yang membuatkan rasa kepeningan ke arah migrain minor ialah yang membuat jenayah ini adalah warga Melayu. Sedih ana dibuatnya.

Seorang isteri bekas Menteri Besar mahu songlap duit persatuan, yang seorang lagi bekas ketua hakim merasuah untuk dinaikkan pangkat, dan yang lagi seorang pelajar sekolah agama berzina dan buang anaknya dalam tong sampah. Apa hendak jadi wahai orang Melayu? Apakehenya kamu semua ini membuat perkara yang berdosa besar. Tidak takut pada Allah ke? Hendak sangat ke masuk neraka walau tidak bercita-cita untuk ke situ?

Inilah dia, bangsa Melayu yang sudah lama meninggalkan amalan Islam. Yang sudah lama tanpa sedar memerangi agamanya sendiri. Yang sering kali menghina Islam tanpa disedari dulu kini dan janganlah sehingga selamanya. Mana tidaknya, pemimpin Melayu yang memerintah sekarang yakni UMNO, semuanya golongan manusia yang tidak layak untuk memegang kuasa. Mereka berebut-rebut untuk berkuasa bukan kerana Allah, tetapi kerana RM, RM dan RM. Yang paling molek pun pemimpin UMNO ini kerana assabiyah Melayunya yang memang jelas diharamkan oleh Allah.

Sebut hudud, marah, sebut kembali kepada Al-Quran, dibuatnya agama baru Islam Hadhari, sebut sokong PR, dilaungnya ketuanan Melayu. Apa adanya pada Melayu wahai orang Melayu. Jika kamu wahai orang Melayu mati dan masuk ke alam kubur, ada ke malaikat Mungkar dan Nangkir bertanya apa bangsa kamu? Ada ke? Mana ada wahai Melayu. Yang ditanya oleh malaikat ialah apa agama kamu? Mana kiblat kamu? Siapa tuhan kamu. Jika kamu wahai Melayu menjawab agamaku Islam Hadhari, kiblat ku Melayu, Tuhanku wang RM, sia-sia sahaja kamu hidup wahai Melayu.

Melayu tidak akan ke mana tanpa adanya Islam. Melayu tidak akan ke mana tanpa adanya panduan Al-Quran. Melayu tidak akan ke mana tanpa adanya ikutan dari Rasullah SAW. Beringatlah wahai Melayu, tiadanya Islam tanpa Khalifah, tiadanya Khalifah tanpa adanya jemaah, dan tiadanya jemaah tanpa adanya wala'. Oleh itu, kembalilah ke pangkal jalan wahai Melayu, kembalilah ke pangkal jalan, sekarang ini sungguh ramai Melayu telah hanyut dengan kebendaan dunia. Hanyut sehanyut-hanyutnya kerana diajar oleh sebuah parti yang bernama UMNO. Sebuah parti assabiyah yang patut diperangi kerana dasarnya, yang wajib diperangi kerana salahlakunya.

Janganlah taksubkan sangat dengan parti yang bernama UMNO ini. Ianya baru je di tubuhkan tidak sampai usia 62 tahun. Begitu mudanya UMNO ini. Pelik ana melihat pakcik dan makcik membuat khurafat moden hanya UMNO boleh memerintah. Kesian ana mendengarnya. Jahil sungguh. Jika ye pun mereka-mereka ini berkehendakkan Melayu itu memerintah Malaysia, kenapa PAS tidak boleh? Apa ingat PAS ini bangsa Sweden ke pemimpinnya? Apalah susah sangat mereka-mereka ini hendak berfikir. Kesiannya. Sunggub kesian. Hari ini ana sekali lagi malu melihat Melayu yang sudah hanyut.......

1 comments:

A M Ubaidah S berkata...

Semakin sedih saya lihat, teman-teman PAS di internet begitu asyik mempertahankan Karpal dan begitu sedia mengecam Fairuz. Karpal tu kafir Harbi yang terbukti menidakkan Islam dan keutamaannya di bumi Malaysia. Fairuz pula pemimpin Islam yang menghalang Lina Joy dari menyebabkan bersubahat umat Islam dalam murtadnya.

Kenapa PAS sayangkan Karpal dan bencikan Fairuz? Adakah rakan kongsi kuasa, walaupun yang memusuhi Islam, lebih sedia diterima PAS dari hakim yang berjasa kepada umat Islam?

Situasi begini menyebabkan begitu ramai orang seperti saya terus menolak PAS. Kerana PAS menjadi-jadi terlihat mengalatkan Islam semata-mata untuk mencapai kuasa, dan apabila kuasa sudah tercapai, Islam tinggal buah mulut sahaja. Salah...

Pada masa yang sama, tindakan PAS juga yang tak putus-putus mendefinisikan sokongan terhadap parti sebagai bukti Islamnya seseorang juga terpesong dari akidah, sama lah dengan Islam Hadhari buatan Pak Lah. Padahal Islam bukan milik Pak Lah mahupun PAS untuk diolah sesuka hati. Islam kurniaan Allah untuk semua umat manusia.

Kemudian apabila PAS mengatakan ia memperjuangkan Islam, ini juga sama hasilnya dengan konsep 'Hadhari', ia mengelirukan ummah. Islam agama Allah dan tidak perlu diperjuangkan. Islam malah memperjuangkan kita. Mengatakan Islam perlu diperjuangkan terlalu riak sekali.

Sedarlah dahulu teman-teman PAS sebelum berbicara. Setidak-tidaknya, UMNO kalau pemimpinnya terpesong ke arah Hadhari seperti Pak Lah pun, ada ahlinya yang berperang saudara untuk mengembalikan UMNO kearah yang betul. Yang PAS bilakah mahu membetulkan dirinya sendiri?

Apatah lagi memerintah...

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut