Isa tidak sepatutnya menyokong ISA.

Selasa, 27 Mei 2008

YB Mohd Isa Abu Kasim, Yang Berhormat ADUN Batang Kali, yang menggantikan Dato Zainal Abidin Sakom, tidak hadir ketika Dewan Undangan Negeri membahaskan usul tergempar DUN Selangor.




Isu tergempar ini dibangkitkan oleh ahli DUN dari Kampung Tunku (DAP), Lau Wen Sang iaitu usul tergempar mengkritik Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Usul ini diluluskan sebulat suara buat pertama kali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam pada jam 9.00 mlm bagi membantah penahanan berlanjutan seorang wakil rakyat negeri itu.


Malangnya, semua ADUN BN tidak menyertai perbahasan itu yang bermula jam 6.00 petang. Sungguh amat mengecewakan, kerana ini menunjukkan 18 ADUN UMNO dan 2 ADUN MCA masih menyokong penggunaan akta kejam lagi zalim ISA di negara kita ini. Ini termasuklah ADUN Batang Kali yang kami tidak mengundinya, YB Mohd Isa.


Ini menunjukkan YB Mohd Isa bersetuju dengan penangkapan secara zalim lagi tidak Islamik terhadap ustaz-ustaz dan rakyat Melayu yang ditangkap tanpa diadili di Mahkamah. Sudahlah tidak diadili, isteri-isteri dan keluarga yang titangkap pun kadang-kadang diganggu oleh SB-SB yang tidak bertanggungjawab. Penangkapan bukannya 2-3 hari, tetapi ada tangkapan ISA yang terdiri dari orang Melayu yang dari golongan yang baik-baik ditangkap sehingga 5 ke 8 tahun. Ini zalim namanya, sungguh zalim.


Adakah YB Mohd Isa pernah menjenguk anak-anak tahanan ISA ini yang dipaksa hidup tanpa bapa selama 5 ke 8 tahun. Jika bapanya ditangkap ketika umur anaknya setahun, sekarang anaknya sudah memasuki darjah 1 dan selama hidupnya, anak itu tidak dapat mengenali ayahnya kerana ayahnya ditanggap ISA tanpa ada bicara pengadilan. Jika betul ayahnya bersalah, mengapa tidak dibicarakan di mahkamah? Mengapa YB Mohd Isa? Mengapa?


Wahai YB, dibawah adalah cerita dari isteri-isteri tahanan ISA melalui Gerakan Mansuh ISA (GMI) ;


1. Seorang anak tahanan menghidapi gangguan mental yang berat dan telah dimasukkan ke Wad Psikiatri HUKM untuk rawatan lanjutan pada tahun 2004. Telah disahkan oleh doktor bertanggungjawab bahawa salah satu sebab utama penyakit tersebut ialah kerana perpisahan dalam tempoh yang lama dengan ayahnya (rujuk kenyataan GMI bertarikh 30 September 2004). Tidak ada sebarang bantuan kebajikan mahu pun kaunseling diberikan oleh kerajaan.

2. Tahanan jatuh bankrap apabila mereka hilang pekerjaan dan perniagaan lalu tidak dapat meneruskan perniagaan dan pembayaran hutang bank. Rumah terpaksa dilelong di mana ahli keluarga lain tidak dapat membantu. Isteri dan keluarga terpaksa menanggung beban menyara hidup dengan menjual barangan kitaran semula, menjual nasi campur dan air soya di pasar malam dan menjual kueh-mueh ketika Hari Raya.

Ada antara isteri yang menderita masalah kesihatan seperti sakit belakang kerana tambahan beban dan tanggungjawab. Terdapat satu kes yang dilaporkan GMI di mana isteri tahanan bertindak nekad untuk sara hidupnya dan anak berumur satu tahun dengan bekerja di kelab malam. Dia dilaporkan mula minum arak dan mengambil dadah sedangkan beliau seorang Islam. (rujuk memorandum dan kenyataan GMI kepada Suhakam bertarikh 21 Mei 2007).

3. Beberapa orang anak tahanan telah berhenti sekolah buat sementara waktu kerana trauma dan tidak mampu menanggung yuran sekolah dan pembelian buku-buku. Tidak ada sebarang bantuan kebajikan mahu pun sokongan moral diberikan oleh pihak kerajaan. Hanya GMI dan anggota gabungannya serta masyarakat prihatin telah membantu.Ini merupakan beberapa contoh kesusahan yang terpaksa dihadapi keluarga tetapi memadai untuk membuktikan bahawa PM dan kerajaan sebenarnya tidak membantu urusan kebajikan, tidak memberikan sokongan moral atau kaunseling sebagaimana yang didakwa.

GMI ingin menegaskan bahawa kenyataan PM terbaru ini sebenarnya bercanggah apabila GMI telah acap kali melaporkan bagaimana kakitangan Cawangan Khas (SB) kerap menganggu dan menekan jiwa isteri dan keluarga. Dalam satu kenyataan GMI pada 12 Ogos 2005, sebanyak 32 perkara telah disenaraikan sebagai tindakan gangguan dan deraan jiwa oleh SB ke atas isteri dan keluarga. Ini termasuk menerima SMS lucah dan panggilan di tengah malam daripada SB, diekori oleh SB, kereta dipecah masuk dan ugutan berkala jika isteri terus memperjuangkan pembebasan suami mereka. Adakah ini tidak anti-kebajikan dan anti-moral?


Dengarlah wahai YB rintihan-rintihan mereka. Janganlah hendak pentingkan kontrak-kontrak sahaja. Janganlah pentingkan habuan dunia sahaja. Janganlah berlakon baik dengan orang kampung Rasa sahaja. Janganlah ada hati lagi hendak menyeleweng wang rakyat. Sedarlah kamu itu YB pembangkang. Kamu itu pembangkang dan bukan YB kerajaan. Sedarlah YB Mohd Isa.


Mengapa susah sangat ke hendak hadir mendengar usul mengutuk ISA itu? Cubalah bawa insaf kerusi DUN yang kamu duduki itu adalah kerusi amanah daripada Allah SWT. Bukan kerusi jambatan menuju kesenangan. Insaflah wahai umat UMNO. Insaflah sebelum kamu diinsafkan.

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

tu pun orang rasa nak juga pilih dia....patut haji luwi lawan dia hari tu.

by bulantedong

jdm rasa berkata...

aku setuju sgt dgn si Tanpa Nama Berkata.Tp perkare yg paling aku kecewe sekali bile ade anak buah pemude islam Rasa ni sendiri yg mengundi mamat tu atas alasan org kg,adus...ni lah yg diname kn politik sekampong.

mazwandi berkata...

Sape dia jdm? kabor pd hamba, biar hamba basuh sikit.

Nak tau apa, dari 380 pengundi saluran 1 yang ngundi, 46 je yg ngundi cikgu nash. Tapi yang ngundi Prof ada 96. Tambah pulak 50 undi.

Hamba rasa mcm tak caya le ada anak buah pemude Islam Rasa yg ngundi dia, sebab Mat Ise ni terok benor perangai.

jdm rasa berkata...

Aku tak nak la kate yang perangai isa tu terok,itu da cara die,biar lah die dgn labu2 nye,lg pun itu da jd dunie dia,make biar lah di terus dgn kehidupan die.
Tp yang terok nye anak buah kamu,kenape jd ahli pas klu msh lagi nak ngundi calun bn,n yg paling aku geli ade dikalangan kamu yg menjadi ejen pd isa tu,atas alasan tuk cari makan,kamu kene gune care sendiri bagi mentarbiah ahli2 pas Rasa,pasti kan bn terus berkubur di Rasa ni,cume sblm 2 pastikan dulu keturunan Patih Karma Wijaya yg telah menghancur kn Melayu Melake pd 1511 n tertembak nye Sipitung dek krn rakan seperjuangan gile kan pangkat n harte itu tiade lg di dlm barisan kepimpinan kamu.
Tdk lah bolih tuk aku menyebut name2 mereke,tp aku cukup kenal hati budi mereke,tp biar lah,aku nak lihat sejauh mane mereke bolih jd ejen2 bn.
Wandi,aku setuju bile kamu kate kamu org asing,difinasi asing itu aku terjemah kn yg kamu benar2 asing dgn sikap n perangai anak buah kamu n apetah lg org2 Rasa,aku doa kan kamu berjaye memimpin seluruh ahli2 pas Rasa,cume kurangkan mengamok didlm blog kamu ni(he..he..)krn org akan menilai setiap bait2 tulisan kamu,segale nye mencermin kn keperibadian kamu,ikut lah care Tuan Guru kamu Dato'Nik Aziz n timbalan nye Husam Musa yg cukup BERHEMAH,pernah aku kutuk mereke ni bagai nak rak.Alhamdulillah semue tu sdh berlalu.

Kite doa kn isa n ahli2 umno Rasa diberikn petunjuk n hidayah agar meninggal kn umno yg msh berpegang kpd sistem KUNO nye itu.

Wassallam.

mazwandi berkata...

Mungkin 2 org tu yg dimaksud oleh jdm. Dalam politik ada berbagai cara utk berpolitik.

Agar enta faham.....

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut