SAYA MALU SEKALI LAGI MENJADI ORANG MELAYU HARI INI.

Jumaat, 9 Mei 2008

Apa hendak jadi dengan negaraku Malaysia. Masih tidak faham-faham tentang bersikap adil kepada rakyat marhaen. Di bawah adalah berita dari Malaysiakini tentang peristiwa semalam berkenaan kes Bandar Mahkota Cheras. Ana rasa tidak perlu ana ceritakan dengan lebih mendalam kerana semua rakyat marhaen telah tahu tentang kes zalim yang menimpa penduduk di situ.


Ana cuma rasa malu lagi terhina terhadap polis-polis yang memukul rakyat biasa, mereka ini adalah polis dari keturunan Melayu, dengan zalim telah memukul kaum TiongHua yang inginkan keadilan. Ini apa cerita ni orang Melayu, mana letaknya Islam kamu, ana personali tidak akan memaafkan perbuatan terkutuk kaum ana orang Melayu terhadap rakan ana kaum Tionghua yang tidak bersalah. Malu sungguh ana!

BMC: Ahli parlimen Segambut dibelasah
Andrew Ong May 9, 08 12:58pm

(Polis bertindak zalim lagi dengan rakyat- menyembur air asid dan menembak gas pemedih mata sesuka hati. Hanya semata-mata mengikut arahan syarikat konsesi Grand Saga?)

Polis menggunakan meriam air serta menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan kira-kira 500 penduduk di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi.

Dalam kejadian itu, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dan pengerusi jawatankuasa buka jalan BMC didakwa dipukul oleh anggota polis berpakaian biasa.

Ianya berlaku sejurus selepas Lim tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 10 malam untuk memberi sokongan kepada penduduk yang berkumpul di persimpangan Bandar Tun Hussien Onn dengan Lebuhraya Kajang-Cheras.

Syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd sedang membina benteng penghadang - untuk kali ketiga - bagi menyekat jalan pintas di situ digunakan penduduk bagi mengelak bayaran tol.Ekoran itu, penduduk kini terpaksa memandu sejauh enam kilometer lagi dan membayar tol 90 sen kepada Grand Saga.

Ketika Lim tiba di situ, polis sedang memantau penduduk yang berhimpun mengelilingi pekerja Grand Saga yang sedang bekerja memasang tembok konkrit.Lim kemudian berjalan ke arah pekerja Grand Saga dan anggota polis di situ untuk bertanya siapa yang menyelia kerja-kerja membina tembok tersebut.

Selepas gagal mendapat sebarang jawapan, Lim mencabut wayar dari mesin yang digunakan oleh pekerja untuk mengimpal batang besi pada tembok konkrit itu (bawah).

'Saya disembur, dipukul'.



Tanpa mesin kimpan itu, pekerja Grand Saga beredar, menyebabkan penduduk berasak-asak melepas kawalan polis dan bertindak memusnahkan tembok yang separuh siap itu dengan tangan.




Penduduk yang gembira melihat apa yang berlaku, terus mengangkat dan melambung Lim beberapa kali tetapi suasana kembali tegang apabila polis pencegah rusuhan mengarahkan orang ramai supaya beredar.Lim cuba menghalang sebuah trak meriam air dengan berdiri di depannya. Menurut Lim (foto kiri), beberapa anggota polis mengheretnya dan berlaku kekecohan.

"Mereka mengheret saya ke tepi dan menyembur pemedih mata ke muka saya. Saya tidak dapat melihat. Mereka tumbuk dan tendang saya," katanya kepada pemberita kira-kira dua jam selepas kejadian tersebut berlaku.Ahl exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah yang berada di tempat kejadian, memberitahu pemberita bahawa polis berhenti memukul Lim selepas diberitahu bahawa Lim adalah seorang ahli parlimen.

Dipukul depan pemberita.

Lim, seorang peguam, memang dikenali penduduk di situ kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada jawatankuasa buka jalan BMC.Sementara itu, pengerusi jawatankuasa tersebut, Tan - apabila melihat Lim dipukul - terus bergegas untuk membantunya.

Ekoran itu, Tan juga didakwa turut dibelasah dan kemudiannya ditangkap. Para saksi mendakwa, beliau dipukul di perut oleh seorang anggota polis berpakaian biasa di hadapan para pemberita dan jurugambar.Tan kemudiannya dibawa dari situ dengan kereta polis manakala seorang penduduk membawa Lim dan Ean ke sebuah klinik berhampiran.

Tan dibebaskan dengan ikatjamin pada jam 3 pagi.Ketika itu, polis telah menembak meriam air, tetapi apabila tindakan itu masih gagal menyuraikan orang ramai, mereka melepaskan tiga kali tembakan gas pemedih mata. Orang ramai akhirnya bersurai.

Ketika ditemui pemberita malam tadi, timbalan ketua polis Kjang, Supt Toha Abdullah mendakwa beliau tidak tahu mengenai tindakan polis memukul Lim.


Katanya, pihak polis terpaksa bertindak menyuraikan orang ramai kerana mereka "menggangu tugas keselamatan pihak polis”.Sebelum ini, dua penduduk BMC telah ditahan. Ketika dihubungi tengah malam tadi, ketua polis Kajang, Shakaruddin Che Mood berkata pihak polis belum memutuskan tuduhan terhadap mereka yang ditahan itu.


(Apa cerita memaksa penduduk jalan sejauh 9km hanya semata-mata memaksa mereka membayar tol. Kan ke zalim namanya kerajaan pusat ini.)


Sedih betul ana dengan tindakan polis. Selepas diberitahu yang dipukulnya itu adalah ahli Parlimen, baru berhenti, mengapa? takutke? Jika rakyat biasa, ana rasa polis itu akan terus memukul Lim. Inilah dia sebenarnya perangai UMNO BN yang tidak sudah-sudah menyusahkan dan menzalimi rakyat. Diharap Allah akan membalas perbuatan-perbuatan zalim mereka ini.

1 comments:

dalyaanoon berkata...

saya selalu melalui jalan tersebut...dan ada jugak bersama2 dgn residen di situ sebagai tanda sokongan terhadap residen di situ. sebenarnya bukan kaum sahaja dan bukan majoritinya kaum tiong hua tapi kaum melayu kita juga. yang sedihnya, kaum kita hanya suka bila jalan itu dibuka...tapi kurang sambutan untuk bersama2 ngan kaum tionghua untuk bersama2 membantah pembinaan semula tembok penghalang itu. bak kata Abg Mat Sabu melayu ni kurang sensitifnya.

itu satu isunya...

isu lain berkenaan jln BMC ini...rata2 yang duduk di situ golongan pertengahan dan mewah dan mampu membayar bayaran tol..masalah bayaran tol tak menjadi masalah kepada mereka tetapi masalah kesesakan yang dialami dek jalan yang digunakan oleh penghuni dua kawasan yakni BMC dan sg long secara serentak. sejauh 4.5 km panjangnya. kalo terperangkap,mengambil masa 45minit sehingga sejam 15minit utk lepas dari kesesakan itu.

MEMANG ZALIM!!

 
 
 

Mahu maklumat berkenaan tafsir Al-Quran, Sila klik banner dibawah untuk maklumat lanjut